Seperti yang kita tahu, perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac susulan peningkatan mendadak kes covid-19 dalam negara.
Walaubagaimanapun, jika anda berada dalam situasi yang tidak dapat dielakkan seperti menziarahi kematian ahli keluarga atau jiran sekampung, ini adalah langkah pencegahan yang perlu diambil baik oleh tetamu atau tuan rumah itu sendiri:
1) Kurangkan ‘physical contact’ dengan tetamu lain.
Bila pergi mana-mana majlis, bersalaman sudah menjadi perkara wajib. Rasa kurang sopan bila tidak bersalaman lagi-lagi dengan orang yang lebih tua.
Disebabkan covid-19 ni boleh tersebar melalui sentuhan, kurangkan bersalaman atau berlaga pipi dengan tetamu lain. Elakkan bersalaman dengan individu yang mempunyai gejala.
2) Bersihkan tangan, mencuci gunakan sabun atau gunakan ‘hand sanitizer’ selepas bersalaman.
Selepas bersalaman, basuh tangan sama ada menggunakan sabun dan air atau ‘hand sanitizer’. Pastikan sebelum membeli ‘hand sanitizer’ lihat kandungan alcohol dahulu.
“Cecair pembasmi kuman yang mengandungi 60 hingga 95% berkesan membersihkan tangan anda.”, seperti yang dinyatakan oleh Dr. Amalina Che Bakri.
3) Jarakkan diri (social distancing) dengan individu yang mempunyai gejala.
Jika ada tetamu yang mempunyai gejala seperti selsema atau batuk, jauhkan jarak anda sekurang-kurang satu meter.
Anda juga dinasihatkan tidak berkumpul ditempat yang padat.
4) Tutup mulut menggunakan tisu bila batuk atau bersin.
Bila rasa mahu bersin atau batuk, sila tutup mulut dan hidung menggunakan tisu atau sapu tangan. Selain mencegah penyebaran, ini juga adalah satu etika yang baik.
Selepas itu, buang tisu di tong sampah yang disediakan. Jangan buang merata-rata tau
5) Pastikan makanan yang di hidang tidak terdedah dan dimasak dengan sempurna.
Makanan yang terdedah mempunyai risiko tercemar. Risau pula ada yang bersin di hadapan makanan, jadi pastikan anda mengambil makanan yang ditutup dengan baik.
Sebelum ambil makanan, kena lihat sama ada ia dimasak dengan sempurna atau tidak. Anda tidak digalakkan makan telur dan jenis daging yang tidak masak sepenuhnya.
6) Memakai ‘mask’ jika mempunyai gejala seperti selsema atau batuk-batuk.
Sekiranya anda yang mempunyai gejala atau symptom seperti batuk atau selsema, pakai mask sebelum keluar rumah.
Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan kepada orang yang sihat.
7) Pastikan peralatan seperti cawan, sudu dan piring adalah bersih dan tidak berkongsi.
Sebelum mengambil peralatan seperti cawan, piring dan sudu lihat dahulu sama ada bersih atau tidak. Tuan rumah atau katerer digalakkan menyimpan peralatan jamuan ditempat yang tidak terdedah.
Dan paling penting jangan berkongsi peralatan makan dengan orang lain. Kalau tiada yang bersih, minta dengan ahli keluarga yang menjaga di bahagian itu.
8) Elakkan menyentuh permukaan yang sering disentuh seperti meja dan tombol pintu.
Permukaan sering disentuh seperti meja dan tombol pintu berisiko tinggi menjadi penyebaran virus.
Elakkan juga menyentuh muka, hidung dan mulut dengan tangan yang kita tidak yakin kebersihannya. Mungkin terpegang cecair di meja atau tombol pintu.
9) Cuci tangan menggunakan air dan sabun sekurangnya 20 saat.
Selain “hand sanitizer”, anda digalakkan membasuh tangan menggunakan air dan sabun dengan kerap.
Sebaik-baiknya cuci tangan anda sekurangnya 20 saat dengan cara mencuci yang betul.
10) Singkatkan masa anda menghadiri sesuatu majlis.
Akhir sekali, singkatkan masa anda bila menghadiri majlis tertentu. Bila lama ditempat keramaian, kita juga berisiko dijangkiti lagi-lagi bila ada tetamu yang mempunyai gejala.
Ia tidak dapat dinampak dengan mata kasar, sebaiknya kita ambil langkah pencegahan ini dengan serius. Setiap individu kena mainkan peranan masing-masing untuk mengatasi penularan covid-19 ini.
Semoga kita semua dilindungi daripada virus ini. Dan sekiranya anda atau orang sekeliling mempunyai gejala, sila dapatkan rawatan segera dan maklumkan maklumat perjalanan anda dengan doktor.