10 Tips Memilih Katering Kahwin Yang Ohsem

kharismakatering-10 Tips Memilih Katering yang OHSEM

Perkahwinan adalah perkara yang bernilai dalam kehidupan setiap orang. Oleh itu, pengurusan majlis kahwin adalah sangat penting untuk memastikan majlis berjalan lancar dan tiada masalah berlaku. Bagi mengelakkan masalah tersebut, ramai kini yang memilih untuk mendapatkan khidmat katering perkahwinan.

PERSOALANNYA, adakah katering kahwin yang anda tempah itu memuaskan ? Tidak menipu duit anda? Pengalaman kami dalam bidang katering selama lebih 10 tahun membuatkan kami sudah jumpa bermacam -macam ragam pelanggan. Jadi di sini Kharisma kongsikan tips macam mana nak pilih servis katering supaya bakal pengantin di luar sana tidak tersalah pilih.

TIPS #1: BUAT RESEARCH KATERING KAHWIN DI AREA ANDA.

Rajin-rajin buat research mengenai syarikat katering di sekitar anda. Gunakan media sosial sebagai medium untuk mencari katering yang menjadi kebanyakkan pilihan pelanggan, seperti di Facebook dan Instagram. Selain itu, anda boleh juga melihat laman rasmi syarikat katering jika ada.

Setiap pakej yang ditawarkan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kebiasaannya pakej mahal mempunyai kualiti yang lebih baik dan eksklusif. Tetapi pakej murah bukanlah bermaksud tidak berkualiti, banyak juga yang bagus.

TIPS #2: TESTIMONI.

Jangan lupa untuk melihat di ruangan komen dan review daripada pelanggan yang pernah menggunakan khidmat katering mereka. Sekiranya komen daripada pelanggan mereka positif, maka anda boleh wishlistkan katering tersebut sebagai pilihan anda.

Boleh juga ringankan mulut bertanya-tanya kepada rakan-rakan atau saudara mara yang pernah menggunakan khidmat katering tersebut.

TIPS #3: PILIH SYARIKAT KATERING BERPENGALAMAN.

Anda kena pilih syarikat katering yang berpengalaman dalam bidang penyediaan makanan kerana risiko memilih katerer yang baru nak mula tu tinggi. Contoh risiko yang dimaksudkan adalah berlaku kes makanan basi, penghantaran lewat dan bermacam-macam lagi yang biasa kita dengar.

TIPS #4: SENARAI PENDEK PILIHAN ANDA KEPADA 2-3 KATERER.

Senaraikan hanya dua hingga tiga katerer mengikut bajet anda dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pemilihan katerer anda adalah bergantung kepada bajet yang mampu anda keluarkan.

Perlu diingatkan bahawa bajet merupakan faktor TERBESAR yang mempengaruhi pemilihan katering kahwin anda. Jangan risau kerana banyak katerer diluar sana yang boleh memberikan harga terbaik.

TIPS #5: TEMA MAJLIS.

Sekiranya majlis perkahwinan anda mempunyai tema pastikan katering yang dipilih boleh menyediakan katering yang sesuai dengan tema majlis anda. Contohnya tema Hindi, bolehlah pilih set Briyani. Benda ni nampak kecil, tapi ini boleh beri kesan kepada experience tetamu anda.

TIPS #6: DAPATKAN KOTASI.

Kotasi adalah dokumen yang menerangkan mengenai perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada anda serta berapa jumlah yang anda akan bayar bagi perkhidmatan tersebut.  Hubungi penasihat jualanatau katerer yang telah anda senarai pendekkan dan minta kotasi daripada mereka.

Jangan malu atau segan untuk bertanya kepada penasihat jualanjika anda kurang paham mengenai kotasi tersebut. Ini amat penting bagi anda membandingkan kotasi antara katerer-katerer tadi.

TIPS #7: JUMPA FACE TO FACE.

Berjumpa dengan katerer yang anda paling inginkan berdasarkan hasil bandingan kotasi sebelum ini. Tujuan berjumpa secara face to face adalah untuk memastikan katerer pilihan anda mempunyai pejabat yang sesuai. Terdapat katerer lain yang ajak berjumpa di rumah bakal pengantin atau di luar.

Tidak salah sebenarnya kerana terdapat katerer yang membuat perkhidmatan katering kecil-kecilan. Walaubagaimanapun, anda disarankan menggunakan katerer yang berprofil lengkap serta pengurusan yang professional dan penting sekali mereka berpengalaman luas dalam katering kahwin.

TIPS #8: FOOD TASTING.

Jangan lupa untuk merasai lauk-lauk yang bakal dihidangkan di majlis kahwin anda nanti. Jangan hanya melihat gambar sahaja dan terus tetapkan menu. Ini adalah tidak disyorkan kerana zaman sekarang ni kebanyakkannya guna photoshop.

Food testing sangat berguna untuk memberi komen tentang hidangan kepada katerer anda seterusnya pemilihan lauk-lauk hidangan untuk jamuan majlis kahwin nanti. Sebaiknya bawalah dua hingga lima orang ahli keluarga anda supaya mereka juga boleh berikan feedback mengenai rasa hidangan tersebut.

TIPS #9: TERMA BAYARAN.

Kebanyakkan katerer akan meminta 10% bayaran pendahuluan sebagai tanda setuju untuk menggunakan khidmat katering mereka. Elak daripada membayar 50 % atau jumlah penuh sebagai bayaran pertama.

Terma bayaran atau berapa banyak anda ingin membayar bergantung kepada perbincangan anda bersama katerer tersebut. PASTIKAN bayaran dibuat melalui bank akaun terus ke akaun katerer tersebut. Elakkan daripada membayar secara tunai atau ke akaun milik individu.

TIPS #10: KEEP IN TOUCH.

Pastikan anda sentiasa keep in touch dengan pihak katerer sehingalah tiba hari bahagia anda. Sila maklumkan kepada pihak katerer jika terdapat maklumat baru atau perkara yang ingin anda kemaskini kepada mereka. Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada katerer anda yang telah bertungkus-lumus mengendalikan majlis anda. 

Berita baik buat bakal pengantin yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Membakut, Beaufort dan Sipitang, Kharisma sedang buat promosi ni. Tempah minimum 50 pax Pakej Jamuan Nikah, dan anda layak dapatkan DISKAUN 5% untuk Pakej Jamuan Kahwin. Sangat jimat dan berbaloi!

PM kami cepat sebelum kuota full untuk tahun ini. Lock date sekarang untuk majlis tahun hadapan pun boleh juga ya.

SEMOGA INFO INI MEMBANTU BAKAL PENGANTIN DI LUAR SANA

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?