5 Perkara Yang Anda Perlu Bincang Terlebih Dahulu Sebelum Memasuki Alam Perkahwinan

5Bincang_Cover

Sikap bertolak ansur diantara suami isteri adalah perlu agar kesefahaman dalam rumah tangga dapat dicapai. Malah, sikap ini boleh dipratikkan sebelum perkahwinan supaya menjadi kebiasaan dan dibawa ke alam rumah tangga.

Justeru, pada artikel ini, kami kongsikan perkara-perkara yang anda perlu bincangkan dengan pasangan sebelum berkahwin agar anda dapat menyemai sikap bertolak ansur sesama pasangan.

#1 PENGAMBILAN TAKAFUL

Sekiranya pasangan anda berkemampuan dalam segi wang ringgit, bincangkan mengenai pengambilan dan jenis plan takaful yang akan diambil. Takaful dapat membantu kehidupan anda apabila terjadi perkara yang tidak diingini kepada pasangan.

Contoh plan takaful yang boleh diambil adalah hibah, kad medikal keluarga dan pelaburan bagi pendidikan anak-anak.

#2 TEMPAT TINGGAL

Tempat tinggal setelah menjadi pasangan suami isteri perlu ditentukan sebelum berkahwin. Tetapkan sama ada anda ingin menetap sebumbung dengan mertua atau ingin menyewa rumah di tempat lain. Jika berkemampuan, boleh beli sebuah rumah untuk kehidupan setelah perkahwinan.

Hal ini demikian kerana terdapat banyak kes dimana menantu dan mertua bermasam muka ketika tinggal di rumah yang sama. Oleh itu, capai kata putus dan tetapkan dimana anda ingin tinggal setelah berkahwin.

#3 FAMILY PLANNING

Family Planning iaitu Perancangan Keluarga kelihatan remeh tetapi hal ini sangat penting dan perlu dirancang dengan sebaiknya. Hal ini dapat menentukan kewangan keluarga anda setelah perkahwinan. Semakin banyak anak yang anda inginkan, semakin besar tanggungjawab anda sebagai ibu bapa.

Tentukan jarak kehamilan bakal isteri agar anak anda mendapat kasih sayang dan perhatian yang berterusan.

#4 HAIWAN PELIHARAAN

Jika anda berkeinginan untuk memelihara haiwan selepas berkahwin, bincangkan dengan pasangan anda mengenai haiwan yang ingin anda pelihara. Beberapa persoalan boleh anda lemparkan kepada pasangan anda. Sebagai contoh, adakah pasangan anda pencinta haiwan? Adakah pasangan anda mempunyai alergi terhadap binatang seperti kucing? Atau adakah pasangan anda takut pada binatang?

#5 PEKERJAAN BAKAL ISTERI

Pekerjaan bakal isteri perlu dibahas sebelum perkahwinan. Adakah anda ingin bakal isteri anda untuk terus bekerja atau menjadi suri rumah? Tanya pendapat bakal isteri anda dan capai persetujuan sebelum perkahwinan. Hal ini penting bagi menjamin keharmonian rumah tangga setelah perkahwinan.

Apabila sudah mencapai persetujuan dan toleransi dalam perkara-perkara tersebut sebelum perkahwinan, liku-liku setelah perkahwinan sudah pasti dapat diharungi dengan mudahnya bersama. Ini adalah langkah pertama dalam mencapai kesefahaman dalam perkahwinan. Bagi bakal pengantin, boleh bincangkan perkara-perkara ini sebelum meneruskan dengan pernikahan.

Kharisma Katering menerima tempahan makanan minimum 50 pax bagi majlis pertunangan, pernikahan dan majlis resepsi. Bagi anda yang berminat boleh menghubungi perunding caterer kami di talian 012-8399898 dan ikuti kami di facebook.com/kharismakatering0128399898/ untuk melihat pakej kami yang terkini.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?