Selamat ke Perkhidmatan Katering ni? Bagaimana Saya Mahu Tahu Makanan yang Disediakan Selamat?

kharismakatering-selamat ke perkhidmatan katering ni-00

Perniagaan katering ada syarat-syarat yang perlu dilaksanakan dan diikuti. Mereka perlu mematuhi demi keselamatan orang awam yang mengambil servis mereka sebagai penyedia makanan. Bukan setakat pendaftaran SSM sahaja, kami perlu patuh kepada peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga.

Jadi, untuk memastikan makanan yang disediakan untuk pelanggan itu selamat, mereka yang melakukan perkhidmatan sebagai penyedia makanan termasuk kakitangan lain, perlu dan wajib ambil suntikan thypoid dan sertai kursus pengendalian makanan. Jom kami kongsi sedikit info.

Suntikan Thypoid.

Suntikan ini wajib diambil olah kesemua pekerja dari syarikat penyedia makanan. Rata-rata klinik memang ada perkhidmatan suntukan thypoid ni. Sekali suntuk bertahan untuk 3 tahun dan lepas 3 tahun, mereka perlu ulang suntikan lagi selagi masih dalam bidang melibatkan makanan.

Suntikan ini bertujuan untuk mengelakkan pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit TYPHOID & mencegah penularan kepada orang awam melalui makanan dan minuman yang boleh menyebabkan cirit-birit atau muntah.

Kursus pengendalian makanan.

Kursus pengendali makanan juga wajib diambil oleh seluruh pekerja syarikat pengendali makanan. Ianya hanya perlu sekali sahaja penyertaan dan sijil ini sah seumur hidup.

Dalam sillibus kursus ini, peserta diajar bagaimana cara untuk mengendali bahan masakan, penyimpanan dan juga cara masakan yang selamat.

Ini supaya mereka boleh mengelakkan dan faham apa itu jangkitan silang (cross contimination) sewaktu menyediakan makanan dan boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pengasingan penggunaan alatan untuk memasak juga diajar dalam kursus ini bagi memastikan keselamatan pengendali dan juga makanan itu sendiri.

Pekerja yang terlatih dan cekap.

Pekerja seperti tukang masak, pramusaji dan krew lain semua telah diberi latihan untuk mantapkan lagi tahap kerja dan yang peting keselamatan dan kebersihan ketika mengendali makanan.

Kesihatan dan keselamatan pelanggan ada keutamaan kami. Mereka perlu cekap dalam mengendali peralatan dan juga menyediakan hidangan yang sedap dan lazat.

Kakitangan yang berpengalaman.

Antara pengalaman yang mereka lalui ialah bagaimana untuk tangani keadaan sekiranya makanan tidak mencukupi, apa tindakan yang mereka perlu ambil. Bagaimana pula sekiranya isu makanan yang dihidang rosak ? Apa pula tindakan mereka?

Semua ini memerlukan mereka yang berpengalaman mengendali isu dan kes bagi memastikan majlis tetap berjalan dengan lancar dan tenang.                                                         

Memastikan servis bersistematik.

Sama ada secara hidang atau secara buffet,  mereka punyai cara dan sistem yang sistematik demi keselesaan tetamu majlis. Bagaimana penyusunan hidangan , alatan dan juga susunan kerusi dan meja tentunya untuk memastikan tiada kemalangan berlaku sepanjang majlis dan juga tetamu selesa .

Kemas dan berpakaian seragam yang bersih.

Selalunya pramusaji dan krew katering akan memakai pakaian seragam yang kemas, cantik dan bersih . Bagi mengekalkan reputasi sebagai pramusaji yang profesional, pakaian seragam merupakan identity dan pelengkap bagi pengalaman pelanggan yang mengambil servis katering.

Jadi, tak perlu ragu-ragu apabila nak ambil servis katering . Sebagai syarikat yang berdaftar dan mematuhi segala peraturan , mereka pasti akan memberi perkhidmatan yang terbaik .

Kharisma Katering merupakan katering terbaik di Kota Kinabalu yang menawarkan pelbagai set menu untuk majlis akad nikah, majlis perkahwinan, majlis hari haji, pertunangan, hidangan kecil untuk sekolah , pejabat dan lain-lain lagi.

Untuk melihat set menu jamuan yang ditawarkan, anda boleh layari https://kharismakatering.com/

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?