Bingung Mahu Pilih Katering? Pergi Food Tasting Dulu! Ini 4 Sebab Kenapa Perlu Ada Food Tasting

Untitled-design-19-1
Semasa sesi Food Tasting di Kharisma Katering.

Semua bakal pengantin berserta ibu bapa mereka pastikan mahu yang terbaik di majlis yang ditunggu-tunggu tu kan? Tidak kiralah pelamin, pakaian dan persalinan pengantin, hantaran sehinggalah ke bahagian makanan.
Mahu upah katering semasa majlis bahagia anda?

Tiada masalah. Tapi jangan lupa yang memilih katering ini bukan semudah ABC atau 123.
Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini di kemudian hari.
Sebab itu pentingnya buat research terlebih dahulu tentang pihak katerer yang ada berhampiran lokasi anda dan kemudian mendapatkan kotasi. Bila bersetuju dan berpuas hati dengan harga yang ditetapkan, barulah boleh ke peringkat yang seterusnya.

Boleh tempah sudah?
Eh belum lagi! Sebagai tuan rumah, kita kenalah adakan sesi food tasting menu makanan yang akan dipilih untuk majlis itu nanti.

Kenapa perlu ada food tasting?Penting ka tu? Jom kita baca 4 sebab sesi ini penting untuk bakal pengantin!

1. Memastikan rasa makanan bukan INDAH RUPA DARI RASA

Setiap katerer memasak dan menyajikan makanan dengan cara yang tersendiri. Jadi ini tugas anda untuk memastikan pilihan anda untuk menjadikan mereka sebagai katerer anda adalah tepat dengan memastikan masakan itu benar-benar sedap. Jadi semasa sesi ini, adalah lebih baik membawa keluarga atau teman rapat bersama. Sebab selera setiap orang berbeza dan kita boleh bertukar-tukar pendapat semasa merasa makanan yang telah dihidangkan.

2. Cara Penyajian Juga Perlu Dititikberatkan


Mestilah. Kita mesti mahu yang terbaik dan sesuatu yang nampak menyelerakan, kan? Jadi di sini kalau rasa sudah okay tapi cara penyajian yang out, apa kata tegur pihak katerer dan minta mereka perbaiki cara hidangan mereka nanti.

3. Pilihan Menu Juga Untuk Keluarga dan Tetamu Anda

Kita pilih makanan bukan ikut kita ja. Keluarga dan tetamu yang hadir pun mesti diambil kira juga. Mungkin ada yang tidak boleh makan sesetengah hidangan sebab alergik. Tapi apa pun, semuanya terpulang pada anda. Bajet dan pilihan di tangan anda!


4. Perhatikan Cara Mereka Bekerja

Tengok cara mereka melayani pelanggan. Menyusun hidangan dan peralatan di atas meja. Oh dan penting juga tentang ketepatan masa! Kalau janji mau siapkan sebelum jam 9 pagi, takkanlah jam 10.30 pagi baru sampai dewan kan?

Sebab itulah pentingnya sesi food tasting ni. Bukannya dibuat suka-suka dan sekadar membuang masa. Banyak manfaatnya dan pasti membantu untuk melancarkan perjalanan majlis anda nanti.

Tapi ingat, semasa sesi berjalan – gunakan komunikasi dua hala bersama pihak katerer jadi kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk memastikan majlis tidak terganggu dengan masalah yang boleh dielakkan jika ada kerjasama yang baik.

Kharisma Katering pun ada menyediakan sesi food tasting secara percuma. So jangan risau bila bayaran dibuat. Tarikh untuk sesi food tasting ditetapkan, anda tinggal datang dan merasa saja makanan yang akan kami hidangkan!

Mahu berbincang dahulu soal menu? Tiada masalah. Boleh hubungi terus perunding katerer kami di talian 012-839 9898.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?