Dalam mengadakan majlis keraian, anda pasti ingin menyediakan yang terbaik untuk para tetamu. Malah, anda juga harus memastikan keselamatan mereka terpelihara dan terhindar daripada jangkitan COVID-19. Antara cara yang dapat anda praktikkan semasa majlis anda adalah dengan menggunakan tapau atau bekas makanan semasa majlis.
Justeru, pada artikel ini akan kami kongsikan beberapa kelebihan menggunakan tapau atau bekas makanan ketika majlis keraian seperti majlis perpisahan, akikah atau perkahwinan.
1. LEBIH PRAKTIKAL
Menggunakan tapau makanan dalam majlis anda untuk menjamu tetamu adalah lebih praktikal berbanding penyediaan makanan yang mana tetamu perlu beratur menyenduk makanan sendiri.
Hal ini kerana anda dapat mengelakkan tetamu daripada bersesak mengambil makanan sekaligus memelihara penjarakan sosial sejauh 1 meter.
2. KEBERSIHAN TERJAMIN
Malah, makanan sentiasa tertutup dan kebersihan makanan lebih terjamin kerana tidak terdedah dengan udara persekitaran. Dengan menggunakan tapau makanan, anda dapat menghindarkan udara di persekitaran yang mempunyai kebarangkalian untuk virus COVID-19 tersebar pada makanan.
3. BOLEH DIBAWA BALIK
Para tetamu yang bersikap berhati-hati dan tidak ingin makan di tempat yang terbuka dan ramai orang boleh membawa pulang makanan dengan mudah. Hal ini kerana tapau makanan adalah sangat senang untuk dibawa kerana sifat fizikalnya yang simple dan ringan.
4. TIDAK MEMERLUKAN RUANG YANG LUAS
Makanan dalam tapau juga hanya memerlukan ruang yang sedikit berbanding makanan yang disediakan jenis buffet. Makanan yang dihidang seperti buffet memerlukan sehingga 3 meja manakala 1 meja sudah mencukupi untuk meletakkan makanan yang sudah dibungkus atau ditapau.
5. TIDAK MEMERLUKAN PERALATAN JAMUAN YANG BANYAK
Anda hanya perlu menyediakan sudu dan garfu makan untuk para tetamu. Peralatan jamuan seperti senduk kuah, senduk lauk dan pinggan adalah tidak diperlukan. Anda juga boleh menyediakan sudu makan jenis plastik untuk para tetamu dan tidak perlu risau tentang urusan mencuci peralatan jamuan. Hal ini sekaligus memudahkan urusan anda dalam pengurusan dan penyediaan peralatan makanan.
Dengan penggunaan tapau makanan semasa majlis keraian, keselamatan para tetamu di majlis anda pasti terjamin daripada jangitan virus COVID-19. Hal ini kerana penggunaan tapau makanan memberi pelbagai faedah dalam musim endemik yang akan kita jalani pada masa yang terdekat.
Kharisma Katering menerima tempahan makanan tapau untuk majlis keraian seperti majlis perpisahan, akikah, pertunangan, pernikahan dan majlis perkahwinan dengan minimum 50 pax. Sekiranya berminat, boleh menghubungi perunding katerer kami di talian 012-8399898 untuk berbincang mengenai pakej yang anda inginkan.