5 Tips Ini Jadikan Jamuan Open House Raya Bersama Keluarga Anda Lebih Meriah!

kharismakatering-5 tips jadikan open house bersama keluarga lebih meriah

Hari Raya Aidilfitri adalah masa yang sangat sesuai untuk ahli keluarga berkumpul beramai-ramai menjalinkan silaturahim. Seperti biasa open house Hari Raya menjadi majlis tempat berkumpulnya semua ahli keluarga yang lama tidak berjumpa.

Bila adakan majlis jamuan seperti ini, anda pasti mahukan majlis berjalan dengan lancar.  Semua ahli keluarga yang hadir pun bergembira sambil menikmati juadah yang terhidang.

Di sini kami kongsikan 5 tips untuk jamuan makan open house anda bersama keluarga menjadi lebih meriah.

1. PEMILIHAN MENU HIDANGAN

Bila sebut pasal jamuan, makanan adalah perkara first yang wajib dibincangkan. Semestinya bila hari istimewa seperti hari perayaan ini, menu-menunya juga istimewa atau ada menu khas daripada pilihan keluarga sendiri.

Pilihlah hidangan menu yang sederhana tetapi sesuai dijamah untuk semua orang, contohnya Rendang Ayam/Daging, Ayam Masak Merah, dan Sayur Lodeh.

Tidak lupa juga juadah wajib ketika Hari Raya, Nasi Impit & Kuah Kacang, Kelupis, Burasa, Lemang. Bila ada hidangan ini, barulah ada feeling Hari Raya walaupun raya kali ini disambut dengan kesederhanaan dan norma baharu.

Sediakan juga menu sampingan seperti aneka satay, soto, laksa, pudding, dodol dan bahulu untuk variasi hidangan ketika majlis. Untuk minuman pula boleh hidangkan minuman berperisa yang pelbagai seperti sirap kordial dan koktail buah-buahan.

2. PEMILIHAN LOKASI JAMUAN

Untuk lokasi jamuan pula sebaiknya adakan di rumah anda sendiri. Jika mahu majlis berkonsepkan out-door, boleh adakan di halaman rumah dengan memasang kanopi. Ambil khidmat pemasangan kanopi untuk memudahkan persediaan majlis anda itu nanti.

Sekiranya keluasan rumah anda tidak sesuai untuk aktiviti jamuan makan-makan, boleh juga sewa dewan berdekatan supaya ahli keluarga yang datang nanti dapat menjamu selera dengan lebih selesa.

3. WAKTU JAMUAN

Biasanya hari yang sesuai untuk buat open house adalah Hari Raya Pertama, Kedua ataupun Ketiga. Walaubagaimana pun, ahli keluarga kenalah berbincang untuk tetapkan masa yang sesuai.

Jika ada ahli keluarga yang ada kekangan masa untuk adakan jamuan pada hari tersebut, boleh tetapkan majlis pada hujung minggu.  

4. ANGGARKAN JUMLAH AHLI KELUARGA YANG AKAN HADIR

Walaupun tetamu untuk majlis open house itu dihadiri oleh ahli keluarga sendiri, anggaran jumlah yang akan hadir sangat penting. Ini untuk mengelakkan kejadian seperti makanan tidak mencukupi ketika majlis.

Sebaiknya lebihkan sedikit makanan dan minuman daripada jumlah anggaran tetamu anda. Mengikut pengalaman kami menyediakan jamuan pelbagai majlis termasuklah majlis open house Hari Raya, makanan tidak mencukupi bila jamuan ditempah mengikut jumlah anggaran tetamu kerana biasanya akan ada lebih yang datang.

5. AMBIL KHIDMAT KATERING YANG BERPENGALAMAN

Antara kelebihan menggunakan khidmat katering adalah anda jimat dari segi masa dan tenaga menyediakan jamuan majlis. Soal bajet pula, sebenarnya ada banyak katerer di luar sana menyediakan pakej jamuan dengan harga berbaloi.

Yang paling penting, pastikan anda memilih katerer yang berpengalaman untuk menyediakan majlis anda nanti. Jika katerer itu berpengalaman pastinya anda tidak perlu bersusah payah ketika majlis berlangsung nanti.

Anda tidak perlu fikirkan soal makanan habis perlu keluar beli bahan-bahan dan kena masak lagi, cawan pinggan yang ada tidak mencukupi, sibuk menyusun juadah di meja hidangan. Anda hanya fokus beramah-mesra dan bersilaturahim bersama ahli keluarga anda sambil menikmati juadah.

Untuk anda yang merancang adakan open house atau jamuan makan-makan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, Kharisma ada menyediakan Pakej Jamuan Hari Raya dengan menu-menu istimewa raya.

Boleh hubungi Perunding Katerer kami untuk pertanyaan pakej atau tempahan awal di nombor 012-839 9898. Untuk lihat setting hidangan yang kami sediakan di sini https://kharismakatering.com/galeri/

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?