4 Langkah ‘Mise En Place’ Ala Kharisma.

Untitled design (84)


Memasak ni aktiviti yang sangat best. Hilang stress, perut pun kenyang.
Memasak sambil menyanyi, itu double fun

Tapi itulah, memasak bukan semudah yang disangka. Lebih-lebih bila memasak dalam kuantiti yang banyak.
Sesiapa yang sudah lama dalam dunia kulinari, faham sangat lah tu!

Contohnya, syarikat katering yang mengendalikan masakan dalam kuantiti yang banyak.
Cuba bayangkan betapa penatnya orang-orang yang bekerja di belakang dapur tu kan?

Jadi, memasak ni sebenarnya perlukan perancangan juga. Kita mesti mau hasilkan sesuatu yang terbaik untuk sesiapa yang menikmati makanan kita.

Sama juga macam Kharisma Katering. Seluruh pasukan kami yang diketuai oleh chef sentiasa memberikan yang terbaik untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan apa yang kami tawarkan.

Jadi mari, kami kongsikan beberapa persiapan ‘mise en place’ cara Kharisma Katering yang mungkin boleh mula digunakan oleh pembaca kami! Jangan risau, semua orang boleh amalkan!


1. Atur Gerak Kerja ialah Langkah Pertama.

“Chef, boleh beli barang sudah?”


Sia-sia kena ketuk kepala kau. Sebelum tu mestilah kena atur gerak kerja. Baca dan teliti resipi.  Kalau ikut cara Kharisma bekerja, Chef akan senaraikan resepi dan gerak kerja di papan putih. Mudah, semua staff dapat nampak. Kalau main beli barang ndatau bahan apa yang diguna, confirm banyak pembaziran sebab kita belum pasti apa bahan yang sedia ada dan yang perlu ditambah. Lepastu baru boleh bersedia dengan bahan-bahan yang perlu dibahagikan.

Sumber : Pinterest.


2. Sediakan Bahan dan Peralatan.

Nice! Bahan-bahan kering dan basah sudah ada di depan mata. Boleh sudah mula dengan prep. Chef selalunya akan sediakan bahan, alatan, peralatan yang diperlukan.
Contohnya pisau tajam, papan pemotong yang perlu diasingkan penggunaannya, tuala dan juga bekas untuk menyimpan bahan-bahan.

Sumber : Pinterest.

3. 3M- Membasuh, menimbang dan memotong.

Untuk memastikan proses ini berjalan dengan sempurna, ada satu yang perlu dipastikan oleh chef atau penyelia. Tangan haruslah bersih dan kena dibasuh sebelum dan selepas menyediakan makanan dengan air bersih dan sabun.

3.1. Membasuh.

Proses membasuh terutamanya makanan mentah, juga dengan air bersih. Ini bertujuan untuk mengeluarkan bakteria atau parasit. Untuk proses membasuh sayur segar pula ialah dengan merendamnya sebentar di dalam air untuk menanggalkan pasir dan batu kecil. Selepas itu, basuh sekali lagi di bawah air yang mengalir. Sabun atau bahan pencuci juga perlu dielakkan dalam proses ini kerana dikhuatiri akan mengundang keracunan makanan.

3.2. Memotong.

Semasa memotong bahan yang dimakan mentah dan yang perlu dimasak terlebih dahulu, chef paling mementingkan soal papan pemotong sebab untuk mengelakkan pencemaran silang, papan pemotongan yang berasingan perlu digunakan.

3.3 Menimbang.

“Tidak perlu susah-susah guna mesin penimbang, main agak-agak saja.”
Kalau untuk majlis yang ada tetamu seramai 1000 orang, rasanya boleh ke main agak-agak bahan tu?


Sebab tu Chef Kharisma bilang, penting kena ada pengawalan porsi – iaitu dengan menimbang dan menyukat setiap bahan sebelum mulakan proses memasak. Ini membantu dapat mengawal saiz, kuantiti dan kualiti makanan yang dihasilkan. Paling penting sekali, boleh mengurangkan pembaziran bahan dan mengawal kos ke tahap yang minimum.

Antara peralatan yang sesuai digunakan untuk menimbang atau menyukat bahan ialah gelas, sudu penyukat, mesin penimbang, senduk sup dan lain-lain lagi.

Sumber : Pinterest.


4. Mengatur Bahan-bahan.
Ini paling penting sebenarnya. Supaya buatkan semuanya tersusun. Di dapur profesional, semuanya akan diletakkan dalam bekas khas dan akan dibahagikan mengikut masakan yang diperlukan.

Sumber : Pinterest.


Eh habis sudah… 4 langkah ja?


Ya betul. Cukuplah setakat tu. Senang kan?
Nampak senang tapi susah juga mau buat ni. Apa pun, organization is the key. Semua tu perlu perancangan yang rapi terlebih dahulu.

Mencari katering di sekitar Kota Kinabalu? Berkualiti dan boleh berikan servis yang terbaik untuk majlis anda?
Jangan risau, Kharisma Katering pasti memenuhi kriteria katerer yang anda cari!

Hubungi wakil perunding katerer kami di 012-839 9898 sekarang atau boleh ke page kami di Faceboook : Kharisma Katering 012-839 9898.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?