Kami senaraikan 8 majlis dan acara yang anda boleh tempah makanan dalam pek. Tidak perlu siapkan buffet.

kharismakatering-Mahu-Tempah-Makanan-Berbungkus-Untuk-Majlis-Anda

Majlis , acara dan aktiviti apa yang sesuai kalau nak tempah makanan yang siap pek ni?

Selalunya orang order stail hidang atau buffet kan ?

Tidak semestinya buat majlis kena buat buffet atau secara hidangan, kadang-kadang, masa, tempat dan situasi memainkan peranan dalam kita membuat keputusan sebelum buat tempahan makanan.

Kami di Kharisma Katering mahu kongsi dengan anda, apa aktiviti, majlis dan acara yang sesuai dengan tempahan makanan yang siap dipek.

Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran selalunya dibuat di rumah dan ada juga yang buat di masjid-masjid atau surau berhampiran. Contoh di rumah, bukan semua orang ada rumah yang ada ruang yang luas untuk sediakan tempat hidangan buffet atau hidangan hidang. Jadi, bagi mengatasi masalah ni, anda boleh buat tempahan makanan yang telah siap dipek. Ia boleh jadi pilihan untuk makan di majlis atau tetamu boleh bawa pulang.

Seminar atau Kursus

Ada buat seminar atau kursus di dewan ? Ada sesetengah dewan atau kelas, memang tiada fasiliti menyediakan meja makan untuk nak set meja buffet. Bila dah buat seminar atau kursus, takkan kita tidak mahu bagi peserta makan, kan? Dengan menyediakan makanan sepanjang aktiviti seminar atau kursus, ia boleh juga jadi “value-added” dalam pakej acara tu. Pastinya mereka lebih seronok dan lega tak payah nak keluar cari makanan sendiri. Lebih-lebih lagi kalau peserta dari luar kawasan dan tak biasa dengan keadaan sekeliling.

Aqiqah

Ada yang buat majlis akikah secara besar-besaran dan tentunya siap hidangan secara buffet. Tapi memandangkan majlis ni kadangkala dibuat secara tertutup dan kecil, pelanggan lebih gemar untuk menempah hidangan secara pek. Dan hidangan tersebut dijadikan sebagai ‘doorgift’ bersama-sama dengan cenderahati yang lain.

Sambutan di Sekolah atau Tadika

Risau anak-anak tak pandai nak uruskan makanan mereka sendiri kalau nak buat majlis di sekolah? Jangan risau, sediakan makanan pek untuk mereka lebih mudah. Kalau tidak habis pun, hanya tutup semula dan mereka boleh bawa balik. Sangat praktikal untuk anak-anak kan?

Family Day atau Hari Keluarga

Anda ada perancangan mahu buat family day ? Tentunya masa hari keluarga, banyak aktiviti yang bakal dilakukan bersama-sama. Contohnya bersukan. Lepas habis acara bersukan, tidak sempat mahu buat sandwich kah, mahu hidupkan api BBQ kah, atau kalau mahu buat pot luck bawa makanan sendiri, nanti kena kemas, bersihkan, cuci segala bekas. Kan penat tu.

Tentunya kita nak habiskan masa berbual dan bergelak ketawa dengan keluarga tak kira yang lelaki atau perempuan. Jadi, makanan siap pek ni kan mudah. Makan, terus buang bekasnya. Lepas tu, sambunglah aktiviti bersama-sama tanpa perlu nak kena kemas bekas, susun bekas, cuci bekas, bawak baik bekas .. Penat you ..

Jom tempah makanan yang siap di pek.

Anak Yatim

Ramai yang suka bersedekah dan berinfaq makanan kepada anak-anak yatim di rumah kebajikan. Dengan tempahan makanan yang siap dipek, pastinya memudahkan guru-guru dan juga penjaga di sana untuk menguruskan masa dan juga urus keadaan bila tiba waktu untuk mereka makan. Sesekali mereka menikmati makanan yang ditempah khas untuk mereka, pasti disambut riang dan meninggalkan rasa gembira.

Gelandangan

Golongan gelandangan juga merupakan salah satu golongan yang dipandang serius oleh NGO dan juga orang perseorangan. Kita boleh buat tempahan dan menyantuni mereka dengan makanan yang enak dan berkhasiat untuk mereka dan siap dipek.

Makan-makan di pejabat

Mahu buat makan-makan di pejabat? Tapi kadang-kadang tidak semua rakan sekerja yang boleh sertai acara makan-makan pada masa yang ditetapkan, kan? Sebab ada yang kena keluar jumpa klien, ada yang ada meeting, ada yang tiba-tiba ada klien datang dan macam-macam lagi lah jadi sewaktu bekerja. Dah nama pun kerja kan? Jadi, kenapa tidak buat tempahan makanan yang di pek sahaja ? Sama ada boleh sahaja susun dan tinggal di pantri atau boleh terus letak di atas meja masing-masing. Dan mereka boleh makan ikut masa yang sesuai .

Ini antara menu packed food kami yang popular:

Jadi, dah dapat idea betapa mudahnya tempahan makanan yang siap di pek? Dan ianya juga jauh lebih murah. Ini sebahagian sahaja yang kami kongsi. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh kita pertimbangkan untuk tempah makanan siap pek.

Orang di Kota Kinabalu dan sekitarnya, ndak perlu risau. Kharisma Katering pasti boleh bantu anda dalam menyelesaikan tempahan makanan anda mengikut set menu yang anda pilih. Bagaimana pula penghantaran ke lokasi ? Berbincanglah dengan kakitangan kami untuk keterangan dan info lanjut. Dan jangan lupa untuk layari www.kharismakatering.com .

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?