Selain daripada melihat pengantin bersanding di pelaminan, makanan yang akan disajikan juga sangat dinantikan oleh para tetamu. Pemilihan makanan yang akan disajikan untuk para tetamu adalah sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh. Hal ini penting untuk menaikkan selera tetamu agar makanan mereka dapat dihabiskan dan mengelakkan sebarang pembaziran makanan berlaku ketika majlis anda.
Justeru, pada artikel ini kami kongsikan beberapa jenis makanan yang anda harus sediakan di majlis perkahwinan anda.
1. LAUK BERKUAH
Makanan berkuah perlu disediakan agar makanan yang dijamu tidak terlalu kering. Makanan yang terlalu kering boleh mendatangkan ketidakselesaan apabila dijamu sekaligus mengurangkan selera makan.
Contoh makanan berkuah yang boleh disediakan adalah Sup Jagung, Sup Ikan, Ayam Masak Kari, Ayam Masak Kurma dan Ayam Masak Sos Tiram.
2. LAUK KERING
Sekiranya makanan terlalu berkuah, kebarangkalian untuk makanan tumpah ke pakaian tetamu adalah sangat tinggi. Hal ini akan menyebabkan tetamu merasa tidak selesa sepanjang berada di majlis perkahwinan anda. Oleh itu, makanan yang disajikan juga perlu disertakan dengan lauk yang kering.
Contoh makanan kering adalah Rendang Daging, Ayam Goreng, Udang Butter Kering, Ayam Masak Lemon, Ayam Masak Sos Thai dan Ayam Masak Merah.
3. SAYUR
Meskipun terdapat orang yang tidak memakan sayur di dalam dunia ini, terdapat juga orang yang memakan sayur sahaja sebagai lauk utama dan tidak memakan makanan yang berdaging. Oleh itu, sayur antara makanan yang harus disediakan ketika majlis perkahwinan anda.
Contoh masakan sayuran yang boleh disajikan adalah Acar Jelatah, Paceri Nenas, Nangka Masak Lemak, Lodeh, Rebung Masak Lemak dan Kerabu Pakis.
4. BUAH-BUAHAN
Sesebuah jamuan di majlis perkahwinan sudah pasti tidak lengkap tanpa sajian buah-buahan. Penyediaan buah-buahan dapat menarik minat para tetamu untuk menjamu makanan dan meniingkatkan selera makan mereka. Antara buah-buahan yang boleh dihidangkan ialah buah tembikai dan buah oren.
5. DESSERT/PENCUCI MULUT
Kebiasaannya, para tetamu menghadiri beberapa majlis perkahwinan pada hari yang sama. Bukan niat tidak ingin menjamu selera di majlis perkahwinan anda, tetapi mereka pasti sudah kenyang untuk menjamu kerana telah menghadiri dan makan di majlis kahwin yang lain. Untuk menghormati tetamu, anda boleh sediakan dessert ataupun pencuci mulut agar mereka boleh menjamu walaupun sedikit.
Contoh pencuci mulut yang anda boleh sediakan ialah Puding Karamel, Kek Batik Jawa, Dadih, Koktail Buah dan Kek Lapis.
Oleh yang demikian, pihak keluarga pengantin perlu memainkan peranan penting dan memastikan makanan yang disajikan untuk para tetamu bertetapan dengan 5 jenis makanan yang kami telah kongsikan. Malah, aspek kebersihan makanan juga perlu diambil kira untuk mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku seperti keracunan makanan.
Kepada bakal pengantin yang ingin menempah katering untuk majlis perkahwinan, Kharisma Katering menerima tempahan makanan MINIMUM 50 PAX. Boleh hubungi perunding katerer kami di talian 012-8399898 untuk berbincang mengenai menu pilihan anda.