DOA SEBELUM BERBUKA PUASA TIDAK AKAN DITOLAK OLEH ALLAH

kharismakatering-doa-sebelum-berbuka-tidak-ditolak-Allah

Mungkin ramai dalam kalangan kita belum tahu atau mungkin ada yang tahu tapi ndak ambil kisah hal ini.

Nabi Muhammad S.A.W: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)

Rugi kalau kita ndak ambil kesempatan berdoa waktu ni sebab ini adalah antara waktu berdoa paling mustajab selain waktu bersahur dan ketika berbuka puasa atau dalam bahasa Sabah, waktu sungkai.

Tetapi, sayangnya ramai antara kita kaum muslimin yang menyibukkan diri dengan menyiapkan juadah berbuka, menunggu masa berbuka sambil bermain telepon. Padahal masa yang terluang itu adalah masa emas yang patut kita rebut.

Ndak payah lama sangat, tadah tangan dan berdoalah dalam 3-5 minit sebelum menjamah juadah berbuka.

Mintalah apa yang kamu hajati kepada Allah SWT, baik hajat dunia mahu pun akhirat.

Ini adalah 10 cadangan doa sebelum waktu berbuka/ketika berbuka yang boleh diminta semasa berdoa:

  1. Sihat tubuh badan.
  2. Diterima segala amal ibadah.
  3. Diampunkan segala dosa.
  4. Murah rezeki.
  5. Keluarga bahagia.
  6. Dijauhkan azab kubur.
  7. Diterima taubat.
  8. Perniagaan yang maju dan diberkati.
  9. Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
  10. Dipermudahkan segala urusan di dunia.

Mungkin ada sesuatu yang anda hajati selama ini yang belum tercapai, dan ini adalah masa terbaik untuk anda menadah tangan dan berdoa.

Jadi selepas ini, bersiap-siaplah paling kurang 10-15 minit sebelum waktu berbuka dan ambillah kesempatan ini meminta dan berdoa kepada Allah SWT.

Semoga bermanfaat.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?