7 Sebab Pinangan Lelaki Ditolak Wanita

kharismakatering-katering-PINANGAN-DITOLAK

Ditolak pinangan oleh wanita pilihan? Memang sedih bila ini menimpa pada diri sendiri. Mana tidaknya bila percintaan yang diimpikan tidak sampai ke mahligai perkahwinan.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan ada juga sebabnya. Bila pinangan abang-abang ditolak oleh wanita pilihan, refleksi diri, kalau-kalau diri sendiri yang menjadi penyebab.

Mungkin perkara-perkara ini yang menjadi penyebabnya. Jika ada salah satu atau lebih dari situasi di bawah ni, bolehlah dijadikan iktibar dan pengajaran untuk berubah.

1. Lelaki yang panas baran

Tiada wanita yang mahu hidup dengan lelaki kaki pukul, yang sikit-sikit mahu marah dan naik tangan. Keganasan dalam rumah tangga adalah mimpi ngeri bagi semua wanita yang memang fitrahnya perlu dilindungi.

Belum kahwin sudah berani sakitkan anak orang, apatah lagi bila kahwin nanti. Kena ingat juga bila ada anak, tidak mahulah hidup mereka penuh dengan penderaan. Boleh rosak masa hadapan anak-anak yang membesar dengan keganasan. Nauzubillah…

2. Tidak sama taraf

Tidak sama taraf atau sekufu antara biasa yang kita dengar. Sebelum meminang, abang-abang kena pastikan ada keserasian dengan calon pasangan, dari segi pemikiran dan gaya hidup.

Ini dinyatakan sendiri oleh Imam Muda Hassan, graduan jurusan Ilmu Wahyu dan Al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Tidak dapat kita nafikan pada zaman yang sudah berubah ni, ada keluarga yang masih mementingkan taraf.

3. Pendidikan

Begitu juga dengan perbezaan taraf pendidikan. Katakan wanita itu ada kelulusan tinggi berbanding abang yang belajar hanya setakat sekolah menengah, hubungan itu akan jadi tidak sekufu. Ada juga ibu bapa yang menentang hanya disebabkan perkara ini.

“Perbezaan taraf pendidikan antara pasangan akan memberi kesan kepada kesefahaman.”, tambah Imam Muda Hassan. Bila sudah berbeza maka pola pemikiran pasangan tidak seiringan dan tiada kesefahamanlah dalam perhubungan.

4. Penampilan diri yang tidak meyakinkan

Percaya ndak, ramai sebenarnya wanita yang mementingkan penampilan pasangannya. Selain cara berkomunikasi, penampilan diri juga melambangkan personaliti diri tau.

Tahukah abang-abang bahawa imej dan persepsi orang lain terhadap kita terbentuk hanya dalam masa 7 saat. Memanglah orang putih bilang don’t judge book by its cover, tapi hakikatnya kita memang menilai orang melalui cara pemakaian, cara bercakap dan tingkah laku.

Sebab penampilan diri menunjukkan tahap keyakinan, kepercayaan dan keupayaan seseorang itu. Ini bukan saja-saja cakap tau, ini adalah berdasarkan kajian psikologi manusia.

5. Pernah ada rekod jenayah

Ini juga antara penyebab kuat kenapa pinangan anda ditolak. Bukan apa, wanita ni cuma takut benda yang sama berulang. Lagi-lagi yang ada rekod jenayah seperti merompak,kes dadah dan membunuh.

6. Ada pilihan lain

Yang ni, abang-abang kenalah pastikan sebelum masuk meminang, wanita itu tiada calon atau pilihan lain. Jikalau ada, confirmlah pinangan abang akan di tolak.

Jika tidak mahu berputih mata, kena pastikan dulu wanita tersebut belum berpunya sebelum masuk meminang. Jangan main datang sergah ja

7. Tidak berminat berkahwin

Ada juga golongan wanita yang belum bersedia untuk kahwin dan yang paling rare tidak minat pun mau kahwin. Jadi, kalau abang datang meminang wanita yang ada ciri-ciri ini, mentah-mentahlah dorang tolak.

Pada kebiasaannya, mereka adalah daripada golongan wanita bekerjaya dan yang mahu fokus menjaga ibu bapa mereka, lagi-lagi yang sudah berumur.

RasulAllah S.A.W pernah ditolak lamarannya oleh dua orang wanita yang bernama Ummu Salamah dan Ummu Hani. Sedangkan lelaki utusan Allah pernah ditolak lamarannya, apatah lagi kita insan yang kerdil ini.

Jadi, abang-abang di luar sana janganlah menyalahkan diri sendiri mahupun pihak lain. Sebaliknya perbaiki akhlak diri dan bawa kebaikan kepada orang disekeliling kita. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan untuk semua. Aamiin…

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?