Ambil hati bakal mentua ni bukannya senang, lagi-lagi kalau pasangan akak tu anak sulung atau tunggal.
Bukan apa, sesetengah ibu bapa ada yang rasa kurang selesa terima orang baru dalam keluarga mereka dan ada juga yang belum bersedia.
Tapi akak-akak jangan takutlah sebab kalau mahu jadi orang baru dalam keluarga pasangan, hanya perlu ada keinginan dan bersedia untuk belajar rentak keluarga itu.
Antara cara-cara bagaimana mahu memikat bakal mertua adalah:
1. Berkomunikasi dengan baik dan pandai ambil hati.
Berkomunikasi dengan baik bermaksud akak mestilah menjaga tutur kata, intonasi semasa bercakap dan tingkah laku supaya tidak menguris hati ibu pasangan akak.
Sebab kalau sekali akak kecilkan hati mereka ni, susahlah lagi mahu akrabkan hubungan antara akak dan bakal mertua.
Kalau ibu pasangan sejenis yang pendiam, cubalah bawa mereka bercakap dahulu, contohnya boleh tanya mengenai hobi atau makanan kegemaran mereka.
Akak juga mestilah pandai ambil hati mereka. Boleh cuba untuk kongsi minat yang sama dengannya. Contoh, kalau ibu pasangan yang suka memasak, ambillah peluang belajar memasak dengannya.
Tidak salahkan akak cuba fahami dan buat hobi tu bersama. Tunjukkan yang akak betul-betul minat apa yang disukainya. Nampaklah effort di situ. Mana tahu boleh jadi menantu kesayangan pula ?
2. Kerap berziarah dan bertanya khabar. Terutama bakal mertua yang sudah berumur.
Kalau akak mahu tips yang lagi berkesan untuk pikat hati bakal mertua akak, kerap ziarah mereka dan bertanya khabar. Lagi-lagi bakal mertua yang sudah berumur ni.
Paling baik bila menziarahi mereka, bawa buang tangan atau makanan yang mereka suka. Paling baik kalau makanan tu akak sendiri yang masak.
Jangan lupa juga untuk hari-hari istimewa, seperti ulang tahun dan anniversary mereka. Akak boleh bagi hadiah yang mereka suka pada masa itu. Dijamin pasti bakal mertua akak rasa dihargai dan diberi perhatian.
3. Hormat bakal suami
Sudah semestinya menghormati bakal suami akak itu paling penting. Jika tidak, akan jadi susahlah mahu yakinkan yang akak adalah pasangan baik untuk anak mereka.
Tunjukkan yang akak ambil serius untuk jadi pasangan hidup anaknya. Mana tidaknya akaklah yang akan ambil tugas menjaga makan minum dan pakaian anaknya selepas kahwin.
Akak-akak yang bergelar bakal menantu bolehlah cuba tips ini. Semoga usaha akak dipermudahkan. Aamiin YRA…