Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada Mac 2020, penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan semakin meningkat setelah peraturan baru seperti larangan untuk makan di premis makanan diperkenalkan. Namun, sebagai pengguna kita juga perlu berhati-hati kerana rider makanan juga boleh membawa virus tersebut kepada kita ketika membuat penghantaran makanan.
Jangan risau. Ini antara 7 langkah yang perlu anda ikuti bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 ketika mengambil makanan delivery.
#1 PEMBAYARAN MELALUI ATAS TALIAN
Pembayaran melalui atas talian kelihatan remeh tetapi hal ini dapat membantu anda mengelakkan jangkitan virus tersebut.
Hal ini demikian kerana anda dapat mengurangkan sentuhan antara anda dengan rider makanan dimana pertukaran wang tidak dilakukan secara fizikal. Semakin kurang sentuhan, semakin kurang kebarangkalian jangkitan berlaku.
#2 SEDIAKAN TEMPAT KHAS UNTUK MELETAK MAKANAN
Anda boleh menyediakan tempat khas seperti meja di hadapan rumah. Kemudian, arahkan rider agar meletakkan makanan di tempat khas tersebut. Hal ini juga dapat mengelakkan sentuhan fizikal antara anda dan rider.
#3 KEKALKAN JARAK 1 METER
Setelah membuat pembayaran melalui atas talian, anda tidak perlu risau mengenai sentuhan fizikal lagi. Pastikan rider telah berlalu sebelum anda mengambil makanan delivery di tempat khas tersebut. Hal ini demikian agar anda dapat memastikan penjarakan sosial sejauh 1 meter sentiasa terpelihara.
#4 MEMAKAI PELITUP MUKA
Meskipun berada di kawasan perumahan, pelitup muka hendaklah dipakai ketika mengambil makanan daripada tempat khas tadi dan ianya hendaklah diguna dengan cara yang betul.
Pelitup muka membantu menapis cecair pernafasan daripada merebak ke udara dan orang sekeliling. Oleh yang demikian, anda dapat mengelakkan daripada kebarangkalian mendapat jangkitan COVID-19.
#5 PINDAHKAN MAKANAN KE PINGGAN
Makanan delivery anda hendaklah dipindahkan ke pinggan atau bekas yang lain.
Elakkan makan daripada bungkusan makanan bagi menghindari virus COVID-19 yang mungkin terdapat pada bungkusan tersebut.
#6 BUANG PEMBUNGKUS MAKANAN
Pastikan pembungkus seperti plastik dan tapau makanan dibuang ke dalam tong sampah setelah membuka pembungkus makanan.
Hal ini kerana rider dan pemilik premis makanan telah memegang bungkusan makanan dan virus COVID-19 mungkin terdapat pada pembungkus tersebut. Ini adalah antara langkah berjaga-jaga kerana virus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
#7 CUCI TANGAN MENGGUNAKAN SABUN
Setelah membuka bungkusan makanan delivery dan memindahkkan makanan ke pinggan, pastikan anda mencuci tangan menggunakan sabun selama 20-30 saat sebelum menjamu makanan.
Mencuci tangan menggunakan sabun telah diakui dapat membunuh virus COVID-19, oleh itu pastikan anda mengikuti 6 langkah mencuci tangan dengan betul.
Dengan mengamalkan 7 langkah yang telah dibincangkan di atas, nescaya kita akan terhindar daripada jangkitan COVID-19 ketika mengambil makanan delivery. Tidak salah sekiranya kita mengambil langkah-langkah pencegahan dalam musim pandemik ini, bak kata pepatah “mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Bagi anda yang ingin menempah makanan tengahari daripada Kharisma Katering, boleh menghubungi kami di talian 012-8399898 atau lihat di laman Facebook kami, facebook.com/KharismaKatering untuk menu yang berbeza kami sediakan setiap hari. Penghantaran makanan dalam radius 2KM hingga 3KM daripada kawasan Pekan Papar adalah PERCUMA.