Mahu Melancarkan Proses Memasak Di Dapur? Mise En Place Mungkin Solusinya!

Untitled-design-16

Fuh, terlalu sibuk bekerja sampai kadang-kadang tak sempat nak masak. Makan luar atau order GrabFood, senang. Tapi kadang-kadang teringin juga makan masakan rumah. Cuma kalau sampai rumah lewat, memang tidak sempatlah…

Mise en place
? Apa tu? Mesti sesiapa yang pertama kali mendengar istilah ini merasa janggal dan asing. Mise en place sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud ‘everything in place’ dan merangkumi kesemua elemen sebelum mula bekerja di dapur. Ini termasuklah memahami resepi dan bahan-bahan yang diperlukan, menulis senarai bahan, menetapkan bajet agar tidak ada pembaziran dan lain-lain lagi.

Berikut ialah manfaat yang kita dapat jika mengamalkan mise en place. Golongan bekerja dan selalu sibuk, ini untuk anda!

1.Menjimatkan Masa.

Foto Kredit : WSJ.COM

Bila kita mengatur gerak kerja dari mula, semuanya akan berjalan dengan lancar dan selesai dalam masa yang ditetapkan. Resipi sudah diteliti, bahan-bahan sudah tersedia dan peralatan yang diperlukan juga sudah siap untuk digunakan – proses memasak boleh dimulakan tanpa perlu tercari-cari bahan yang tertinggal jika tidak mengamalkan mise en place. Contoh jika seseorang mahu memasak, stok bahan basah yang sudah dibersih dan dibahagikan ke dalam plastik atau bekas kedap udara boleh saja terus diambil dari dalam peti sejuk.

2. Pembaziran minimum.

Foto Kredit : theal.ca


Tidak kiralah sama ada memasak di dapur rumah mahupun profesional, inilah sebenarnya perkara yang perlu dielakkan. Membazir wang, membazir tenaga dan makanan juga. Sebab itulah penting untuk membuat perancangan kerja sebelum memasak di dapur terutamanya kalau anda tukang masak profesional. Wang boleh dijimatkan sekiranya pembeli membeli secara borong di pasar, buat perbandingan harga dari kedai berbeza ataupun membeli dengan bijak ketika promosi dijalankan. Bahan juga boleh digunakan dalam masa yang lama jika disimpan dengan cara yang betul.

3. Proses Memasak Jadi Lebih Fun, Walaupun Masakan Rumit!

Kredit Foto : cnnindonesia.com


Kalau tengah memasak, barulah sibuk tercari-cari mana bahan asas seperti gula dan garam ataupun peralatan memasak seperti sudip dan pisau memang buat anda rasa tertekan. Oleh itu, cuba rancang terlebih dahulu. Sediakan apa yang patut, kalau perlu telur pecahkan telur terlebih dahulu supaya tidak kelam-kabut. Contoh masakan yang rumit menurut penulis ialah ayam mentega bersarang yang sinonim di Chinese Food Restaurant. Sedap tapi sangat sukar untuk masakan ini menjadi. Meskipun kunci utama untuk masakan seperti ini ialah kemahiran dan kesabaran, mise en place tetap memainkan peranan. Kita tidak perlu terkejar-kejar untuk memasukkan telur dan mengacaunya dengan sudip jika semuanya sudah tersedia. Proses akan menjadi lebih tenang dan menyeronokkan.


4. Tidak Perlu Risau, Kualiti Makanan Terjamin.

This image has an empty alt attribute; its file name is AeZ6wJbWKTgkZSiOdnkUI-SfU9SRlGJGzenSURVx--cU8cRS_TPYokbtHL97UdNEvKZqICuaY8tBCiaXCFhoMW8g-L3yPJW0W1iWqwV8WyXjQm2_R7Y2edrLbY7hFOmhoaRg2fSziSMTAMT4xah_i7c
Kredit Foto : cdc.gov


Mengikut pemerhatian penulis, banyak sangat kes keracunan makanan terjadi kerana tukang masak mengabaikan prinsip-prinsip mise en place. Jelas ada kelemahan pada penyediaan makanan jika kes ini terjadi. Ini akan mengganggu proses memasak dan menghasilkan masakan yang kurang sempurna berbanding mereka yang mengamalkan mise en place. Jika tukang masak itu menggunakan prinsip mise en place dan mengatur gerak kerjanya dengan teratur, hasilnya pasti tidak menghampakan!


5. Melatih Diri Untuk Menjadi Tukang Masak Yang Lebih Baik.




Disiplin dan fokus. Itulah elemen yang diterapkan dalam mise en place. Dengan pengamatan yang teliti dan pergerakan dalam dapur yang tidak janggal, kegiatan memasak akan selesai dengan lebih cepat dan lebih yakin untuk memasak. Jika sudah terbiasa, proses bergerak di dapur yang sempit juga tidak menjadi masalah.

Inilah yang menjadi fokus utama chef dan staf dapur di Kharisma Katering. Dengan amalan mise en place yang diutamakan, lebih banyak penjimatan masa, kualiti makanan dan kebersihan juga terjamin dan dapat melatih mereka menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Mudah bukan? Walaupun bukan semua orang dapat menerapkan mise en place dalam rutin bekerja di dapur tetapi jika kita terus melatih diri dan menggunakan teknik ini akan dapat mengurangkan stress sebab kerja di dapur menjadi lebih mudah dan cepat!

Bagi yang tengah mencari katering untuk majlis akan datang – Kharisma Katering menerima tempahan makanan minimum 50 pax tidak kiralah majlis perkahwinan, majlis korporat dan pejabat atau majlis keraian. Jika berminat, boleh hubungi perunding katerer kami di talian 012-839 9898.


Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?