Menu Rahmah : 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Untitled design (85)

Sekali pandang, ingatkan Menu R*smah. Rupanya Menu Rahmah.

Foto Kredit : Google.

Sejak awal Februari, sana sini, orang bercakap pasal Menu Rahmah. Perkara pertama yg terlintas di fikiran penulis – siapa Rahmah ni? Kenapa perkenalkan Menu Rahmah ni?

Oh. Rupanya ini sebenarnya usaha kerajaan bersama beberapa persatuan untuk membantu golongan sasaran (miskin tegar dan yang kurang berkemampuan.)

Tapi sebelum ni ada ja peniaga yang sudah jual nasi bajet begini.   Contoh ; nasi bambong di Tawau.  Dan ingatkah anda Menu Rakyat 1Malaysia dulu? 

Apa pun, usaha ini tetap boleh dipuji. Penjenamaan semula menu bajet ini satu usaha yang baik sebenarnya dan patut disebar dengan lebih meluas. Sejak dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 31 Januari lalu, ramai peniaga termasuklah MYDIN mula memasarkan menu dengan harga yang berpatutan ini iaitu pada harga RM5.

Terbaru, Kolej Teknologi Yayasan Sabah sudah mula memperkenalkan Menu Rahmah dan ini menjadikan mereka IPT pertama di Sabah yang menyediakan sajian makanan lengkap dengan harga yang munasabah ini.

Okay, penulis belum berpuas hati lagi. Masih juga mau tahu siapa ‘Rahmah’ ni.

Bila sudah tau, BOOM! Okay terjawablah sudah persoalan tentang nama ‘Rahmah yang digunakan didalam program ini.

Foto Kredit : @mydsa_official.

Rahmah ni dalam bahasa Arab bermaksud Rahima ( rasa belas dan kasih sayang.)

Persoalannya, relevan ka Menu Rahmah ni dalam jangka masa yang panjang? Atau cuma bersifat sementara? Mestilah relevan. Kalau nasi bambong boleh bertahan sejak dekad 1990an, kenapa tidak Menu Rahmah? Tapi dalam masa yang sama, kementerian disarankan untuk membuat penilaian semula harga bahan mentah utama bagi meringankan beban rakyat.

Jom, kita baca 5 benda yang perlu diketahui pasal Menu Rahmah!

01. Apa itu Menu Rahmah?

Foto Kredit : FB Salahuddin Ayub.

Menu Rahmah ini ialah makanan tengah hari atau malam yang disasarkan kepada golongan miskin tegar dan B40. Bajet yang ditetapkan hanya RM5 dan ke bawah.

02. Apa pilihan makanan yang ada dalam Menu Rahmah?

Foto Kredit : FB Salahuddin Ayub.


Bergantung pada premis tetapi mesti ada nasi, protein dan sayuran. Ada yang hidangkan rojak,roti John, shawarma dan lain-lain lagi. Bergantung kepada kreativiti dan bajet kedai itu sendiri. Menurut Datuk Seri Salahuddin Ayub, disebabkan sebelum ini beliau ada melihat menu Durian Rahmah jadi berkemungkinan di masa akan datang akan ada pula buah-buahan Rahmah, sayuran Rahmah dan kuih Rahmah di bulan Ramadhan. Bestnya! Lepas ni sesiapa saja pun boleh lah menikmati makanan yang ada dengan harga berpatutan kan?

03. Menu Rahmah ni berkualiti atau tidak?


Mestilah berkualiti! Sebab makanan yang disediakan tu seimbang. Ada kandungan protein, karbohidrat dan serat sekali.

Foto Kredit : Kementerian Komunikasi dan Digital.

04. Di mana saya boleh periksa lokasi Menu Rahmah?

Pembeli boleh lihat senarai di https://menurahmah.kpdn.gov.my. Di negeri Sabah, sudah ada 112 buah restoran dan kedai makan yang sediakan Menu Rahmah ni.

Foto Kredit : Kementerian Komunikasi dan Digital.


05. Kalau peniaga berminat dan mahu join dalam projek Menu Rahmah?

Senang saja. Peniaga boleh mendaftarkan premis secara percuma di laman web yang sama iaitu https://menurahmah.kpdn.gov.my.

Foto Kredit : Kementerian Komunikasi dan Digital.


Inisiatif yang bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan ini sewajarnya dipuji dan diteruskan walaupun ada segelintir pihak yang mempertikaikan yang Menu Rahmah ini tidak membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah pun.

Selain itu, bukan program Menu Rahmah saja yang menjadi sasaran untuk membantu keluarga miskin tegar. Pakej Harga Rahmah, Bakul Rahmah dan Kafe Rahmah juga bakal dilancarkan dan diharap dapat membantu golongan miskin tegar, berpendapatan rendah dan pelajar yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan.

Menarik kan? Mana lah tahu di masa akan datang giliran Kharisma Katering pula hidangkan Menu Rahmah khas untuk semua.
Tapi buat masa sekarang – Kharisma Katering lebih memfokuskan kepada servis katering.

Ingin dapatkan pakej istimewa untuk majlis anda yang hampir sama konsep dengan Menu Rahmah?
Jangan risau, Kharisma Katering ada penyelesaiannya!

Gunakanlah Pakej Tempah dan Hantar!
Sangat berbaloi untuk majlis dengan kehadiran tetamu yang ramai. Harga pula termasuk caj penghantaran. Yang paling best sekali, semua peralatan dan bekas hidangan turut disediakan.

Berminat dengan Pakej Tempah dan Hantar Kharisma Katering? Boleh terus hubungi wakil perunding katerer kami di talian 012-839 9898 dan ikuti kami di facebook https://www.facebook.com/kharismakateringkk/ untuk mengikuti perkembangan terkini kami. 


Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?