Setiap kali ingin mengadakan Jamuan Korporat, Urus Setia Jabatan akan ditugaskan mencari penyedia jamuan yang memenuhi kriteria pemilihan pihak atasan.
Sebagai katerer korporat yang berpengalaman, kami kongsikan 5 persediaan untuk menjadikan Jamuan Korporat jabatan Tuan Puan lebih istimewa dan diingati para tetamu VIP.
1. Lihat pakej dan bajet majlis jamuan korporat.
Biasanya pihak syarikat akan mengeluarkan satu had bajet untuk jamuan seorang tetamu. Berdasarkan bajet tersebut dapatkan beberapa senarai pakej dan bajet majlis jamuan yang disediakan di pasaran.
Harga per pax pula bergantung kepada jenis jamuan makan. Majlis korporat dibahagikan kepada 3 pakej iaitu Pakej Premium Set Dome, Standard Set Dome dan Pakej Buffet Seminar. Jadi pilih pakej berdasarkan bajet yang dikeluarkan oleh syarikat anda.
2.Tetapkan lokasi majlis jamuan.
Pemilihan lokasi jamuan korporat biasanya dibuat dalam tempat tertutup. Ianya seperti majlis rasmi. Ini juga bergantung kepada cadangan dan konsep aktiviti yang ditentukan oleh syarikat.
Contohnya mesyuarat tahunan di buat dalam dewan besar memuatkan beratus atau beribu orang. Jadi sebagai urusetia jamuan anda perlu mencadangkan lokasi yang sesuai kepada jawatankuasa induk. Ia perlu dilakukan awal 3 bulan sebelum program diadakan.
3. Kenal pasti siapakah VIP dan tetamu yang hadir.
Secara protokolnya ini adalah topik yang sangat penting. Sebagai petugas jamuan korporat dapatkan senarai nama jemputan khususnya VIP untuk memudahkan anda menentukan berapakah meja makan yang diperlukan.
Jika menyewa khidmat katering, pihak katering akan menyediakan tempat duduk yang berbeza berbanding tetamu yang biasa. Jika tidak dimaklumkan awal kemungkinan tempat jamuan tidak cukup dan ia boleh menjejaskan imej syarikat anda.
Jadi sentiasa dapatkan pengesahan kehadiran VIP. Alternatif lain sediakan satu meja jamuan lebih sebagai persediaan.
4. Dapatkan tentatif yang jelas.
Pastikan anda mendapatkan senarai tentatif program yang tepat dan jelas. Ia sangat penting kerana biasanya sesi jamuan korporat seperti mesyuarat tahunan, seminar atau bengkel, sumbang saran dan lain-lain dijalankan selama sehari atau lebih.
Jadi kekerapan jamuan mungkin lebih daripada tiga hingga ke enam kali sehari. Jadual ini perlu diserahkan kepada pihak katering supaya mereka dapat merancang menu yang sesuai, menyediakan hidangan dengan betul dan mengikut waktu yang ditetapkan.
Jadi sebagai petugas jamuan majlis korporat wajib masukkan senarai tentatif program sebagai rujukan dalam simpanan anda.
5. Cari katering yang berpengalaman.
Terlalu banyak servis katering yang menguruskan majlis jamuan korporat di pasaran. Sebagai urusetia jamuan makan anda perlu dapatkan senarai katering yang berpengalaman mengurus majlis penting ini.
Biasanya jamuan korporat dihadiri tetamu daripada pelbagai syarikat lain, pelabur, pelanggan dan juga prospek perniagaan. Imej syarikat anda sangat penting. Jika majlis jamuan yang diuruskan tersusun, makanan yang dihidangkan sedap, kuantiti mencukupi dan pramusaji yang bertugas cekap maka majlis anda akan disebut-sebut.
Sekaligus nama syarikat atau organisasi anda dilihat profesional dan ia akan membina kepercayaan tetamu untuk berurusan lagi selepas itu.
Dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Ianya nampak mudah tetapi jika anda gagal menyusun majlis jamuan makan dan tetamu tidak berpuas hati sekaligus boleh menjejaskan nama baik syarikat atau organisasi anda.
Jadi buat persiapan awal dan pastikan buat lima perkara penting ini untuk jadikan majlis jamuan korporat anda dikenang-kenang sampai bila-bila!