Tidak tahu mahu beli barangan apa untuk hantaran? Banyak sangat pilihan di luar sana untuk dijadikan barangan hantaran?
Kalau waktu dulu-dulu, barangan merupakan sama ada manisan, makanan dan barangan kegunaan pelengkap diri seperti pakaian, kasut dan alat solek.
Tetapi pada masa kini barangan hobi sudah dijadikan sebagai barangan hantaran. Katanya sebagai tanda support kepada hobi pasangan dan ianya lebih romantik.
Jom kita lihat barangan-barangan yang dijadikan barang hantaran dan diletakkan di atas dulang hantaran.
Barangan kosmetik dan penjagaan kulit.

Bakal isteri pastinya gembira menerika set kosmetik seperti gincu, ‘eye shadow’, maskara dan lain-lain alat solek . Selain alatan solek, barangan penjagaan kulit juga menjadi pilihan sebagai barangan hantaran.
Untuk set penjagaan kulit, selalunya kedua-dua pasangan beli barangan set lengkap untuk pasangan masing-masing. Untuk wanita – Pencuci muka, toner, krim siang, krim malam, serum dan mask. Untuk lelaki – pencuci muka, after shave, dan pelembab kulit.
Kasut.

Kasut kulit atau kasut sukan? Pilihan masing-masing kalau mahu bagi hantaran kasut. Kalau untuk pasangan wanita, tentunya kasut bertumit tinggi lebih menarik dan feminin manakala kasut untuk lelaki, elok dipilih jenis kasual seperti ‘loafers’ supaya boleh dipakai untuk apa-apa acara.
Beg tangan atau wallet.

Mahu bagi beg tangan atau wallet ? Dua-dua ni boleh jadi pilihan atau kalau dapat pakej yang berbaloi, tidak salah pun kalau mahu bagi kedua-duanya. Kalau waktu promosi atau ’sale’, kadang-kadang menang berbaloi dapatkan beg tangan dan wallet ni.
Tidak kiralah untuk lelaki atau perempuan, ia boleh jadi salah satu barangan hantaran pilihan.
Barangan hobi.

Macam yang kami nyatakan dalam petikan diatas, barangan hobi sekarang jadi trend sebagai hantaran. Antaranya ialah kamera DSLR sekiranya hobi pasangan ialah mengambil gambar, helmet basikal sekiranya pasangan gemar berbasikal, gamers keyboard kalau pasangan kaki main game ?, yang bagi drone pun ada dan bermacam-macam lagi lah.
Tidak salah pun bagi barangan hobi ni. Ia menunjukkan kita support minat pasangan kita. Kan?
Manisan atau makanan manis.

Manisan sebagai barangan hantaran ialah simbol manisnya sebuah ikatan perkahwinan.
Antara jenis manisan atau makanan manis yang dijadikan hantaran ialah kek, coklat, kuih – muih tradisional yang manis.
Barangan kemas.

Pada mereka yang punya bajet dan berkemampuan, barangan kemas juga dijadikan hantaran bagi melengkapkan set cincin atau gelang yang dijadikan mas kahwin. Ianya bukan barangan wajib untuk lengkapkan set, ianya hanya sebagai panduan dan idea.
Jam tangan.

Masa itu emas. Pemberian jam tangan juga memberi maksud “tanda mengingati setiap masa dan waktu.” Sangat simbolik dan menarik. Ia juga mengingatkan tentang perjalanan, tempat dan masa.
Ramai yang memilih untuk mendapatkan jam jenis berpasangan kerana ianya lebih cantik dan menarik.
Lain-lain.

Lain-lain barangan yang dijadikan hantaran ialah pakaian atau persalinan, telefon bimbit pun ada yang jadikan hantaran, komputer riba pun ada dan bermacam-macam lagilah yang sesuai diletak di atas dulang hantaran.
Bagaimana kita mahu menghias dulang, bergantung kepada kita. Ada yang pilih untuk bungkus barangan hantaran supaya tidak menjadi tatapan umum dan ada juga yang memilih untuk menampakkan barangan di atas dulang. Ianya pilihan masing-masing selagi ianya cantik, menarik dan sesuai untuk majlis anda.
Masih tercari-cari katering terbaik dia Kota Kinabalu? Kharisma Katering pastinya pilihan nombor 1 anda dan kami pasti membantu anda untuk merealisasikan majlis anda. Kami juga menawarkan pelbagai jenis pakej untuk anda pilih. Layari website kami di www.kharismakatering.com dan hubungi kami untuk berbincang lanjut. Cepat sebelum slot penuh.