Penat Diet dan Bersenam, Tapi Berat Tak Turun-Turun? Ini Menu Eat Clean yang Betul untuk Diet Secara Berkesan!

kharismakatering-menu diet

Bila sebut pasal diet, mesti kita akan set dalam kepala kena makan makanan yang seimbang dan bersenam. Tapi tahukah anda, makanan diet yang salah adalah punca anda gagal turunkan berat badan? Bila berat tak turun, mulalah rasa down dan tidak mahu teruskan lagi.

Menu untuk diet yang sebenarnya ialah EAT CLEAN. Apa tu eat clean? Eat Clean bermaksud:

+ Makan whole food, bukannya makanan proses. Contohnya, makan ayam bukannya sosej atau nugget ayam.

+ Jangan ambil makanan yang ada serbuk perasa, minyak, gula dan sos.

+ Makan semua kumpulan makanan dalam piramid makanan dengan seimbang.

+ Makan 4-5 kali sehari ikut keperluan kalori badan anda.

 Di bawah ini adalah antara makanan diet yang wajib anda ELAK!

  • Makanan yang diproses seperti sosej, nugget, bebola ikan/ayam/daging.
  • Makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza.
  • Kek, biskut, pemanis mulut, coklat dan aiskrim.
  • Semua makanan yang bergoreng.
  • Semua jenis air yang manis.
  • Kerepek atau kekacang yang bersalut
  • Semua jenis sos dan kicap.

Bila diet tidak semestinya anda tolak makan nasi secara 100%, tetapi anda hanya perlu kurangkan pengambilan portion nasi. Bukan saja nasi tetapi semua makanan yang mengandungi karbohidrat.

Ini 10 Makanan Diet yang anda boleh cuba!

1. Nasi Putih dinikmati dengan ikan salmon, lobak merah dan brokoli hijau. Ikan salmon dimasak menggunakan air fryer atau pun stim. Semua makanan diambil suku-suku separuh.

2. Nasi putih bersama salmon panggang dan sayur-sayuran seperti brokoli dan tomato. Selera makanan diet boleh juga ditambah dengan meletakkan serbuk lada hitam yang dimasak bersama bawang merah atau bombay.

3. Brown rice dengan ikan salmon panggang dan sayur brokoli hijau. Boleh ditambah dengan sedikit perahan lemon dan taburan blackpepper untuk bantu selera makan anda.

4. Tauhu, salad, ikan dan nasi putih dinikmati bersama sambal bercili.

5. Chicken grilled wrap. Ayam yang dipanggang digulung bersama sayur-sayuran segar,

6. Vietnamese roll. Hirisan sayuran segar seperti lobak dan sayur salad bersama udang yang direbus.

7. Overnight oat. Campuran fresh milk, rolled oat, chia seed dan buah-buahan pilihan. Simpan semalaman dalam peti sejuk dan boleh makan untuk breakfast esok hari.

8. Plain yogurt dicampur bersama pisang, grape dan mix nutes.

9. Chicken mango. Carikkan isi ayam yang digril atau rebus, campurkan dengan hirisan mangga, tomato dan cili, perahan air asam limau sedikit.

10. Roti wholemeal tuna chunks. Ditambah dengan hirisan tomato, timun dan sayur salad. Tuna tadi digaul bersama plain yogurt.

Sudah ada idea menu diet ni, jomlah cuba. Tidak perlu tergesa-gesa untuk turunkan berat badan anda. Yang penting anda kena tahu cara pengambilan makanan diet yang betul dan seimbang.

Jom diet secara sihat dengan amalkan pengambilan idea menu diet di atas ni. Cuba seminggu dua dahulu dan lihat perubahannya.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?