Idea Nikah PKP. Buat Bakal Pengantin Bolehlah Try Idea Ini, Simple dan Menarik

kharismakatering-Idea-Nikah-PKP-00

Musim PKP ni ramai bakal pengantin yang terpaksa batalkan majlis, ada yang tunda ke tahun hadapan, tapi disebabkan situasi yang masih tidak mengizinkan mereka juga akhirnya batalkan majlis.

Bayangkan persediaan yang sudah dibuat berbulan-bulan tapi majlis impian tidak dapat diteruskan, pasti sedih, kan?

Setelah beberapa bulan PKP, akhirnya kerajaan telah menetapkan SOP untuk Majlis Keraian termasuklah Majlis Nikah. Baru-baru ini telah tular gambar setup majlis nikah yang cukup simple tetapi sangat menarik, mungkin ini boleh beri anda idea untuk teruskan majlis yang tertangguh.

Walaupun tidak meriah dengan kunjungan ramai tetamu, kita haruslah biasakan diri dengan new normal ini. InsyaAllah, majlis anda akan tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Sebaik-baik walimatulurus adalah yang paling sederhana. Lebih baik majlis itu dirancang dengan teliti dan mengikut kemampuan masing-masing. Pilihan dan perancangan yang paling bijak adalah anda berjimat-cermat dari majlis kahwin lagi.

Duit yang lebih sebaiknya disimpan untuk kegunaan perbelanjaan setelah kahwin. Tidak usah risau bila majlis anda itu diremeh-remehkan atau menjadi bualan manusia, kerana Rasulallah SAW bersabda:

“Sebaik-baik pernikahan adalah pernikahan yang paling sederhana.” (HR. Abu Daud)

Tambahan untuk tuan rumah pula, adalah sebaiknya anda melakukan pemeriksaan suhu bagi tetamu yang hadir selain menyediakan hand sanitizer dan mask.

Dan Buat Tetamu, Pastikan Anda Juga Ikuti SOP Yang Telah Ditetapkan oleh Menteri Kesihatan Kita.

Untuk mengelakkan penularan virus berbahaya ini, lebih baik jika kita ambil langkah berjaga-jaga dan tidak ambil remeh mengenai penjagaan diri.

Antara tanggungjawab dan tindakan tetamu adalah:

  1. Tidak digalakkan untuk bersalaman dengan tuan rumah dan tetamu lain. Gantikan  dengan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri.
  2. Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun. Jika tiada,, boleh gunakan hand sanitizer.
  3. Individu yang bergejala(seperti demam dan batuk-batuk) dinasihatkan menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter dengan individu lain.
  4. Pakai penutup hidung dan mulut.
  5. Pastikan anda tidak terlepas atau terlupa untuk periksa suhu dan catatkan data seperti nama, nombor telepon dan suhu pada buku/kertas yang disediakan.

Bagi bakal pengantin yang bakal membuat majlis kahwin pkp ini diharapkan urusan anda dipermudahkan.

Dan, kepada bakal pengantin di sekitar Papar, Kinarut, dan area Kota Kinabalu yang ingin meneruskan majlis anda pada tahun ini, Kharisma telah membuka tempahan untuk set menu bagi Majlis Keraian. Tempahan MINIMUM hanya 50 PAX sahaja.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?