Si Kecil Enggan Makan Ketika Sakit? Panduan Ini Bantu Ibu Bapa Beri Makanan Berkhasiat Untuk Anak Kecil

kharismakatering-si kecil enggan makan ketika sakit

Kesukaran menelan makanan atau disebabkan hidung tersumbat berkemungkinan kanak-kanak kurang selera makan ketika sakit. Oleh sebab itu, mereka perlu diberikan makanan yang berlainan daripada sewaktu mereka sihat.

Namun ibu bapa atau penjaga disyorkan untuk beri mereka makan makanan pilihan dan tidak mengehadkan makanan yang mereka minta itu tadi. Ini supaya si kecil anda mendapat nutrien yang diperlukan semasa sakit dan semasa fasa mereka sembuh.

Nutrien yang mencukupi diperlukan untuk melawan jangkitan dan menggantikan nutrien yang hilang semasa sakit.

Walaupun si kecil anda tidak aktif tetapi badan mereka perlukan nutrien yang mencukupi. Semasa sakit sistem imun mereka juga boleh menjadi kurang berkesan dan tidak mampu melawan jangkitan. Oleh sebab itu, makanan berkhasiat itu amat penting ketika mereka sakit.

Jika kanak-kanak yang sedang sakit tidak makan dengan secukupnya, lemak dan otot tubuhnya digunakan untuk bekalkan tenaga dan nutrien. Sebab itulah berat badan mereka akan susut dan ada masalah kekurangan zat makanan.

Beri makan si kecil yang sedang sakit adalah tugas yang mencabar buat ibu bapa atau penjaga. Setuju? Biasanya kanak-kanak yang sakit mereka cuma makan sedikit saja, atau tidak mahu makan langsung. Bila tengok keadaan si kecil yang lemah tidak bermaya, pasti risau dan sayu hati terutamanya si ibu.

Kredit gambar: Freepik.com

Jangan risau, boleh cuba panduan di bawah ini untuk pastikan si kecil anda mendapat nutrien dan tenaga sehingga mereka sihat semula.

Apakah makanan yang perlu diberi kepada kanak-kanak yang sakit?

Sebelum tu, keep in mind bahawa sangat penting untuk ibu bapa atau penjaga tidak mengehadkan makanan/minuman yang mereka minta. Maklumlah selera ketika sakit agak berlainan sikit, yang penting bukan makanan yang memudaratkan mereka.

  • Untuk bayi atau kanak-kanak yang masih menyusu susu ibu, teruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap dan susukan bayi atau kanak-kanak dengan lebih lama pada setiap penyusuan. Jika bayi terlalu lemah untuk menyusu, ibu-ibu boleh memerah susu ibu dan memberi susu ibu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan.
  • Beri kanak-kanak makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil.
  • Beri kanak-kanak makanan yang lembut dan padat dengan nutrien seperti bubur nasi yang ditambah sayur-sayuran dan ayam atau ikan. Sedikit mentega atau marjerin boleh ditambah ke dalam bubur nasi untuk meningkatkan kandungan kalori.
  • Beri kanak-kanak makan pelbagai makanan daripada semua kumpulan makanan.
  • Beri kanak-kanak makanan yang lembut atau dilecek jika mereka menghadapi masalah untuk menelan. Walau bagaimanapun, elak daripada mencairkan makanan atau susu yang diberi kepada mereka.
  • Bersabar dan berikan makanan yang digemari kanak-kanak untuk meningkatkan seleranya.
  • Pangku kanak-kanak atau biarkan mereka makan dalam keadaan duduk. Elakkan memberi kanak-kanak makan semasa berbaring kerana ini boleh menyebabkan mereka tercekik.
  • Jika kanak-kanak muntah, tunggu selama sepuluh minit sebelum meneruskan pemberian air atau makanan.
  • Elak memaksa kanak-kanak untuk makan.
  • Beri air kosong, susu, minuman yogurt dan minuman berkhasiat yang lain kepada kanak-kanak yang sakit. Elakkan memberi kanak-kanak minuman berkarbonat atau kordial. 

Bagi si kecil yang mengalami cirit-birit atau diarrhea selalunya akan kehilangan lebih banyak air daripada biasa. Oleh itu, mereka perlu diberi lebih banyak air dan pastikan air tersebut bersih dan selamat untuk diminum. Boleh juga beri cecair lain seperti sup yang banyak setiap satu hingga dua jam.

 Semasa sedang sembuh,

  • Biasanya, kanak-kanak akan lebih berselera untuk makan lebih daripada biasa. Teruskan beri kanak-kanak makanan yang mereka gemari dengan kerap.
  • Kanak-kanak hendaklah digalakkan untuk makan lebih pada setiap waktu makan, diberi snek berkhasiat seperti roti sardin atau yogurt di antara waktu makan dan tingkatkan kuantiti makanan yang diberi setiap hari untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.
  • Terus berikan kanak-kanak makanan yang berkhasiat seperti daging, ikan, hati, telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memenuhi keperluannya.
Kredit gambar: Freepik.com

Kanak-kanak perlukan makanan yang lebih untuk mendapat semula berat badan mereka yang hilang semasa sakit, dan supaya mereka sihat seperti sedia kala. Oleh itu, ibu bapa/penjaga perlu beri perhatian sepenuhnya dengan pengambilan makanan si kecil sekurang-kurangnya dua minggu selepas mereka sembuh.

Semoga bermanfaat buat ibu bapa/penjaga yang ada dan bakal ada anak kecil.

Sumber info: Portal Rasmi myHealth KKM.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?