7 Perkara Wajib Katering Sediakan Untuk Pelanggan Pakej Perkahwinan

kharismakatering-7-Perkara-Wajib-Katering-Sediakan

Ramai yang mahu dapatkan pakej servis katering untuk mengurus majlis perkahwinan mereka.

Tahukah anda banyak kelebihan apabila anda dapatkan servis ini kerana pihak katering sudah merancang semua urusan majlis.

Mari kita lihat apakah 7 perkara wajib katering sediakan untuk mereka yang mengambil pakej perkahwinan.

7 perkara ini wajib disediakan berdasarkan pakej-pakej yang dipilih oleh pasangan pengantin. Buatlah pilihan berdasarkan bajet dan keperluan anda.

1.Set Kanopi Pelamin & Meja Beradab Pengantin.

Ini set wajib dan paling penting iaitu set kanopi pelamin dan meja beradab. Ia menjadi tumpuan utama tetamu yang datang pada sesi tengahari atau selepas zohor apabila kedua mempelai duduk di atas pelamin sebagai raja sehari.

Biasanya disediakan 2 kerusi yang cantik berserta dekorasi menawan pelamin. Ada hiasan dan bunga-bungaan bergantung kepada konsep yang ditetapkan.

Kemudian meja beradab untuk sesi jamuan makan mempelai juga kedua keluarga yang diraikan. Kedudukan set kanopi dan meja beradab berada di lokasi utama majlis perkahwinan.

2. Set Kanopi Tetamu.

Kedua ialah set kanopi tetamu yang hadir. Pihak katering akan menyediakan jumlah meja dan kerusi yang cukup mengikut pakej yang diambil.

Biasanya makanan yang dihidangkan adalah buffet, tetamu perlu beratur mengambil makanan di stesyen yang disediakan di tepi-tepi khemah.

3. Menu Hidangan.

Ketiga ialah menu hidangan untuk kanopi pengantin dan tetamu yang hadir. Istimewa untuk pasangan mempelai disediakan hidangan berbeza dengan tetamu biasa.

Biasanya lauk tambahan berasaskan Udang, Ayam Golek, Ikan, Pencuci Mulut dan sebagainya disamping menu makanan utama.

Para tetamu pula biasanya disediakan menu utama seperti Nasi Minyak atau Nasi Hujan Panas berasaskan beras wangi, Nasi Putih, Daging Masak Hitam, Kari Tulang, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Ikan Sos Thai, Sayur-sayuran atau ulaman, buah, air minuman panas dan sejuk.

Juga ada pencuci mulut seperti kuih muih atau bubur.

4. Kek Pengantin.

Hidangan tambahan kek pengantin juga disediakan dan ianya mengikut bajet pakej perkahwinan yang dipilih. Ada pilihan kek 1 tingkat hingga 3 tingkat. Jika anda mahu menempah sendiri kek pengantin juga boleh.

Kadangkala ada juga kek pengantin yang ditaja oleh keluarga atau kenalan pasangan mempelai. Satu cara bijak menjimatkan kos perkahwinan anda.

5. Busana & Andaman.

Biasanya ada katering yang menyediakan servis busana untuk kedua pengantin lelaki dan perempuan. Sepasang baju dan seluar atau gaun yang cantik mengikut tema dan warna pilihan. Anda boleh buat percubaan dahulu dan lihat mana yang berkenan dihati.

Selain itu pihak katering juga menyediakan khidmat andaman untuk solekan pengantin. Semuanya terletak kepada pilihan dan bajet anda. Lebih mudah dan murah jika ambil harga pakej dengan pihak katering.

6. Sistem Siaraya.

Bagi memeriahkan majlis biasanya katering turut menyediakan kelengakapan sistem siaraya sepanjang majlis berlangsung. Majlis diserikan dengan celoteh pengerusi majlis, selingan pantun nasihat perkahwinan, usik mengusik dan doa untuk kedua mempelai.

Juga lebih bermakna ucapan daripada kedua ibu ayah atau keluarga yang hadir. Sebagai halwa telinga boleh pasangkan lagu-lagu harmoni sesuai dengan tema majlis perkahwinan dan tetamu yang hadir.

7. Pramusaji Beruniform.

Akhir sekali ialah pasukan pramusaji beruniform yang terlatih dan berpengalaman disediakan oleh katering. Mereka membantu kelancaran majlis dengan memastikan hidangan lauk pauk, kuih muih, buah dan air sentiasa mencukupi mengikut jumlah tetamu yang hadir.

Membersihkan meja makan, mengangkat pinggan mangkuk dan sebagainya. Juga membantu tetamu jika memerlukan apa-apa khidmat lain.

Keluarga mempelai fokus melayani tetamu dimuka pintu dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Inilah 7 perkara wajib yang pihak katering akan sediakan melalui pakej perkahwinan yang mereka tawarkan.

Ada banyak lagi servis lain yang ada bergantung kepada set menu pilihan anda.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?