Satu Tips ini dapat tentukan bajet dan belanja majlis kahwin anda.

kharismakatering-1 Tips tentukan bajet dan belanja majlis kahwin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Satu sahaja tips sebenarnya. Buat CHECKLIST (Senarai).  Checklist ini sahaja yang bakal dan boleh menentukan bajet anda.

Tentunya kita mahu yang terbaik bila merancang majlis kahwin. Tidak kiralah majlis nikah atau bersanding, ia tentunya penting untuk kedua-dua belah pihak keluarga, kan?

Dan pada masa yang sama, kita pun tidak mahu bajet terlebih . Maklumlah, lepas kahwin nanti, banyak lagi duit mahu digunakan untuk mulakan hidup bersama.  Tapi pada yang sama kita tentunya mahu meraikan bakal isteri dan bakal suami serta keluarga kedua-dua belah pihak juga. Jom kami kongsikan tips untuk tentukan bajet untuk majlis kahwin.

Senaraikan dulu segala jenis keperluan yang penting untuk majlis.

Sebagai contoh :

  • Katering
  • Hantaran
  • Pelamin
  • Jurusolek
  • Persalinan pengantin
  • Jurugambar / Juruvideo
  • Bajet untuk Lain – Lain

1. KATERING.

Foto Kredit: freepik.com/ rawpixel.com

Untuk bahagian katering, mula-mula kita kena tetapkan dulu berapa jemputan supaya kita tahu menu apa yang mahu tempah. Selalunya pihak katering ada menyediakan pakej-pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Jadi tetapkan jumlah tetamu untuk dapatkan bajet yang sesuai untuk kita. Ini bahagian yang paling utama dan paling besar belanjanya.

2. HANTARAN.

Tentunya kita mahu beli barangan hantaran yang terbaik untuk bakal suami dan isteri. Sebolehnya, ia boleh juga dirancang lebih awal. Senaraikan berapa dulang hantaran dan barangan yang mahu dibeli. Dan cuba dapatkan lebih info jenama-jenama dan butik atau Mall yang buat sale. Beli ketika sale lebih menjimatkan.

Dan ingat, tidak perlu terlalu berhabis-habisan. Sebab kita pun mahu hidup bersama kan? Nanti hari jadi mahu bagi hadiah lagi, hari surprise lagi, hari jadi, hari bonus, hari kasih sayang, hari ibu, hari bapa dan macam-macam hari lagi sepanjang tempoh perkahwinan ni. Jadi, jangan risau sangat pasal hantaran ya.

3. PELAMIN.

Pastinya kita mahu dapatkan pelamin yang cantik dan tentunya tujuan utama untuk bergambar dan mengabadikan memori dalam gambar-gambar. Pelamin merupakan elemen yang sangat penting bila ia melibatkan kenangan dan memori.

Buatlah rundingan dengan perancang perkahwinan untuk dapatkan nasihat dan susun atur terbaik dan tetapkan bajet anda.

4. JURUSOLEK.

Foto Kredit: unsplash.com/ freestocks

Jurusolek anda boleh dapatkan sendiri atau boleh juga serahkan kepada perancang perkahwinan. Sekiranya anda ada rakan-rakan yang memang buat servis mekap pengantin, boleh saja booking kawan anda kalau harga yang diberi lebih murah dari pakej yang ditawarkan.

Lagipun, anda sudah tahu stail dan teknik yang kawan anda gunakan. Sekiranya ia menepati citarasa anda, kenapa tidak, kan? Buat booking dan terus catat harga yang telah dipersetujui untuk rujukan bajet kita.

5. PAKAIAN DAN PERSALINAN PENGANTIN.

Foto Kredit: unsplash.com

Perancang perkahwinan boleh bantu anda untuk dapatkan pakaian atau persalinan seperti yang kita kehendaki. Kalau rajin, bolehlah kita melawat setiap butik perkahwinan yang ada di kawasan setempat kita. Kalau ada 10, boleh la lawat kesemua butik. Itu pun kalau kita rajin dan banyak masa lah.

Kalau tidak, beritahu perancang perkahwinan tentang tema dan warna yang kita mahukan, dan dia akan dapatkan yang sesuai dari butik yang berdaftar dibawah servis dia. Sudah dapat pakaian yang kita mahukan, jangan lupa catat bajet.

6. JURUGAMBAR DAN JURUVIDEO.

Foto Kredit: freepik.com/senivpetro

Antara orang yang penting disepanjang majlis berlangsung ialah jurugambar dan juruvideo. Mereka mengabadikan detik-detik yang indah dan bersejarah pernah terjadi dalam hidup kita. Ia juga merupakan kenangan sepanjang hayat.

Nasihat saya, booking dulu slot dengan mereka ni kerana jurugambar antara yang paling sibuk setiap hari. Takut nanti penuh. Pelbagai pakej yang mereka ada dan pastinya boleh ikut bajet yang sesuai dengan anda.

7. BAJET UNTUK URUSAN LAIN-LAIN.

Akhir sekali, tetapkan satu bajet untuk urusan-urusan lain seperti upah jurunikah atau upah untuk orang-orang lain yang terlibat bantu kita jayakan majlis ni. Bajet lain-lain ini juga termasuk printing kad kahwin, homestay atau hotel booking untuk keluarga sekiranya perlu dan lain-lain.  Mungkin boleh tetapkan dalam RM 5 ke 6 ribu lagi untuk bahagian ni. Kalau ada lebihan nanti, jadikan simpanan semula.

Kami harap, sedikit tips ini dapat membantu anda dalam menyenaraikan perkara dan bajet yang perlu diambil kira. Lepas tulis bajet, bolehlah nanti kita tengok semua mana yang boleh dijimatkan, kita jimat, mana yang perlu dilebihkan , kita lebihkan.

Kami di Kharisma Katering, Kota Kinabalu Sabah mengucapkan Selamat Melayari Hari Bahagia dan Semoga Berbahagia Hingga Ke Anak Cucu.  Ingin dapatkan servis dan pakej terbaik untuk katering anda? Layari www.kharismakatering.com untuk info lanjut dan berkomunikasilah dengan pihak kami.

Kami menerima tempahan katering dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA untuk radius 50km Kota Kinabalu dan 50km Papar.

Share artikel ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?