4 Kriteria Makanan Terbaik Untuk Jamuan Berbuka Ramadhan Ini

kharismakatering-4 kriteria makanan terbaik jamuan berbuka (1)

Ada lebih kurang dua minggu saja lagi kita bakal menyambut Ramadhan, di mana semua umat Islam menjalani ibadah puasa selama sebulan. Seperti biasa, waktu berbuka atau sungkai(istilah orang Sabah), bermacam jenis hidangan mahu dijadikan santapan selera lagi-lagi bila membeli makanan di bazaar.

Namun, jika tersalah pilih makanan sebenarnya ia boleh mengundang bahaya kepada perut sendiri tanpa kita sedari. Siapa yang ada gastrik, mesti pernah rasa peritnya bila pedih ulu hati tiba-tiba menyerang waktu malam. Sebab itulah kriteria pemilihan makanan sewaktu berbuka perlu kita ambil kisah.

Sebagai penyedia jamuan yang berpengalaman, kami galakkan sekurangnya ada 4 kriteria makanan terbaik untuk jamuan berbuka anda Ramadhan akan datang ini.

1. TIDAK TERLALU PEDAS

Sebaiknya elakkan makanan yang terlalu pedas dan berempah semasa berbuka. Buat pengemar tegar makanan pedas, bolehlah kurangkan sikit level pedas anda tu dalam hidangan pertama semasa berbuka. Selepas itu, makan malamnya nanti atau lepas solat tarawih bolehlah makan makanan yang pedas.

Perut kosong 13 jam tanpa makan dan minum menyebabkan kandungan asid yang tinggi dalam perut. Tiba-tiba diisi dengan makan makanan yang pedas, sebab itulah ia boleh menghakis dinding perut yang kosong. Maka jadilah kepedihan di perut ataupun pedih ulu hati.

2. ELAKKAN MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat pula tinggi kandungan gasnya dan buatkan anda berasa cepat kenyang. Perut kosong yang kenyang dengan air gas ini tidak elok sebab nanti perut akan rasa senak dan berangin. Kurang selesa dan tidak focuslah nanti waktu tarawih.

Sebagai penganti, sebaiknya berbuka dahulu dengan air kosong ataupun air berperisa yang menyegarkan seperti sirap kordial.

3. MAKANAN TERLALU MANIS

Memang betul sunnah untuk berbuka dengan makanan yang manis tapi tidak digalakkan pilih makanan yang terlalu manis sebagai hidangan utama berbuka.

Sebabnya makanan manis tidak mengenyangkan dan boleh menyebabkan sakit perut jika dimakan terlalu banyak. Gula ada komponen karbohidrat yang cepat dibakar dalam perut, lagi-lagi ketika berpuasa. Jadi, bila kita makan banyak mana pun susah untuk rasa kenyang.

4. HIDANGAN SEIMBANG

Sama ada sewaktu berpuasa atau hari biasa, pengambilan makanan seimbang sangat penting untuk bekalkan badan kita tenaga yang mencukupi. Jika berbuka kita ambil satu kelas makanan saja, badan tidak dapat berfungsi dengan berkesan disebabkan kekurangan zat-zat yang diperlukan dalam kelas makanan lain.

Contohnya, bila berbuka kena ada nasi, ikan/daging/ayam dan sayuran serta buah-buahan. Itu antara makanan seimbang yang asas perlu kita ambil ketika berbuka.

JANGAN IKUT NAFSU!

Ini antara cabaran ketika berpuasa dengan adanya pelbagai juadah berbuka di bazaar Ramadhan ataupun tempahan juadah melalui online. Tidak terlepas juga, buat yang request bermacam-macam jenis masakan ketika berbuka di rumah bersama keluarga.

Tidak menjadi masalah jika makanan habis dimakan, dan tiada pembaziran berlaku. Tetapi kebiasaannya, kita membeli juadah lebih daripada yang diperlukan disebabkan dek nafsu yang akhirnya makanan terpaksa dibuang begitu saja.

Jadi, anda perlu kuatkan diri menahan nafsu daripada membeli melebihi keperluan berbuka. Bersederhana adalah lebih baik. Ingat, membazir adalah amalan syaitan dan ramai lagi di luar sana yang bernasib kurang baik tidak dapat berbuka dengan makanan yang sedap serba cukup.

Akhir sekali, di kesempatan bulan Ramadhan yang mulia, kami Kharisma Katering ada menyediakan Pakej Tajaan Berbuka Puasa bermula serendah RM5.50/PAX khas untuk anda yang ingon berinfaq kepada jemaah masjid atau rumah anak-anak yatim.

Untuk bantu sampaikan niat sedekah anda, kami akan sesuaikan pakej mengikut bajet dan setiap tempahan infaq itu, kami sertakan PERCUMA KUIH MUIH.

Penghantaran PERCUMA untuk 50 PAX ke atas di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan Pekan Papar.

Untuk pertanyaan lanjut info pakej atau tempahan awal, boleh hubungi Perunding Katerer kami di 012-839 9898 atau tekan BUTTON WHATSAPP tepi kanan tu ya.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?