7 “Person-In-Charge” Dalam Servis Katering Ini Berperanan Besar Bantu Jayakan Majlis Bersejarah Anda!

kharismakatering-7 PIC dalam servis katering

Bila menghadiri majlis perkahwinan yang disajikan dengan jamuan daripada servis katering, kita akan dapat lihat krew berbaju seragam sibuk melayani para tetamu, angkat makanan susun di bahagian buffet, topup makanan yang habis dan kutip pinggan cawan kotor di meja.

Namun, disebalik servis katering ini ada 7 person-in-charge yang bertanggungjawab daripada sebelum, semasa sehingga selesai majlis anda.

Jom, Minmin kenalkan siapa 7 individu atau team disebalik tabir servis katering ini sebenarnya. Minmin mulakan dengan Perunding Katerer yang menjadi barisan hadapan setiap bermulanya proses tempahan.

#1. PERUNDING KATERER

Setiap pelanggan yang ingin mengetahui details pakej jamuan kahwin, perunding katerer inilah yang bertanggungjawab menerangkan semua info berkenaan kepada penempah tersebut.

Bukan tu sahaja, tugas Perunding Katerer ini juga termasuklah memberi khidmat nasihat serta cadangan kepada bakal pengantin mengenai penyediaan jamuan majlis pernikahan/perkahwinan.

Segala persoalan bakal pengantin mengenai harga, pilihan menu atau pakej mengikut bajet akan diterangkan satu-persatu oleh perunding katerer tersebut.

Semasa sesi konsultasi bersama pelanggan, perunding katerer akan bantu sehabis baik untuk persediaan jamuan sebelum majlis sebenar bermula. Ini untuk mengelakkan sebarang masalah timbul semasa majlis berlangsung.

“Saya belum dapat kek pengantin lagi untuk majlis saya nanti. Ndak lama lagi majlis kami ni. Macam mana tu ah?”

Persoalan di atas ni kami sendiri biasa dengar. Jangan risau, hal seperti ini perunding katerer akan berusaha bantu selesaikan. Kami paham tidak lengkap majlis sanding tanpa kek pengantin.

#2. ADMIN

Tugas admin adalah lebih kepada penyediaan dokumentasi tempahan. Ini termasuklah dokumen seperti sebut harga(quotation), pesanan acara (event order), pesanan penghantaran(delivery order) dan invois(invoice).

Untuk sistem tempahan yang bersistematik, pihak katerer haruslah menyediakan salinan dokumen tempahan yang lengkap untuk pelanggan. Ini juga memudahkan kedua-dua belah pihak termasuklah pihak katerer sendiri.

#3. TUKANG MASAK

Tukang masak ini memainkan peranan terbesar dalam servis katering di antara semua bahagian. Tugas tukang masak adalah memasak hidangan jamuan yang menepati citarasa pelanggan dan para tetamu.

Tidak lupa juga, tukang masak ini bertanggungjawab mengekalkan rasa resepi tersendiri pemilik katering tersebut.

Selepas sesi food tasting bersama bakal pengantin dan keluarga, mereka akan beri feedback termasuklah rasa makanan untuk hidangan majlis akan datang. Ada sesetengah orang tidak suka pedas, ada yang suka pedas sangat.

Daripada feedback itu, tukang masak akan mengubah rasa hidangan mengikut permintaan pelanggan.  

#4. PEMBANTU TUKANG MASAK

Tugas utama pembantu tukang masak adalah membantu tukang masak untuk penyediaan sebelum memasak dan pembersihan selepas memasak.

Penyediaan sebelum memasak termasuklah memotong bahan-bahan masakan seperti bawang, cili, sayuran, ayam, daging dan seangkatannya. Selepas siap menyediakan hidangan, pembantu tukang masak akan membuat pembersihan seperti meja, peralatan memasak dan lain-lain.

#5. KATERER KOORDINATOR

Tugas katerer koordinator adalah memastikan perjalanan sepanjang majlis berjalan dengan lancar. Ini termasuklah memantau krew dan pelayan menjalankan tugas dengan baik semasa majlis berlangsung.

Selain itu, katerer kordinator ini juga bertanggungjawab memantau penyusunan dan kebersihan peralatan jamuan, pengaturan makanan dan mengetuai segala aktiviti katering dalam acara majlis.

#6. PRAMUSAJI

Tugas utama pramusaji ada beri layanan kepada tetamu majlis. Mereka akan ambil dan letakkan makanan ke dalam pinggan tetamu.

Pramusaji biasanya akan memakai pakaian seragam yang kemas terutamanya ketika mereka beri layanan kepada tetamu jemputan VIP/VVIP atau kenamaan.

#7. KREW PEMBANTU

Tugas krew pembantu adalah membantu mudahkan kerja tim yang lainnya ketika hari majlis.

Ini termasuklah topup makanan yang habis di meja buffet, mengutip pinggan cawan yang kotor di meja tetamu, mengangkat makanan dan peralatan majlis dan membersihkan kawasan dewan makan selepas majlis selesai.

Inilah 7 individu atau pasukan yang bekerjasama untuk menjayakan majlis bersejarah pasangan pengantin yang menggunakan khidmat katering. Tugas-tugas ini diwujudkan bagi memastikan setiap perjalanan majlis selesai itu berjalan lancar, bermula daripada awal tempahan sehingga majlis selesai.

Untuk bakal pengantin yang ingin adakan Majlis Nikah/Perkahwinan dalam masa terdekat ini, boleh usha-usah Set Katering Bajet Kharisma bermula serendah RM20.00/PAX dengan tempahan minimum 100 PAX.

Boleh hubungi Perunding Katerer kami di nombor 012-839 9898 untuk dapatkan details pakej. Sekiranya ada pertanyaan lain yang berkaitan pun boleh DM kami ya.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?