“Checklist” Pengantin Dulu-Dulu Panjang Berjela. Pengantin PKP Perlu 7 “To-Do-List” Ini Saja!

pengantin-pkp

Siapa sangka selepas Mac 2020, adat dan kebiasaan dalam meraikan pasangan pengantin di majlis perkahwinan berubah hampir 100%. Daripada persediaan untuk majlis sehinggalah tiba majlis, semuanya kena laksanakan dengan norma baharu dengan pelbagai SOP yang kita kena biasakan.

Kalau sebelum ni, bakal pengantin sibuk membuat checklist setahun sebelum majlis, 6 bulan sebelum majlis sampailah 2-3 hari sebelum majlis. Tapi sejak adanya covid ni, segala kebiasaannya telah bertukar menjadi apa yang wajib saja untuk keselamatan bersama.

Jom kita throwback checklist bakal pengantin dulu-dulu. Apa senarai yang panjang berjela tu?

6-12 bulan sebelum:

  • Anggarkan jumlah tetamu & senaraikan nama jemputan
  • Uruskan bajet
  • Rancang aturcara majlis
  • Kursus kahwin
  • Tempah dewan/kanopi majlis
  • Tempah pakej perkahwinan
  • Tempah jurufoto & juruvideo
  • Bincang hantaran
  • Pilih Katerer

5 bulan sebelum:

  • Pemeriksaan HIV
  • Urus dokumen permohonan pernikahan
  • Tempah pengacara & audio system
  • Tetapkan konsep/warna pelamin
  • Tema/warna untuk keluarga
  • Beli barang hantaran
  • Mohon CUTI
  • Tempah tiket/pakej berbulan madu
  • Booking homestay

3 bulan sebelum:

  • Serahkan dokumen di Pejabat Agama
  • Pastikan semua kelengkapan siap ditempah
  • Sediakan senarai tugas untuk ahli keluarga
  • Pilih baju majlis anda & beri ukuran
  • Pilih pengapit & tentukan tema pakaian
  • Bincang dengan pihak katerer & food tasting
  • Bincang & tentukan dekorasi pelamin dengan butik
  • Tempah kad kahwin
  • Bunga telur & goodies
  • Pre-wedding photoshoot

1 bulan sebelum:

  • Hubungi & semak status permohonan nikah
  • Senarai alamat tetamu untuk pos kad
  • Pos kad kahwin
  • Cuba solekan dengan juru andam/mua
  • Buat rawatan spa/muka
  • Rancang kedudukan tempat duduk tetamu
  • Tempah juru ukir inai
  • Gubah dekorasi hantaran

2 Minggu sebelum:

  • Sahkan kehadiran pendaftar pernikahan
  • Pastikan urusan dan prosedur pernikahan selesai
  • Sediakan duit pembayaran jurunikah, saksi dan dll
  • Ambil baju kahwin/persalinan di butik
  • Hias bilik pengantin
  • Sahkan semua perincian pelamin, katering, andaman, kompang, dll
  • Aturkan taklimat tugasan kepada keluarga dan pembantu anda

1 hari sebelum:

  • Berinai bagi perempuan
  • Pastikan pakaian untuk majlis siap diseterika
  • Siapkan rebus dan bungkus telur untuk bunga telur
  • Pastikan penanda arah siap dipasang
  • Rehat dan tidur awal

Finally, habis juga. Jom kita tengok pula checklist pengantin PKP.

To-do-list Nikah PKP

  1. Membuat ujian HIV
  2. Menyediakan segala dokumen penting untuk akad nikah(borang semua perlu disediakan lebih awal)
  3. Sediakan duit hantaran atau mas kahwin
  4. Jika ada barang hantaran yang ingin diberi, boleh beli secara online.
  5. Membuat tempahan makanan untuk family dan jemputan di rumah.
  6. Personalized door gift untuk tetamu yang ada
  7. Paling penting, sebelum lakukan senarai di atas, dapatkan kebenaran dahulu!

Foto Kredit: Sinar Plus

Wah, nampak banyak perbezaan, kan? Ringkasnya berkahwin musim PKP. Jimat pun jimat. Yang paling best, ramai pasangan yang bernikah pakai baju seragam kerja, especially pasangan frontliner kita.

Apa-apa pun jangan lupa patuhi SOP untuk anda yang plan mahu nikah musim covid ni ya. Dahulukan yang wajib saja dulu. #kitajagakita

Beberapa keping kenangan:

Cover Foto Kredit: Oh My Media

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?