Majlis Hari Jadi Anak? Ibu tak sempat nak rancang?

kharismakatering-Majlis Hari Jadi Anak Ibu tak sempat nak rancang

Alamak, hari jadi anak hujung bulan ni. Ibu pula sibuk dengan tugasan kerja bulan ni. Maklumlah dah mula persiapan untuk audit .

Kadang-kadang balik lambat dan tidak sempat mahu plan dan rancang untuk majlis hari jadi anak tersayang.   

Jangan risau, Kharisma Katering sebagai syarikat penyedia makanan atau katering pasti boleh bantu ibu-ibu yang kusut memikirkan menu dan rancang majlis hari jadi anak boleh dapatkan bantuan dan nasihat .

Kharisma Katering kongsikan sedikit tips untuk merancang majlis hari jadi anak bagi membantu memudahkan perancangan ibu-ibu.

5 TIPS MERANCANG MAJLIS HARI JADI ANAK.

TIPS #1: CARI TEMA MAJLIS.

Foto Kredit: unsplash.com/Sirio

Bincang dulu dengan anak, dia mahu tema apa. Nanti sedih pula tidak dapat tema yang dia mahukan. Kalau anak lelaki mesti mahu tema superheroes, kereta, polis, askar, kapal terbang dan macam-macam lagi konsep maskulin. Manakala anak perempuan pula pastinya gemar ikon fantasi seperti unicorn, puteri raja dan sebagainya. 

Bila dah tahu tema majlis, sekarang masa untuk tetapkan warna untuk tema tersebut. Ini bagi memudahkan pencarian dekorasi seperti belon, alas meja, doorgift beg, kek dan sebagainya.

TIPS #2: KEDAI KEPERLUAN PARTI.

Foto Kredit: unsplash.com/McGowan

Hubungi atau lawati kedai keperluan parti untuk dapatkan dekorasi yang berkaitan dengan tema. Mereka juga mempunyai kakitangan yang cekap dalam memberi nasihat dan panduan mengikut kesesuaian bajet anda. Mereka juga cekap memilih kombinasi warna tema bagi menjadikan majlis lebih menarik.

TIPS #3: PERKHIDMATAN PENYEDIA JAMUAN ATAU KATERING.

Foto Kredit: freepik.com/v.ivash

Bincang dengan penyedia makanan pilihan anda. Menu apa sesuai untuk anak – anak yang berusia 1 – 3 tahun, 4 – 7 tahun, 8 – 12 tahun. Tentunya majlis hari jadi mereka kita fokus kepada anak-anak yang sebaya. Kemudian, barulah kita tengok menu yang sesuai untuk ibu bapa mereka.

Bagi anda yang tinggal di Kota Kinabalu dan kawasan sekitar yang berhampiran, Kharisma Katering yang beroperasi di Papar, Sabah juga menawarkan pilihan menu dan boleh bantu anda membuat perancangan yang menarik untuk anak kesayangan anda.

Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pelbagai majlis di Kota Kinabalu dan kawasan sekitar dan berdekatan, pastinya memudahkan pelanggan dari kawasan setempat.

Mahu cari menu sedap untuk anak-anak? Berbincanglah dengan kami untuk dapatkan harga yang terbaik demi untuk merealisasikan impian anak anda.

TIPS #4: MEMBUAT SENARAI JEMPUTAN.

Foto Kredit: freepik.com

Senarai jemputan jangan lupa tau. Nanti mahu sediakan doorgift, aktiviti semasa majlis dan jumlah untuk sediakan makanan bermula dari senarai jemputan inilah.

TIPS #5: RANCANG AKTIVITI SEMASA MAJLIS.

Foto Kredit: partiesideas.com

Untuk memeriahkan majlis hari jadi, lakukan sedikit aktiviti atau permainan untuk meninggalkan memori gembira pada anak anda dan tetamu yang hadir.

Permainan seperti kuiz, atau kerusi ‘beracun’, atau main teka-teki pastinya membawa keceriaan dan gelak ketawa anak dan tetamu yang hadir.

Jadi untuk warga di Kota Kinabalu, warga Papar di Sabah, jangan lupa bah untuk hubungi Kharisma Katering untuk hidangan dan rancang majlis hari jadi anak yang terbaik. Tak perlu tunggu bulan majlis, ibu boleh buat perancangan yang lebih awal bagi mengelakkan tempahan penuh atau terlupa untuk buat tempahan. Lagi awal kita rancang dan plan, lagi mudah untuk kita uruskan hal -hal yang lain seperti penempahan dekorasi dan juga buat senarai tetamu.

Lawati website kami sekarang untuk lihat info Set Jamuan Hari Jadi dan tempahan.

Kami sentiasa bersedia menerima pertanyaan dan tempahan anda.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?