Bertunang bermaksud mengikat dua orang insan untuk menjadi suami dan isteri. Hukum bertunang adalah sunat menurut Imam As-Syafie dan digalakkan untuk mengadakan majlis untuk memberitahu orang ramai bahawa anda suda bertunang. Hal ini untuk mengelakkan pinangan lelaki lain ke atas wanita yang sama kerana ianya adalah dilarang dalam Islam.
Oleh itu, kami kongsikan beberapa perkara yang anda dan pasangan perlu sediakan untuk majlis pertunangan.
1. CINCIN
Cincin Belah Rotan adalah antara cincin yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan perempuan di hari pertunangan. Cincin jenis ini tampak simple tetapi elegan, cukup untuk mengisytiharkan bahawa pasangan anda sudah berpunya. Harganya juga lebih murah berbanding cincin jenis yang lain.
2. BAJU BERTUNANG
Anda sudah pasti ingin kelihatan lebih cantik pada hari pernikahan dan perkahwinan bukan? Oleh itu, baju yang digunakan pada hari pertunangan tidak perlu terlalu bermanik-manik dan mewah, cukup dengan pakaian yang menutup aurat dan sedap mata memandang.
Namun jika anda ada bajet lebih, tidak salah untuk menggunakan baju yang lebih menarik pada salah satu hari bersejarah anda.
3. HANTARAN (MANISAN)
Manisan seperti kek, coklat, macaron, buah-buahan, dan cupcake sesuai untuk dijadikan hantaran semasa hari pertunangan. Jumlah dulang biasanya ditentukan terlebih dulu oleh kedua-dua pihak.
Contohnya, pihak lelaki sediakan 5 dulang hantaran dan dibalas oleh pihak perempuan sebanyak 7 dulang.
4. MINI PELAMIN
Buat tempahan mini pelamin pada hari pertunangan anda untuk sesi penyarungan cincin antara ibu lelaki dan bakal pengantin perempuan. Mini pelamin sesuai dibuat di satu sudut di ruang tamu rumah.
Mini pelamin juga boleh digunakan untuk aktiviti bergambar untuk dijadikan memori pada hari bersejarah anda.
5. JAMUAN
Sedikit jamuan perlu diadakan untuk menyambut kedatangan para tetamu khususnya keluarga pihak lelaki. Makanan yang disediakan tidak perlu banyak untuk mengelakkan pembaziran berlaku. Hal ini kerana hari pertunangan kebiasaannya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.
Tidak perlu terlalu mewah dan cukup seadanya bagi majlis pertunangan agar anda dapat menjimatkan sedikit bajet perkahwinan. Seeloknya tempoh pertunangan disingkatkan kerana pertunangan belum menghalalkan ikatan pasangan.
Bagi anda yang bakal melangsungkan pertunangan, tahniah kami ucapkan dan semoga selamat sampai ke jinjang pelamin.
Kharisma Katering menerima tempahan makanan minimum 50 pax bagi majlis pertunangan, pernikahan dan majlis resepsi. Bagi anda yang berminat, boleh hubungi perunding katerer kami di talian 012-839898.