Buat 5 Perkara Penting Ini Untuk Jadikan Majlis Jamuan Korporat Anda Istimewa

kharismakatering-majlis-jamuan-korporat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

1. Lihat pakej dan bajet majlis jamuan korporat.

Biasanya pihak syarikat akan mengeluarkan satu had bajet untuk jamuan seorang tetamu. Berdasarkan bajet tersebut dapatkan beberapa senarai pakej dan bajet majlis jamuan yang disediakan di pasaran.

Harga per pax pula bergantung kepada jenis jamuan makan. Majlis korporat dibahagikan kepada 3 pakej iaitu Pakej Full Set Dome, Pakej Set Dome dan Pakej Seminar. Jadi pilih pakej berdasarkan bajet yang dikeluarkan oleh syarikat anda.

2.Tetapkan lokasi majlis jamuan.

Pemilihan lokasi jamuan korporat biasanya dibuat dalam tempat tertutup. Ianya seperti majlis rasmi. Ini juga bergantung kepada cadangan dan konsep aktiviti yang ditentukan oleh syarikat.

Contohnya mesyuarat tahunan di buat dalam dewan besar memuatkan beratus atau beribu orang. Jadi sebagai urusetia jamuan anda perlu mencadangkan lokasi yang sesuai kepada jawatankuasa induk. Ia perlu dilakukan awal 3 bulan sebelum program diadakan.

3. Kenal pasti siapakah VIP dan tetamu yang hadir

Secara protokolnya ini adalah topik yang sangat penting. Sebagai petugas  jamuan korporat dapatkan senarai nama jemputan khususnya VIP untuk memudahkan anda menentukan berapakah meja makan yang diperlukan.

Jika menyewa khidmat katering, pihak katering akan menyediakan tempat duduk yang berbeza berbanding tetamu yang biasa. Jika tidak dimaklumkan awal kemungkinan tempat jamuan tidak cukup dan ia boleh menjejaskan imej syarikat anda.

 Jadi sentiasa dapatkan pengesahan kehadiran VIP. Alternatif lain sediakan satu meja jamuan lebih sebagai persediaan.

4. Dapatkan tentatif yang jelas

Pastikan anda mendapatkan senarai tentatif program yang tepat dan jelas. Ia sangat penting kerana biasanya sesi jamuan korporat seperti mesyuarat tahunan, seminar atau bengkel, sumbang saran dan lain-lain dijalankan selama sehari atau lebih.

Jadi kekerapan jamuan mungkin lebih daripada tiga hingga ke enam kali sehari. Jadual ini perlu diserahkan kepada pihak katering supaya mereka dapat merancang menu yang sesuai, menyediakan hidangan dengan betul dan mengikut waktu yang ditetapkan.

Jadi sebagai petugas jamuan majlis korporat wajib masukkan senarai tentatif program sebagai rujukan dalam simpanan anda.

5. Cari katering yang berpengalaman

Terlalu banyak servis katering yang menguruskan majlis jamuan korporat di pasaran. Sebagai urusetia jamuan makan anda perlu dapatkan senarai katering yang berpengalaman mengurus majlis penting ini.

Biasanya jamuan korporat dihadiri tetamu daripada pelbagai syarikat lain, pelabur, pelanggan dan juga prospek perniagaan. Imej syarikat anda sangat penting. Jika majlis jamuan yang diuruskan tersusun, makanan yang dihidangkan sedap, kuantiti mencukupi dan pramusaji yang bertugas cekap maka majlis anda akan disebut-sebut.

Sekaligus nama syarikat atau organisasi anda dilihat profesional dan ia akan membina kepercayaan tetamu untuk berurusan lagi selepas itu.

Dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Ianya nampak mudah tetapi jika anda gagal menyusun majlis jamuan makan dan tetamu tidak berpuas hati sekaligus boleh menjejaskan nama baik syarikat atau organisasi anda.

Jadi buat persiapan awal dan pastikan buat lima perkara penting ini untuk jadikan majlis jamuan korporat anda dikenang-kenang sampai bila-bila!

Kami menerima tempahan katering dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA untuk radius 50km Kota Kinabalu dan 50km Papar.

Share artikel ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?