7 Makanan Baik Untuk Berbuka Puasa

kharismakatering-7-makanan-baik-berbuka-puasa-ramadhan

Semasa berpuasa kandungan air dan nutrisi dalam badan kita akan berkurang daripada hari biasa. Oleh sebab itu, pemilihan jenis-jenis makanan semasa berbuka puasa itu penting.  Bila main ngap ja, itulah ada yang sakit perut tu šŸ˜…

Berikut adalah antara makanan yang sebaiknya diambil semasa berbuka puasa. Semoga bermanfaat bagi yang berpuasa šŸ˜‡ 

1) Kurma


Kurma adalah makanan yang disunnahkan oleh RasulAllah SAW. Kurma mengandungi kandungan seperti zat besi, fruktosa(gula), sumber serat dan mineral. Makan sekurang-kurangnya 2 biji kurma semasa berbuka puasa untuk mengantikan kadar gula rendah di dalam badan semasa berpuasa.

2) Air Putih


Minum air putih yang secukupnya ketika berbuka puasa untuk mengantikan cecair yang hilang didalam badan. Air yang mencukupi diperlukan untuk keseimbangan suhu badan, melancarkan peredaran darah dan pencernaan.

3) Sup


Anda juga digalakkan memakan sup semasa berbuka puasa. Sebaiknya dalam sup itu terdiri daripada sayuran dan protein, seperti lobak, sawi, ayam atau daging. Protein akan bekalkan tenaga kembali dalam badan begitu juga dengan sayur-sayuran yang mengandungi serat dan mineral.

4) Buah-buahan


Buah-buahan yang disyorkan untuk diambil ketika berbuka puasa adalah pisang dan buah tembikai. Selain mengandungi vitamin B6 dan C, pisang juga mengandungi 24g karbohidrat yang berperanan untuk bekalkan tenaga. Tembikai pula mengandungi kadar air yang tinggi dan rendah kalori yang sesuai diambil ketika haus.

5) Ikan Panggang


Ikan panggang mengandungi lemak yang rendah, tetapi anda tidak digalakkan menggunakan mentega semasa membakar ikan. Semasa memanggang pastikan ikan tidak terlalu hangus kerana bahagian yang hangus(hitam) boleh menyebabkan risiko kanser.

6) Daging Ayam

Daging ayam mengandungi protein, mineral dan vitamin. Antara menu yang boleh dihidangkan ketika berbuka puasa adalah panggang, rebus, goreng dan sebagainya.

7) Tumisan Sayur


Sayur mengandungi mineral dan fiber yang tinggi, berfungsi untuk sistem pencernaan badan. Menu sayuran boleh dipelbagaikan untuk membangkitkan selera terutamanya untuk mereka yang tidak meminati sayur, contohnya campurkan udang kering atau hirisan ayam ke dalam tumisan sayur.

Semoga bermanfaat bagi kita semua šŸ„°

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?