12 Makanan Terbaik untuk Kuatkan Sistem Imun

Kharisma-40-01

Seperti yang dinyatakan oleh Medical News Today, sistem imuniti badan kita terdiri daripada organ, tisu, sel dan protein yang berfungsi melawan patogen(virus, bakteria dan benda asing) yang menyebabkab penyakit atau jangkitan.

Tindak balas imun akan berlaku bila patogen memasuki sistem imun kita. Pada masa inilah sistem imun akan melepaskan antibodi untuk membunuh patogen tersebut.

Sebab itulah pentingnya antibodi dalam badan. Bila lemah antibodi lemahlah sistem imun badan. Tapi bila kita mengamalkan pengambilan sumber makanan tertentu, ia boleh menambahkan antibodi kita tau.

Senang dapat jak makanan ni, cuma kita perlu amalkan dengan betul. Makanan apa tu? Jom kita baca satu per satu.

1. Bubur/Sup

Bila demam dan tiada selera makan, biasanya mak mak akan pilih menu sup untuk dihidangkan kepada anak-anak, kan?

Sebenarnya sup adalah antara makanan terbaik untuk meningkatkan antibodi. Sebab bila masak sup, pelbagai campuran dimasukkan ke dalam tu, termasuklah ketulan ayam/daging, pelbagai jenis sayuran, halia, serbuk lada putih.

Ditambah pula dengan bebawang dan rempah, banyak khasiat yang boleh didapati daripada semangkuk hidangan.

Begitu juga dengan bubur. Selain bubur nasi, boleh juga buat bubur gandum, bubur oat atau barli.

2. Bawang Putih

Betul rupanya, kan? Ini berdasarkan kajian tau, bawang putih mengandungi allicin, kompaun unik yang berfungsi melawan jangkitan.

Pernah terbaca di mana-mana artikel atau posting yang menyatakan bawang putih dapat menghindari kita dari jangkitan covid-19?

Sebab tu jugalah, orang zaman dahulu pun menggunakan bawang putih ni untuk tujuan kesihatan.

Jadi, bila memasak nanti, bolehlah lebihkan sikit bawang putih tu dalam masakan.

3. Halia

Halia merupakan sumber alam semula jadi yang mampu memanaskan badan.

Ia mengandungi bahan bersifat antioksidan dan dapat mengurangkan keradangan, rasa sakit tekak, mual dan badan rasa kurang sihat.

Biasanya halia digunakan dalam masakan sup. Selain sup, kita boleh tambah halia dalam teh atau tumisan sayuran.

4. Bayam

Sayur bayam yang separuh masak atau light cooking mengandungi Vitamin A dan akan menghasilkan nutrien penting daripada asid oxalic. Asid inilah yang berfungsi melawan pelbagai penyakit.

Selain itu, bayam juga mempunyai nutrien penting seperti antioksidan, vitamin C, vitamin E, carotenoid dan flavonoid.

5. Yogurt

Tahukah anda bahawa yogurt mengandungi bakteria? Bukan bakteria jahat tetapi bakteria sihat yang menjaga usus dan saluran pencernaan kita daripada kuman penyebab penyakit.

Sekarang yogurt ada pelbagai perisa yang boleh kita pilih. Sebaiknya pilih yogurt yang jenis plain sebab yang berperisa selalunya tinggi kandungan gula. Para ibu boleh letak buah-buahan segar seperti magga atau strawberi supaya anak-anak tertarik untuk makan.

6. Ikan

Ikan kaya dengan sumber protein yang sihat dan penting untuk tubuh.

Secara spesifiknya, salmon, ikan kembung dan makarel mengandungi lemak omega-3.

Lemak ini dapat membantu mengurangkan keradangan serta melindungi paru-paru kita daripada jangkitan salur pernafasan.

7. Buah-buahan Sitrus

Buah-buahan sitrus kaya dengan Vitamin C.

Bila sebut vitamin C, mesti kita akan terbayang buah oren, kan? Selain oren, buah yang mengandungi vitamin C adalah buah lemon, limau dan grapefruit.

Badan kita tidak dapat hasilkan vitamin C dan sebab itulah pengambilan vitamin C ni penting untuk memastikan kesihatan tubuh badan.

Bagi yang tidak berapa suka makan buah-buahan, boleh juga buat jus.

8. Kunyit

Kunyit banyak digunakan untuk gorengan ataupun bila masak ikan ampap. Sedapnya😅

Ia mengandungi sejenis kompaun iaitu curcumin yang kaya dengan antioksidan dan berkesan melawan antioksidan.

Dan paling penting sekali, kunyit ni dapat menambahbaik tindakbalas imun dalam tubuh badan.

Patutlah orang dulu-dulu gunakan kunyit untuk merawat selesma.

9. Jambu Batu

Selain buah-buahan sitrus, banyak lagi buah yang mengandungi kandungan vitamin C yang lebih tinggi, antaranya jambu batu.

Pengambilan vitamin C boleh memperbaiki fungsi sistem imun manusia dan terbukti membantu mengurangkan simptom demam dengan berkesan.

10. Kacang Almond

Kacang almond mengandungi vitamin E. Pakar mengatakan vitamin E ini adalah kunci kepada sistem imun yang sihat. Siapa yang suka makan kudapan tu, tahniah.

Kekacang lain seperti badam, pistachio dan kacang kuda juga mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan. Daripada makan keropok, baik makan kekacang ni kan?

11. Keledek

Keledek mengandungi vitamin A yang tinggi secara semula jadi. Khasiat keledek ni dapat bertindak menjadi benteng pertahanan badan.

Rasanya yang lemak manis, sehingga bayi pun suka apatah lagi kita yang dewasa ni.

12. Betik

Betik dikenali dengan pelawas yang mujarab. Ia mengandungi vitamin B, folat, enzim papain dan potassium yang berfungsi melawan keradangan sekaligus meningkatkan antibodi tubuh.

Buah betik mudah di dapati di Malaysia, dan ia juga murah walaupun tidak sepopular avocado dan blueberry, buah ini sangat berkhasiat tau.

Itulah antara makanan yang boleh meningkatkan sistem imun badan kita. Kebanyakan makanan di atas ini sesuai dimakan oleh semua peringkat umur.

Betapa pentingnya pengambilan makanan yang seimbang untuk sistem ketahanan badan. Oleh itu, jagalah pemakanan anda dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?