Terlalu Sibuk Bekerja Sampai Lupa Makan? Ikuti 5 Tips Ini Untuk Elakkan Anda Daripada Ponteng Makan

5 Tips Ini Untuk Elakkan Anda Daripada Ponteng Makan

Ponteng makan atau skipping meals sering terjadi kepada mereka yang sibuk bekerja untuk mengejar due date sesuatu kerja. Tabiat seperti ini mampu mengundang kesan yang buruk kepada tubuh badan seperti masuk angin, gastrik, lelah, kemurungan dan banyak lagi  sekiranya dijadikan kebiasaan.

Namun, anda tidak perlu risau kerana anda boleh mengikuti 5 tips di bawah ini untuk mengelakkan skipping meal yang kami akan kongsikan pada artikel ini.

TIPS #1 MENGIKUTI OPEN ORDER

Anda dinasihatkan untuk mengikuti open order daripada peniaga makanan agar tidak terlepas waktu makan. Pastikan anda meminta peniaga tersebut untuk menghantar makanan tepat pada waktu rehat. Hal ini dapat membantu anda mengelakkan daripada ponteng makan.

TIPS #2 MAKAN SNEK

Pastikan anda sentiasa mempunyai snek yang berkhasiat seperti yogurt, kacang badam dan granola bar. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk menjamu makanan, anda boleh mengambil snek tersebut untuk dijadikan alas perut buat sementara waktu.

TIPS #3 PASANG PENDERING PADA TELEFON

Seterusnya, anda digalakkan untuk memasang pendering atau alarm pada telefon bimbit agar anda tidak lupa untuk menjamu sedikit makanan walau sesibuk mana anda bekerja. Anda boleh menetapkan alarm untuk berbunyi setiap hari pada waktu rehat untuk lebih mudah.

TIPS #4 ADAKAN LUNCH DATE

Mengadakan lunch date juga adalah tips untuk mengelakkan anda daripada ponteng makan. Tetapkan temujanji untuk makan bersama seperti saudara, rakan, tunang, atau pasangan anda pada waktu rehat. Oleh itu, anda pasti tidak terlepas waktu untuk makan kerana temujanji yang telah anda tetapkan.

TIPS #5 MENJAMU SEDIKIT MAKANAN

Sekiranya anda terlalu sibuk bekerja, pastikan menjamu makanan meskipun dalam kuantiti yang sedikit. Hal ini agar anda mempunyai tenaga untuk menyiapkan projek yang sedang anda jalankan. Pengambilan makanan yang sedikit juga mampu menjadikan anda lebih fokus berbanding pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak.

Justeru, dengan mengikuti tips-tips yang telah kami berikan, anda pasti tidak terlepas untuk menjamu makanan walau sesibuk mana anda bekerja. Ini sekaligus mencegah kesan-kesan yang tidak diinginkan berlaku kepada diri anda.

Bagi anda yang ingin menempah makanan tengahari melalui open order, boleh pergi ke laman Facebook kami, facebook.com/KharismaKatering untuk melihat menu yang kami sediakan dan membuat pesanan di talian 012-8399898. PENGHANTARAN PERCUMA untuk kawasan dalam radius 2KM hingga 3KM kawasan Pekan Papar.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?