3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Aqiqah | Terutamanya Yang Bakal Sambut Bayi

kharismakatering-3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Aqiqah

“Aduhai, mahalnya harga kambing ni. Macam ndak mampu mahu buat sekarang ni. Bolehkah ah buat aqiqah bila anak sudah besar? Apa hukum aqiqah ni?

Kenduri aqiqah biasanya akan dibuat sekali semasa majlis bercukur atau potong jambul. Bagi yang belum buat kenduri aqiqah anak sebelum ini pasti banyak persoalan mengenai aqiqah, kan?

Sebagai ibu bapa yang bakal sambut bayi, mari fahami 3 point penting ni dulu

1. Aqiqah dari segi takrif dan maksudnya

Aqiqah dari istilah hukum ialah “Penyembelihan Haiwan Tertentu Untuk Kepentingan Anak, Selain Mencukur Dan Memotong Rambutnya Dan Diberi Nama Untuk Anak Itu.”

Majlis aqiqah biasanya akan dibuat selepas 7 hari kelahiran anak. Hukum melaksanakan aqiqah ni SUNAT MUAAKAD bermaksud ia adalah sunat yang sangat digalakkan.

2. Perbezaan ibadah Qurban dan Aqiqah.

Ada beberapa perbezaan antara ibadah Qurban dan Aqiqah ni tau.

Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.

Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada Hari Raya Aidil Adha selepas sembahyang dan khutbah sehingga 13 Zulhijjah.Daging aqiqah boleh diberi kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak. “Menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah”..(Hadis riwayat Al-Baihaqi). Dan daging aqiqah tu sunat dimasakkan dengan yang manis-manis dengan harapan akhlak dan kelakuan anak tu nanti manis dipandang orang.

3. Jenis haiwan dan kadar masa

Haiwan untuk ibadah aqiqah ni mestilah terdiri daripada haiwan ternakan, tidak cacat, tidak buta, tidak terlalu kurus dan tidak bunting. Sebabnya kita ndak bolehlah berlaku zalim terhadap haiwan untuk ibadah yang mulia ni…

Jom kita tengok berapa umur minima anak untuk setiap jenis haiwan ibadah aqiqah ni. Lepas ni tahulah sudah mahu pilih jenis haiwan yang mana.

[+] Kibas
Umur minima anak: Satu tahun atau gugur gigi depan sesudah ia berumur 6 bulan

[+] Biri-biri, kambing
Umur minima anak: Melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapan

[+] Lembu dan kerbau
Umur minima anak: Melebihi dua tahun

[+] Unta
Umur minima anak: Melebihi lima tahun

Bagi anak lelaki, kadar aqiqahnya adalah dua ekor kambing. Bagi anak perempuan pula hanya seekor kambing. Tetapi haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian sama dengan 7 ekor kambing.

Kita dituntut melakukan ibadah aqiqah ni hanya satu kali saja sepanjang hayat. Semoga Tuan-Puan yang mahu buat kenduri aqiqah anak-anak dipermudahkan urusannya?

Aamiin…

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?