5 Langkah Anda Perlu Tahu Untuk Kekalkan Kesegaran dan Kelazatan Makanan Dibeli Melalui “Food Delivery”

5 Langkah Kekalkan Kesegaran dan Kelazatan Makanan Dibeli Melalui “Food Delivery” (4)

Tidak dinafikan bahawa sesetengah peniaga makanan delivery sering memberikan kuantiti makanan yang terlalu banyak. Hal ini menyebabkan kita tidak dapat menghabiskan sebahagian makanan tersebut. Membuang makanan adalah antara perbuatan yang tidak elok tetapi jika baki makanan dijamu kemudian, mungkin kesegaran dan kelazatan makanan sudah tidak sama lagi seperti suapan yang pertama.

Namun perkara ini dapat diselesaikan dengan 5 cara mengekalkan kelazatan makanan yang akan kami kongsikan. Anda kena cuba cara ini tau.

  • ASINGKAN KUAH, LAUK DAN NASI

Mengasingkan kuah, lauk dan nasi adalah cara yang efektif untuk mengekalkan kelazatan makanan. Anda boleh meminta peniaga makanan untuk membungkus kuah, lauk dan nasi berasingan. Setelah memindahkan makanan tersebut ke bekas makanan anda, pastikan mengambil kuantiti yang anda mampu habiskan ke pinggan.

  • MASUKKAN KE DALAM BEKAS YANG KERING

Apabila makanan delivery sampai, anda perlu memindahkan makanan tersebut ke dalam bekas yang kering. Hal ini kerana penggunaan bekas yang basah akan menjejaskan kualiti makanan kelak. Asingkan mengikut jenis dan jangan satukan makanan.

  • AMBIL MAKANAN MENGGUNAKAN SUDU

Mengambil makanan menggunakan sudu juga mampu mengekalkan kesegaran dan kelazatan makanan berbanding mengambil makanan menggunakan jari. Hal ini kerana, jari kita mempunyai kuman yang mampu menjejaskan kualiti makanan dan ianya tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar.

Anda juga dinasihatkan agar menggunakan sudu yang berbeza bagi setiap jenis makanan dan tidak menggunakan sudu yang sama.

  • MASUKKAN KE DALAM PETI SEJUK ATAU CHILLER

Sekiranya terdapat baki makanan tersebut, anda tidak boleh biarkan makanan terdedah dengan suhu bilik melebihi 2 jam. Baki makanan tadi hendakhlah disimpan ke dalam bekas dan ditutup rapat, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk atau chiller.

Hal ini dapat membantu mencegah kuman daripada membiak dan mengurangkan risiko makanan daripada menjadi rosak.

  • PANASKAN MENGGUNAKAN MICROWAVE

Anda perlu memanaskan baki makanan tadi menggunakan microwave dengan suhu 75°C selama 2 minit dan pastikan anda menggunakan bekas yang tahan haba. Bagi makanan yang berkuah, anda perlu menutup bekas tersebut menggunakan aluminium foil agar kuah tidak memercik apabila mendidih.

Jika anda ingin memanaskan nasi pula, anda perlu memasukkan 1 hingga 2 sudu air ke dalam nasi tersebut sebelum memanaskannya di dalam microwave.

Dengan mengamalkan 5 cara yang telah kami kongsikan, anda pasti dapat mengekalkan kesegaran dan kelazatan makanan delivery sehingga suapan yang terakhir. Justeru, anda sudah tidak perlu risau selepas ini jika mendapat potion yang banyak daripada peniaga makanan kegemaran anda.

Kami di Kharima Katering menggunakan tapau makanan jenis Polypropylene, plastik yang bersifat tahan lasak, kuat dan tahan kepada suhu yang tinggi. Bagi anda yang ingin memesan makanan daripada kami, anda tidak perlu risau kerana tapau makanan ini boleh digunakan untuk memanaskan makanan di dalam microwave. Anda boleh pergi ke facebook.com/KharismaKatering untuk melihat menu-menu yang berbeza kami sediakan setiap hari dan membuat pesanan di talian 012-8399898.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?