“Marriage is a gamble” atau dalam bahasa Melayu “Perkahwinan adalah suatu perjudian”. Pasti anda sering mendengar mengenai pepatah ini bukan? Setelah berkahwin, disitulah bermulanya titik dimana kita tahu perangai sebenar pasangan.
Bagi mengelakkan anda rasa tertipu oleh pasangan setelah pernikahan, kami kongsikan beberapa hal mengenai pasangan yang anda patut ketahui sebelum bersetuju menempuh alam perkahwinan bersama.
#1 STATUS KESIHATAN
Rekod kesihatan pasangan perlu anda ketahui sama ada pasangan pernah menghidap apa-apa penyakit yang serius. Hal ini agar anda tahu apa perkara yang perlu anda lakukan sekiranya pasangan anda diserang penyakit tersebut kelak.
Penyakit seperti diabetes, kerosakan buah pinggang dan penyakit kelamin mampu menyebabkan kemandulan. Sekiranya anda merancang untuk mempunyai anak, pastikan anda celik tentang status kesihatan pasangan sebelum berlaku salah faham selepas berkahwin.
#2 PENGETAHUAN AGAMA
Anda harus tahu sedalam mana ilmu agama pasangan anda, adakah ilmu yang itu dipratikkan dalam kehidupan atau tidak. Contohnya, adakah dia tahu membaca al-quran dan sekerap mana dia membacanya. Pastikan juga adakah pasangan anda sentiasa menunaikan kewajiban sebagai seorang hamba atau sebaliknya.
Sekiranya pasangan anda tidak mempunyai ilmu agama yang banyak, anda harus bersedia untuk mendidik dan memimpin pasangan untuk menjadi muslim yang lebih baik setelah perkahwinan agar kehidupan lebih diberkati.
#3 KEWANGAN
Kebanyakan pasangan tertipu dengan kewangan pasangan setelah perkahwinan. Terdapat banyak kes dimana pasangan mempunyai banyak hutang dan hanya diketahui setelah perkahwinan.
Hal ini dapat menjejaskan keharmonian rumah tangga apabila kewangan pasangan tidak stabil dan nafkah zahir tidak dapat diberikan.
#4 PELAN HIDUP MASA PANJANG
Sudah pasti anda ingin hidup bersama insan yang tersayang selama-lamanya. Oleh itu, anda perlu tahu pelan hidup masa panjang pasangan anda sama ada dia ingin meneruskan pelajaran atau memulakan perniagaan sendiri.
Pastikan pasangan berfikiran ke depan dalam meneruskan kehidupan agar keturunan yang dibina mempunyai masa depan yang cerah.
#5 KELUARGA
Bersuai kenal dan kenali latar belakang keluarga pasangan anda. Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang tetapi kita boleh memilih sama ada untuk mendekatkan diri dengan orang tersebut atau tidak.
Hal ini penting kerana keluarga pasangan bakal menjadi keluarga anda setelah perkahwinan.
#6 PERSONALITI PASANGAN
Anda harus bijak memanipulasi keadaan agar pasangan menunjukkan sikap sebenar. Hal ini kerana terdapat banyak kes dimana pasangan menjadi panas baran dan kaki pukul setelah berkahwin.
Sudah pasti anda tidak ingin mimpi ngeri ini berlaku kepada anda setelah perkahwinan. Oleh itu, teliti cara pasangan melayan orang lain dan berikan dia sedikit ujian untuk melihat sikapnya yang sebenar.
Kehidupan setelah perkahwinan tidak sentiasa manis, pasti lebih banyak liku-liku yang bakal anda tempuhi. Justeru, anda harus tahu dan celik mengenai hal pasangan anda sebelum bersetuju untuk meneruskan perkahwinan kerana pilihan ada di tangan anda.
Kharisma Katering menerima tempahan makanan minimum 50 pax bagi semua majlis termasuk majlis pertunangan, pernikahan dan majlis resepsi. Sekiranya berminat, hubungi perunding caterer kami di talian 012-8399898 dan layari facebook.com/kharismakatering0128399898/ untuk melihat pakej yang kami sediakan.