7 Checklist Penting Persediaan Perkahwinan Ini Akan Buat Majlis Anda Berjalan Lancar

Title

Anda sedang sibuk menyiapkan persediaan perkahwinan sekarang? Ya biasanya persiapan dibuat beberapa bulan lebih awal. 

Bahkan ada calon pasangan pengantin bersiap seawal setahun sebelum majlis diadakan. Itulah yang terbaik supaya semuanya berjalan lancar. 

Majlis perkahwinan adalah majlis besar melibatkan ramai pihak bukan sahaja pasangan pengantin. Ada dua keluarga besar akan disatukan. 

Semua sebesar-besar perkara hingga seremeh-temeh perkara perlu disenaraikan. Jangan sampai terlepas pandang.

Mari kita lihat 7 Checklist Panduan Persediaan Pengantin untuk kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan. Sediakan payung sebelum hujan!

#1. Buat saringan awal HIV dan Talassemia.

Ini checklist paling penting sebelum meneruskan majlis pernikahan. Apabila hati sudah berkenan kepada calon pasangan, teruskan buat prosedur ini. 

Ia sebagai pencegahan awal untuk memastikan kedua-dua pasangan dan bakal anak yang dilahirkan dilindungi daripada sudut kesihatan. 

Jika ujian positif ada kemungkinan pernikahan dinasihatkan untuk tidak diteruskan. Jadi buat persediaan awal sebelum merancang persiapan lain. 

#2. Buat bajet majlis perkahwinan. 

Biasanya pengantin lelaki lebih dahulu memikirkan soal bajet perkahwinan kerana mereka yang akan mengeluarkan sebahagian besar belanja. Namun begitu ia boleh dibincang bersama pasangan pengantin perempuan. 

Bajet perkahwinan ditentukan bersama mengikut jumlah kewangan yang ada. Mahu belanja besar atau sebaliknya. Rancanglah perbelanjaan sehingga tidak membebankan kedua belah pihak. Sumber kewangan sama ada daripada pengantin sendiri, perbelanjaan ibu bapa dan duit hantaran.

Ada juga yang membuat pinjaman tetapi kami cadangkan elakkan daripada mengambil inisiatif ini kerana selepas majlis perkahwinan ada lagi perbelanjaan lain yang perlu difikirkan. Elakkan menambah beban hutang.

#3.  Kenal pasti lokasi penting majlis pernikahan atau perkahwinan.

Kenal pasti di mana majlis pernikahan akan diadakan sama ada di rumah pengantin perempuan, surau, masjid atau dewan. Lihat adakah lokasi yang dipilih sesuai dengan jumlah jemputan yang datang. 

Ini sangat penting kerana jika buat di tempat awam, lokasi perlu ditempah awal memandangkan ramai yang melangsungkan perkahwinan dalam waktu yang sama. 

Kadangkala pihak katering atau wedding planner juga sudah penuh jadual mereka. Jadi kenal pasti lokasi majlis seawal mungkin.

#4. Senaraikan bilangan jemputan kedua belah pihak.

Pasangan pengantin perlu berbincang dengan ibu dan ayah masing-masing siapakah ahli keluarga terdekat, sahabat handai, kawan sekerja dan kenalan yang  mahu dijemput.

Ingat, ia majlis besar ibu ayah kita bukan majlis pasangan pengantin sahaja. Jangan sampai ada yang tidak dijemput dan akan berkecil hati pula. Jadi siapkan awal-awal dan boleh ditambah dari masa ke masa.

Jumlah jemputan juga bergantung kepada berapa bajet yang dipersetujui oleh pasangan dan keluarga pengantin. 

#5. Pastikan jurunikah sudah dimaklumkan bila tarikh pernikahan. 

Ini checklist yang paling penting. Jika jurunikah tiada, majlis tidak akan terjejas. Kadangkala pengantin sudah tetapkan tarikh, jadual jurunikah pula sudah penuh. 

Jadi, buat temujanji awal dan segala persiapan boleh disusun mengikut tarikh yang dipilih. Semasa berjumpa jurunikah biasanya imam masjid bertugas, bawa dokumen permohonan perkahwinan yang siap disahkan. 

Jangan lupa sediakan senarai saksi dan segala dokumen mereka disiapkan. Sediakan salinan kad pengenalan yang lebih. 

#6. Daftar borang di pejabat agama pasangan pengantin.

Ingat, buat pendaftaran pernikahan awal, 3-6 bulan sebelum majlis pernikahan. Sekarang semuanya di hujung jari. Pasangan agama islam boleh memohon kebenaran berkahwin secara online iaitu melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM) oleh JAKIM. 

Kadangkala pasangan tinggal jauh, berlainan negeri contohnya pengantin lelaki di Sabah dan pengantin perempuan di Johor. Jadi ada prosedur tertentu yang perlu dipatuhi dan dibuat awal. 

#7.  Edaran jemputan dibuat dalam tempoh sebulan awal.

Oh ya, dalam tempoh sebulan sebelum majlis anda sudah boleh mula mengedarkan kad jemputan atau jemputan melalui media sosial. Boleh gunakan facebook event untuk jemput kenalan yang sudah disenaraikan. 

Dapat sesuatu daripada perkongsian ini. Kami doakan urusan majlis bahagia anda dipermudahkan semuanya.  

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?