Ini 10 Sebab Kenapa Perlu Pilih Kharisma Katering sebagai Penyedia Jamuan Majlis Kahwin Anda

kharismakatering-10 sebab pilih Kharisma Katering

Kharisma Katering telah beroperasi sejak tahun 2010 dan telah menguruskan lebih 1800 pelbagai majlis dan acara termasuklah majlis perkahwinan, majlis korporat, keraian dan jamuan kecil-kecilan.

Bakal adakan majlis kahwin anda tidak lama lagi? Khas untuk bakal pengantin yang berada di kota kinabalu, ini 10 sebab kenapa perlu pilih Kharisma Katering sebagai penyedia jamuan majlis kahwin anda.

#1. SISTEM TEMPAHAN YANG TERATUR.

Selepas dapatkan maklumat daripada pelanggan, pihak kami akan sediakan dokumen seperti kotasi, event order, invoice dan delivery order untuk pelanggan.

Untuk proses penyediaan hidangan, kami juga tetapkan SOP seperti menyenaraikan keperluan bahan-bahan tempahan tiga hari sebelum majlis untuk akaun membuat pembelian barang. Kami hanya menggunakan sumber bahan basah yang segar, termasuklah ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan.

Sekiranya ada sebarang perubahan atau pertanyaan daripada bakal pengantin, wakil perunding katerer kami juga boleh berjumpa sekurang-kurangnya tiga kali sebelum majlis untuk sesi konsultasi. Percuma tanpa sebarang cas ya.

 #2. LAUK-PAUK DIMASAK SESUAI DENGAN MASA DAN MENCUKUPI SEHINGGA MAJLIS HABIS.

Untuk kekalkan kualiti makanan, kami juga tetapakan SOP Qualiti Control (QC) bagi penyediaan hidangan terutamanya majlis kahwin yang mempunyai jangka masa majlis yang panjang.

Tempoh kualiti makanan yang baik adalah 4-6 jam selepas dimasak. Sebab itulah kami sediakan hidangan pelanggan dalam jangka masa ini sebelum majlis makan bermula.

Bagi mengelakkan pembaziran dan pastikan makanan mencukupi sehingga majlis habis, pramusaji disediakan untuk hidangkan tetamu. Jangan risau sebab kami juga sediakan refill makanan sehingga dua kali refill.

#3. ON TIME DELIVERY.

Kami menetapkan prosedur penghantaran makanan yang menepati masa. Makanan perlu sampai ke lokasi majlis sejam sebelum majlis makan bermula.

Tetapi set-up meja buffet dan setting yang lain memang sudah disediakan awal oleh krew-krew yang bertugas. Apabila makanan sampai, mereka hanya tinggal hidangkan saja kepada tetamu.

#4. KREW TERLATIH DAN BERPENGALAMAN.

Krew Kharisma telah diberikan latihan untuk kendalikan majlis mengikut SOP yang ditetapkan. Ada antara krew yang memang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang F&B sebelum ini.

Sebelum majlis bermula, event coordinator akan adakan taklimat untuk semua krew bertugas. Dalam sesi taklimat ini, krew akan diberitahu mengenai perjalanan majlis dan tugas-tugas untuk setiap krew.

#5. HARGA BERPATUTAN DENGAN SERVIS YANG DITAWARKAN.

Ini antara janji dan komitmen kami di Kharisma Katering. Kami tidak menjanjikan harga yang murah meriah berbanding katerer lain di luar sana, tetapi kami pastikan nilai yang anda bayar memang berpatutan dengan apa yang anda dapat.

Selain menyediakan citarasa menu moden dan tradisional, kami juga menggunakan peralatan katering dan jamuan  yang berkualiti. Bukan piring pakai buang ya. Untuk setiap pakej, kami juga sediakan item percuma yang berbeza.

#6. SESI KONSULTASI SECARA PERCUMA.

Kami tidak kenakan sebarang cas untuk sesi konsultasi bersama bakal pengantin atau ahli keluarga yang berurusan. Sekiranya ada pertanyaan atau permintaan, boleh inform dengan wakil perunding katering kami.

Kami juga boleh bantu anda carikan servis sediakan kanopi, meja kerusi dan kek pengantin jika perlu. Kami akan bantu anda apa yang mampu sehinggalah majlis selesai. 

#7. KOMITMEN MASA SANGAT PENTING DAN DIUTAMAKAN.

Krew bertugas akan sampai di lokasi majlis dua atau tiga jam sebelum majlis bermula untuk set-up meja buffet, peralatan dan apa yang perlu.

Untuk lokasi majlis yang jauh, krew kami akan bertolak lebih awal dari itu untuk set-up peralatan. Kami tidak mahu tuan rumah dan tetamu menunggu lama sedangkan majlis sudah bermula.

#8. BERI PERKHIDMATAN SEHINGGA MAJLIS SELESAI.

Kami tidak akan tinggalkan majlis sehinggalah majlis anda selesai. Selagi majlis belum selesai dan tetamu pun masih ada duduk di meja, krew akan tetap jalankan tugas mereka.

#9. SAMPAH KAMI TAPAU.

Selesai saja majlis, krew akan bantu bersihkan kawasan majlis. Plastik hitam juga kami sediakan untuk kutip sampah.

Sebelum tinggalkan kawasan majlis, event coordinator akan pastikan kawasan majlis bersih sama seperti sebelum majlis.

#10. BERPENGALAMAN SEJAK 2010 DALAM INDUSTRI PENYEDIAAN MAKANAN.

Kharisma bermula sejak tahun 2010 dalam industri penyediaan makanan, terutamanya di Kota Kinabalu dan sekitarnya.Kami sudah menguruskan lebih daripada 1800 majlis dan rata-rata 80% daripada pelanggan kami memang buat tempahan semula atau repeat order dengan kami.

Selepas saja majlis selesai, kami akan minta feedback daripada pelanggan dan kami juga terbuka untuk mendapat cadangan daripada pelanggan bagi perbaiki lagi kualiti servis kami.

Kami percaya segala feedback atau cadangan yang anda berikan dapat tingkatkan lagi kualiti servis Kharisma.

Buat bakal pengantin, ini diskaun yang anda mesti rebut! Dapatkan DISKAUN sebanyak 5% Pakej Jamuan Kahwin bila anda tempah minimum 50PAX Pakej Jamuan Nikah daripada Kharisma.

Tawaran ini akan tamat sehingga akhir tahun ini saja. Tempah sekarang untuk majlis tahun depan juga boleh. Booking fee kami hanya serendah RM500 sahaja. Jom LOCK DATE anda sekarang!

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?