TENTANG KAMI

Sejarah, Visi Dan Misi Kharisma Katering

SEJARAH

Dari seorang pengusaha pasar malam, Tuan Andy Syamsuddin dan isteri beliau, Puan Rahmah Ajumarih terus berusaha siang & malam demi mengukuhkan ekonomi keluarga. Akhirnya berjaya menjadi pengusaha katering yang berjaya di Kota Kinabalu. Jenama Kharisma Katering menjadi pilihan utama.

Selepas 12 tahun membina perusahaan dan mengurus pelbagai jenis majlis dari sekecil-kecil majlis hari jadi/aqiqah kepada sebesar-besar majlis besar korporat. Kini, Kharisma Katering dibarisi ahli pasukan professional yang mampu mengurus sehingga 6,000 jemputan dengan penuh lancar.

VISI

Menjadi pakar penyediaan makanan, perkhidmatan dan runding cara majlis yang beretika, berdaya saing, profesional dan berlandaskan prinsip-prinsip Islam, sekaligus menjadi pemimpin pasaran dalam industri katering di Sabah.

MISI

Memenuhi, menasihati dan memberi khidmat katering serta runding cara majlis yang terbaik kepada pelanggan

Sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekerja melalui hubungan baik antara pekerja dan majikan, skim-skim istimewa yang disediakan, latihan-latihan kemahiran dan penyediaan peralatan yang lengkap dan selamat digunakan.

Mempunyai rangkaian pembekal bahan mentah, makanan dan minuman yang luas, berdaya saing dan cekap untuk memastikan perkhidmatan sentiasa lancar dan baik.

Sentiasa memperbaiki dan menjaga mutu perkhidmatan, dari segi penyediaan makanan yang bersih dan citarasa yang standard, layanan yang cekap dan mahir

Komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top
Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?