Perhatikan 5 Tips Penting Ini Sebelum Memilih Katering Majlis Perkahwinan Anda.

Title

Sekarang terlalu banyak pilihan perkhidmatan katering yang berada di pasaran. Tumbuh seperti cendawan selepas hujan. 

Selain memudahkan orang ramai mengambil khidmat meraikan tetamu dengan hidangan terbaik, ia juga memudahkan tuan rumah mengurus majlis istimewa mereka. 

Mari kita lihat apa 5 tips penting sebelum mengambil servis katering untuk majlis anda.

1.Dapatkan khidmat katering yang sudah lama berada di pasaran.

Tempoh perkhidmatan yang lama antara tanda katering tersebut berpengalaman, stabil, berkualiti dan dipercayai oleh pelanggan. Ada sesuatu yang istimewa diberikan oleh katering tersebut. 

Mereka pasti sudah menguruskan majlis dalam jumlah tetamu yang sedikit atau tetamu yang lebih besar. Jadi segala perancangan majlis dibuat rapi, tersusun, menyediakan rancangan.

2. Lihat tawaran pakej yang diberikan oleh katering. 

Urusan majlis perkahwinan anda akan mudah dan berjalan lancar apabila dapatkan semua pakej A-Z daripada katering yang sama. 

Ada katering yang menyediakan servis Sistem Siaraya, jamuan, pelamin, kek, dewan sehinggalah kepada penyediaan door gift untuk tetamu. 

Ambil dari syarikat yang sama jadi anda tidak pening berurusan dengan ramai pihak. 

3. Baca dan dapatkan testimoni kepuasan pelanggan lain

Dunia digital sekarang memudahkan kita mencari maklumat mengenai syarikat katering. Kebanyakan servis ada media sosial mereka sendiri seperti website, facebook page, instagram dan youtube.

Jadi dapatkan respon dan testimoni kepuasan pelanggan mengenai katering tersebut. Testimoni ini amat membantu anda membuat keputusan untuk mengambil atau tidak servis katering tersebut. 

Biasanya maklumat pelanggan lain sangat jujur dan telus. Jika makanan sedap mereka akan ceritakan secara terperinci, jika perjalanan majlis lancar mereka akan puji.

Jika servis katering bagus mereka akan cadangkan untuk orang lain mengambil servis yang sama. 

4. Pastikan syarikat katering berdaftar dengan SSM.

Ini sangat penting untuk mengelakkan anda ditipu oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan. Ada yang menyediakan set menu murah tetapi tiba masa majlis perkahwinan atau keraian mereka tidak muncul. 

Pening kepala tuan rumah, bila tetamu datang persiapan tidak sempurna. Jadi hati-hati, selidik dahulu dengan siapa anda berurusan. 

Jangan sampai anda kerugian ribuan ringgit kerana kecuaian melihat latar belakang syarikat katering yang ada di pasaran.

5. Pilih katering yang menyediakan pasukan pramusaji yang lengkap. 

Pasukan pramusaji adalah tulang belakang kepada khidmat katering. Mereka berfungsi mengurus hidangan makanan, membersihkan meja dan membantu tetamu sepanjang majlis berlangsung.

Lihat set menu katering yang ditawarkan adakah menyediakan servis ini, mana tahu set menu murah rupanya tiada pramusaji. Sanak saudara anda tidak mampu membantu semua hal jadi pastikan ada tenaga pramusaji yang cukup daripada katering.

Lima tips penting memilih katering majlis pekahwinan ini penting untuk anda patuhi supaya majlis yang dirancang berjalan lancar, berbaloi dengan harga yang dibayar dan memberi kepuasan kepada semua tetamu yang hadir.

Langkah awal ini juga untuk mengelakkan berlaku penipuan berpunca daripada katering yang tidak bertanggungjawab. Ini langkah mencegah sebelum parah. 

Oh ya satu berita baik untuk anda yang berada di Sabah, boleh dapatkan servis katering yang memenuhi semua ciri-ciri di atas bagi melengkapkan lagi majlis perkahwinan anda. 

Dapatkan maklumat daripada lanjut daripada Kharisma Katering. Mereka berpengalaman 12 tahun dalam bidang katering dan berjaya menguruskan lebih 1800 majlis seperti perkahwinan, majlis korporat dan keraian yang lain.  

Ada set menu istimewa untuk anda. Layari laman web rasmi Kharisma sekarang! 

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?