5 Warna Warni Idea Majlis Perkahwinan Drive-Thru Semasa Covid-19

Kharisma-42-07

Mac 2020 kita dikejutkan dengan penularan virus Covid 19 hampir ke seluruh dunia. Malaysia mula diarahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020. 

Antara mereka yang terjejas ialah pasangan pengantin yang sudah merancang majlis perkahwinan mereka sejak setahun lalu. 

Oleh kerana tidak dapat menangguhkan majlis istimewa ini, ada pasangan pengantin yang terpaksa meneruskan upacara pernikahan mereka. 

Terima kasih kepada kerajaan yang mengeluarkan satu garis panduan khusus kepada pasangan pengantin. 

Antaranya ialah ia dilaksanakan di premis persendirian dan dilarang sama sekali di tempat awam seperti surau, masjid atau dewan.

Majlis akad nikah hanya boleh dihadiri oleh seorang pendaftar, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali, dua orang saksi dan dua orang wakil bagi pihak lelaki dan perempuan. Tempoh yang dibenarkan hanya 20 minit tanpa khutbah nikah.

Baru-baru ini tular di media sosial pasangan pengantin yang mengadakan majlis perkahwinan yang unik semasa tempoh PKP. 

Mari kita lihat 5 warna warni idea majlis perkahwinan Drive-Thru tersebut.

1. Isyarat tangan sebagai tanda salam.

Sewaktu tempoh PKP, semua rakyat diminta mematuhi peraturan menjarakkan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter di antara tetamu. 

Sewaktu majlis perkahwinan Drive-Thru yang tular di media sosial ini dilihat pasangan pengantin berada 1 meter lebih daripada kenderaan yang lalu. Mereka menunjukkan isyarat salam dengan meletakkan tapak tangan di dada kiri. 

Tiada aktiviti bersalaman dibuat hatta sesama saudara mara sendiri. Ini satu pencegahan yang sangat bagus. Kurangkan sentuhan yang berisiko.

2. Tabung Salam Keruk untuk tetamu.

Kebiasaanya aktiviti Salam Keruk memang menjadi kewajiban tetamu ketika berkunjung ke majlis perkahwinan. Waktu tempoh PKP ini, pihak tuan rumah menyediakan satu kotak khas diletakkan di tepi jalan. 

Jadi tetamu yang melalui Drive-Thru tersebut akan memasukkan wang sumbangan ke dalam kotak yang disediakan. Memang tiada sentuhan fizikal sesama mereka. Ini tindakan sangat bijak.

3. Pihak pengantin memberikan bungkusan makanan kepada tetamu.

Ketika ini, memang tiada meja makanan disediakan untuk tetamu. Tuan rumah akan membungkus makanan dan diberikan kepada tetamu sewaktu melalui Drive-Thru. 

Nampak seperti lucu, seakan sama dengan kaunter bayaran dan ambilan restoran makanan segera. Namun itulah cara terbaik dan selamat buat masa ini. 

Apa yang penting tetamu dan pengantin sama-sama diraikan dalam majlis serba sederhana.

4. Menyediakan mask atau sanitizer sebagai doorgift.

Selain daripada perkara utama di atas yang perlu dipatuhi oleh pasangan pengantin, pihak pengantin boleh menggantikan doorgift biasa sebelum ini seperti kuih dan manisan kepada pemberian mask atau sanitizer.

Ia satu simbolik kepada mesej kesedaran untuk semua yang hadir sama-sama meningkatkan pencegahan dan pengawalan Covid 19. Satu idea yang bagus!

5.Berada tidak lebih daripada 15 minit di majlis tersebut.

Jika sebelum ini tetamu atau keluarga akan berlama-lamaan dalam satu-satu majlis perkahwinan. 

Ketika tempoh ini cuba hadkan masa kepada 10-15 minit sahaja. Ia meninggalkan kesan yang sangat besar kepada membantu usaha kerajaan menghentikan penularan wabak ini. 

Jadi sama-sama kita patuhi demi keselamatan semua. Selepas tempoh PKP tamat, anda boleh rancang satu majlis lain untuk meraikan keluarga dan tetamu yang mahu diundang.

Apa-apa pun yang mahu kita lakukan, rujuk pihak berkuasa dan dapatkan garis panduan. 

Tahniah kepada pasangan pengantin ini kerana mematuhi arahan pihak berkuasa. Sama-sama kita doakan negara bebas daripada wabak ini secepatnya. 

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?