Tentang Kami

Kharisma Katering

Berbekalkan pengalaman lebih 6 tahun, KHARISMA KATERING kini mampu menyediakan khidmat pelbagai majlis hingga 6,000 jemputan. 

KHARISMA menyediakan pakej perkahwinan, pakej pernikahan untuk bakal pengantin yang akan melansungkan majlis perkahwinan diseluruh kawasan Pantai Barat Sabah.

Disamping itu kami juga penyedia perkhidmatan katering untuk majlis kerajaan, majlis korporat serta majlis kenduri persendirian

  • Majlis Perkahwinan 95%
  • Majlis Berbuka Puasa 90%
  • Majlis Hari Jadi 90%

Misi

Memenuhi, menasihati dan memberi khidmat katering serta runding cara majlis yang terbaik kepada pelanggan.

Sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekerja melalui hubungan baik antara pekerja dan majikan, skim-skim istimewa yang disediakan, latihan-latihan kemahiran dan penyediaan peralatan yang lengkap dan selamat digunakan.

Mempunyai rangkaian pembekal bahan mentah, makanan dan minuman yang luas, berdaya saing dan cekap untuk memastikan perkhidmatan sentiasa lancar dan baik.

Sentiasa memperbaiki dan menjaga mutu perkhidmatan, dari segi penyediaan makanan yang bersih dan citarasa yang standard, layanan yang cekap dan mahir.

Komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan

Wawasan

Menjadi pakar penyediaan makanan, perkhidmatan dan runding cara majlis yang beretika, berdaya saing, profesional dan berlandaskan prinsip-prinsip Islam, sekaligus menjadi pemimpin pasaran dalam industri katering di Sabah

Team Kharisma Katering

Promosi

Pakej Kami

Lokasi

Lot 8, Tingkat 1, Putatan Point,
Lorong Putatan 3, Off Jalan JKR Putatan,
88723, Putatan,
P.O. Box 313, 89608 Papar, Sabah

Hubungi

    012-8399 898
   rentangkharisma@gmail.com