4 Sebab Kenapa Pilih Servis Katering dan Bukan Masak Sendiri?

kharismakatering-4 Sebab Kenapa Pilih Servis Katering dan bukan Masak Sendiri

“Kenapa tak masak sendiri ? Kan lebih jimat?” Inilah soalan yang selalu kita dapat kalau buat kenduri kan ? Ya, memang ada orang yang suka masak sendiri , mungkin kerana tiada kekangan.

Tapi dengan memilih perkhidmatan katering, sebenarnya ianya jauh lebih mudah dan jimat. Disini saya kongsikan beberapa sebab kenapa perkhidmatan katering dipilih untuk majlis-majlis kecil dan besar, tak kira untuk majlis di rumah atau di pejabat.

1) Jimat Masa dan Wang.

Dengan menggunakan perkhidmatan katering , sebenarnya kita menjimatkan masa dan wang. Kenapa ia menjimatkan masa ? Kerja memasak untuk tetamu yang ramai ni sangat mengambil masa. Bermula dari penyediaan bahan sehinggalah selesai memasak. Bila kita fokus untuk siapkan makanan dan memasak, kita tak dapat nak fokus pada aktiviti , menyiapkan meja, hiasan , pakaian, siapkan keluarga dan anak-anak sebab, bila kita nak masak untuk tetamu, tak boleh masak terlalu awal. Takut makanan rosak. Jadi kita akan bertungkus lumus untuk siapkan 2 kerja yang penting sebelum majlis berlangsung.

Betul ke boleh jimat wang ? Dengan set menu yang ditawarkan oleh pihak katering, yang terdiri dari pembuka selera, makanan utama, pencuci mulut dan air serta penyediaan pinggan mangkuk ia sebenarnya jauh lebih murah. Pihak katering juga melakukan pembelian bahan secara pukal dan selalunya mempunyai pengedar yang setia. Kalau kita nak buat semua , rasanya kita kena beli banyak barang dan guna banyak masa. Lepas siap masak, kita nak kena kemas pula sebelum nak mula majlis. Bila majlis dah mula, kita dah mula moody kerana rasa penat .

2) Peralatan yang Cukup dan Lengkap.

Pihak katering selalunya sudah mempunyai peralatan yang lengkap. Pinggan, mangkuk dari jenis yang lebih baik. Bukan pinggan mangkuk kertas. Mungkin mereka guna jenis milamine atau kaca. Mereka juga menyediakan sudu garfu, tisu, bekas hidangan yang sesuai. Kalau kita tak cukup meja dan kerusi pun, boleh terus uruskan dengan mereka. Memang sangat mudah, hanya dengan 1 tempahan sahaja, semuanya diuruskan oleh mereka dengan profesional.

3) Pramusaji dan Krew.

Nak pastikan majlis anda dalam keadaan bersih, kemas dan terkawal ? Pihak katering juga ada menyediakan krew atau pramusaji untuk memastikan meja sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur, tiada pinggan mangkuk yang bersepah atas meja, mereka akan pastikan alatan dan makanan mencukupi sepanjang tempoh majlis.

Tetamu juga mudah untuk mendapatkan bantuan dari pramusaji atau krew katering  berkaitan hidangan atau alatan . Tak payah mereka nak ganggu tuan rumah yang sedia sibuk bersembang dan melayan tetamu-tetamu lain kan .

4) Mudah Kita nak Fokus Layan Tetamu.

Kalau kita masak sendiri, kita asyik-asyik nak kena jenguk meja buffet. Nak pastikan makanan tertutup, nak pastikan makan cukup, keadaan meja buffet kemas dan bersih . Kiranya fokus kita untuk melayan dan beramah mesra dengan tetamu akan terganggu sebab kita nak kena fokus perihal hidangan.

Kalau bukan kita pun, takkan kita nak suruh anak-anak atau keluarga kita yang jaga kan ? Mereka juga nak beramah mesra dengan keluarga jauh dan sahabat-handai yang datang. Sudahlah jarang-jarang jumpa, takkan nak kena jaga meja buffet. Nak juga mereka bertanya khabar dan jalinkan semula hubungan yang dah lama menjauh.

Itu belum lagi sambil-sambil layan tetamu, kita nak kena kemaskan meja, angkat pinggan mangkuk dan cawan yang di tinggalkan tetamu selepas selesai makan. Yang mana tumpah, nak kena lap pula. Pokoknya , memang kita akan stress dan rugi bila terlepas peluang untuk mengubat rindu dengan sanak-saudara dan sahabat-handai.

Dari perkongsian kami ni, kami sebenarnya ingin memastikan anda memanfaatkan majlis anda sepenuhnya. Serahkan hal makanan dan hidangan pada pihak katering dan anda fokus dalam menjayakan majlis. Beramah mesra, menjalinkan kembali hubungan yang regang dan jauh, boleh selalu bergambar dan berselfie dengan tetamu, tak penat dan sentiasa dalam keadaan dan mood yang ceria kerana tak perlu fikir tentang hidangan tetamu.

Betul kan ?

Baca : Selamat ke perkhidmatan katering ni? Bagaimana saya mahu tahu makanan yang disediakan selamat? 

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?