Menjamu selera tepat pada waktunya adalah penting bagi mengelakkan sakit kepala, mual, gastrik dan perut masuk angin berlaku. Ketidakselesaan ini dapat anda hindari sekiranya anda mempunyai masa untuk masak dan makan masakan sendiri. Bagaimana pula sekiranya anda tiada masa dan hanya bergantung kepada makanan delivery?
Pada artikel ini, kami akan kongsikan waktu yang sesuai untuk anda memesan makanan agar dapat menjamu makanan tepat pada waktunya.
#1 SATU JAM SEHINGGA 30 MINIT SEBELUM LUNCH HOUR
Di antara satu jam sehingga 30 minit sebelum waktu rehat atau lunch hour merupakan waktu yang terbaik bagi anda memesan makanan. Hal ini demikian, anda perlu mengambil kira waktu masakan, bungkusan, dan juga waktu penghantaran makanan.
Sekiranya anda memesan makanan tepat pada waktu rehat, anda perlu menunggu selama seberapa lama sebelum makanan sampai dan anda mungkin tidak dapat menjamu pada waktunya.
#2 MEMESAN MAKANAN MELALUI OPEN ORDER
Selain itu, anda juga boleh menempah makanan beberapa hari awal dan mengikuti open order daripada peniaga makanan kegemaran anda.
Anda perlu meminta peniaga tersebut untuk menghantar makanan tepat pada waktu rehat. Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang makanan waktu rehat anda pada keesokkan hari.
#3 BERDASARKAN JADUAL MAKAN YANG BETUL
Di samping itu, anda dinasihati agar memesan makanan selari dengan jadual makan yang betul. Sarapan pagi hendaklah diambil antara pukul 7 pagi hingga 9 pagi, makan tengahari pada 12 tengahari hingga 2 petang, manakala makan malam pada pukul 6 petang hingga 7 malam.
Menjamu selera berdasarkan jadual makan yang betul dapat membantu anda mengikuti gaya hidup yang sihat.
#4 APABILA CUACA MASIH CERAH
Keadaan cuaca juga perlu diambil kira ketika memesan makanan delivery. Anda hendakhlah memesan makanan ketika cuaca cerah dan bukan pada waktu mendung atau hujan.
Kebanyakan rider menggunakan motorsikal apabila membuat delivery dan terpaksa untuk menunggu sehingga hujan berhenti sebelum menghantar pesanan makanan. Hal ini dapat menjejaskan waktu penghantaran makanan anda.
Justeru, anda digalakkan untuk mengikuti waktu-waktu yang telah kami sarankan ketika ingin memesan makanan delivery. Lewat menjamu makanan akan mengakibatkan beberapa kesan yang tidak menyenangkan kepada tubuh badan anda.
Kharisma Katering sering membuka tempahan makanan awal bagi anda yang ingin memesan makanan tengahari. Delivery makanan juga dilakukan sebelum lunch hour bagi mereka yang bekerja di pejabat. Sekiranya berminat, boleh pergi ke facebook.com/KharismaKatering untuk melihat open order yang kami sediakan dan membuat pesanan di talian 012-8399898.