Semenjak pandemik melanda, kehidupan seharian kita telah berubah 180 darjah. Terdapat banyak norma baru yang sentiasa kita patuhi untuk memutuskan rangkaian COVID-19. Begitu juga ketika mengadakan majlis seperti majlis perpisahan, akad nikah, tunang ataupun akikah.
Meskipun tidak dihadiri ramai tetamu, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan oleh penganjur majlis untuk menjaga keselamatan bersama.
Oleh yang demikian, pada aritkel ini kami akan kongsikan perkara-perkara yang harus dilakukan oleh penganjur yang mengadakan majlis.
3 SOP PIHAK PENGANJUR
- MENGGUNAKAN SERVIS KATERING
Pihak penganjur dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan katering bagi penyediaan makanan. Hal ini bagi mengelakkan ahli penganjur daripada berkumpul untuk memasak dan menyediakan makanan.
Penyediaan makanan bagi servis katering hendaklah menggunakan pack food agar lebih selamat dan praktikal di musim pandemik ini.
- TERHADKAN JEMPUTAN
Malah, jumlah jemputan tetamu hendaklah diterhadkan mengikut kapasiti ruangan majlis. Pihak penganjur perlu memaklumkan kepada para tetamu agar tidak membawa lebih daripada 2 orang ketika hadir ke majlis tersebut. Hal ini adalah untuk memastikan penjarakan sosial antara tetamu terpelihara.
- MEMBUAT REKOD
Pihak penganjur perlu merekod nama, suhu, nombor telefon, tempat tinggal dan status vaksinasi para tetamu. Untuk lebih mudah, pihak penganjur boleh menyediakan QR code MySejahtera dan mengarahkan para tetamu untuk mengimbas QR code tersebut sebelum masuk ke ruangan majlis.
Hal ini sangat penting di musim pandemik bagi membantu mengenal pasti kontak rapat jika berlaku sebarang kluster COVID-19 setelah majlis.
Adakah adil jika tuan rumah saja yang perlu patuhi SOP? Bagaimana pula dengan tetamu yang hadir?
Sebagai individu yang bertanggungjawab, sebenarnya para tetamu juga memainkan peranan besar untuk menjaga keselamatan dan kepentingan bersama ketika menghadiri majlis.
Sekurang-kurangnya para tetamu yang hadir lakukan tiga perkara wajib di bawah ini sepanjang berada di majlis yang dihadiri.
SOP WAJIB PIHAK TETAMU
- MEMAKAI PELITUP MUKA
Para tetamu hendaklah memakai pelitup muka sepanjang majlis berlangsung dan hanya menanggalkannya ketika hendak menjamu selera. Hal ini adalah untuk memastikan jangkitan COVID-19 daripada air liur dan udara dapat dicegah.
- ELAKKAN BERSALAMAN
Para tetamu juga tidak dibenarkan untuk saling bersalaman dan berpelukan. Cukuplah dengan meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat apabila hendak bertegur sama dengan kenalan yang lain.
Hal ini demikian kerana jangkitan COVID-19 mampu berlaku sekiranya terdapat sentuhan fizikal.
- JAGA JARAK
Penjarakan sosial juga perlu dijaga sesama tetamu. Para tetamu perlu sentiasa mengekalkan jarak sejauh 1 meter antara satu sama lain lebih-lebih lagi ketika menjamu selera. Hal ini kerana pelitup muka ditanggalkan ketika menjamu makanan.
Kesimpulannya, pihak penganjur dan para tetamu perlu memainkan peranan penting bagi mencegah penularan virus COVID-19 ketika majlis berlangsung. Dengan mengikuti perkara-perkara yang telah kami kongsikan, sudah pasti kluster COVID-19 dapat dielakkan.
Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan katering untuk membuat majlis dengan tempahan minimum 50 PAX, boleh hubungi Perunding Katerer kami di talian 012-839 9898. Jangan risau kerana penyediaan makanan kami adalah berkonsepkan makanan berbungkus yang mana amat sesuai dan sesuai di musim pandemik.