Pernah dengar macam ni? “Aku ciri birit lepas makan masakan di kenduri rumah si polan kemarin. Penat keluar masuk tandas.”
Sama ada penyedia jamuan ataupun tetamu mesti risau bila ada kejadian keracunan makanan dalam majlis kenduri-kendara.
Sebagai penyedia jamuan yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam industri katering, kami menetapkan panduan untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan pelanggan di tahap terbaik!
1. Premis berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan premis katerer berdaftar mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Ini bagi memastikan penyedia jamuan mematuhi keperluan keselamatan dan kualiti makanan yang disediakan untuk orang awam.
Selain itu, ini dapat meningkatkan keyakinan pelanggan dan orang ramai terhadap makanan yang disediakan katerer selamat daripada kejadian keracunan makanan.
2. Sentiasa memastikan kebersihan premis di tahap terbaik!
Setelah syarikat berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, pihak kami bekerjasama untuk membenarkan Pejabat Kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan di premis kami.
Antara yang turut disemak adalah sijil kesihatan, sijil hadir kursus pengendalian makanan, suntikan vaksin setiap pekerja, cara susun atur barangan di peti sejuk dan chiller, dan persekitaran.
Setelah selesai, mereka berikan markah penilaian kebersihan premis itu sendiri. Alhamdulillah, Kharisma mendapat poin 93.10% markah setelah pemeriksaan dibuat.
3. Ambil sampel makanan untuk tujuan pemeriksaan.
Setelah menyediakan hidangan pelanggan, kami akan ambil sampel setiap menu dan simpan di dalam ziplining plastic bag selama tiga hari.
Ini sebagai persediaan sekiranya berlaku apa-apa melibatkan jamuan di majlis pelanggan, sampel ini akan dihantar ke laboratorium untuk tujuan pemeriksaan.
4. Memantau pengendalian makanan dari mula hingga akhir majlis.
Syarikat melantik seorang Penyelaras Katering atau Catering Coordinator untuk memastikan makanan dikendalikan dengan baik. Selain itu, bagi mengekalkan pengurusan majlis yang bersistematik, tenaga kerja seperti krew dan pramusaji juga punyai peranan penting
Penyelaras katering ini bertanggungjawab dalam tugas-tugas di bawah:
- Memastikan makanan diangkut dengan kenderaan yang bersih.
- Memastikan stok makanan tidak diletak di atas lantai.
- Memastikan makanan sentiasa dihidang dalam keadaan panas.
- Memastikan makanan dihidang dalam bekas yang bersih dan bertutup.
- Memastikan krew yang mengendalikan makanan memakai pakaian yang bersih dan kemas.
- Memastikan peralatan yang digunakan untuk mengendalikan makanan adalah bersih.
- Memastikan staff atau krew majlis tidak
mengamalkan tabiat buruk seperti ;
- merokok,
- meludah merata-rata, dan sebagainya.
- Memastikan staff atau krew majlis tidak menyentuh makanan dengan tangan secara langsung.
- Memastikan perkakas seperti pinggan mangkuk dibasuh dengan bersih sebelum digunakan semula.
- Memastikan pembersihan kawasan majlis dan pembuangan sisa makanan setelah majlis selesai.
5. Memasak hidangan dalam jangka masa 4-6 jam sebelum majlis.
Untuk memastikan kualiti dan kesegaran makanan terjaga, tim operasi kami akan menyediakan hidangan pelanggan sebelum 4-6 jam majlis makan bermula.
Kualiti makanan yang baik adalah dalam jangka masa 4-6 jam selepas dimasak. Bagi lokasi majlis yang memerlukan perjalanan jauh, kami sediakan warmer untuk memanaskan makanan sebelum majlis makan.
Ini adalah cara kami untuk meyakinkan kepercayaan pelanggan jika mengambil servis daripada Kharisma Katering. Melalui panduan ini juga ia dapat membantu dalam meningkatkankan kualiti serta mutu servis kami. Bermula daripada tempahan kecil sehingga berjaya menguruskan ribuan tetamu untuk pelbagai majlis, kami gembira dapat memudahkan jamuan majlis pelanggan kami.
Anda perlukan servis katering untuk penyediaan jamuan majlis pada masa akan datang? Kharisma Katering membuka tempahan minimum 50PAX sahaja dengan konsep hidangan makanan berbungkus.
Untuk lihat menu dan dapatkan kotasi anda, boleh hubungi Perunding Katerer kami di nombor 012-839 9898. Sekiranya ada pertanyaan lain yang berkaitan pun boleh DM kami ya.