Selesai sudah persediaan untuk majlis nikah, sekarang tentunya kita teruja untuk membuat persediaan untuk majlis resepsi perkahwinan kan ? Acara yang gilang gemilang untuk meraikan sanak saudara dan sahabat handai.
Persediaan ini juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berlangsungnya majlis. Selalunya, ketika bakal pengantin sibuk buat persediaan untuk nikah, pada masa yang sama, persediaan untuk majlis resepsi turut dibuat.
Arnie’s son Joseph posts string of stunning bodybuilding snaps steroids beginner cycle can steroids be in pill form, types of steroids for bodybuilding – rodeo clothingJom kita lihat apa persediaan untuk majlis perkahwinan nanti ni .
Tips #1: Tema atau warna untuk majlis.
Sekarang kita dah masuk bahagian paling seronok! Pemilihan tema atau warna tema majlis. Mahu tema majlis dalam taman ? atau tema melayu ? atau tema jawa ? kalau mahu pakai gaun besar boleh pilih tema barat. Dan pada masa yang sama, pemilihan warna perlu dibuat untuk selaraskan warna dekorasi majlis.
Tips #2: Penetapan lokasi majlis sama ada dirumah atau dewan.
Di mana kita nak buat majlis kahwin ya ? Di rumah atau di dewan ? Berapa ramai jumlah jemputan juga memainkan peranan dalam memilih lokasi majlis. Hal ini perlu dibincangkan bagi memastikan ruang dan tempat duduk mencukupi. Lagi-lagi pada musim PKPP sekarang ni, susun atur tempat duduk perlu penjarakan fizikal dan patuh SOP.
Tips #3: Buat tempahan katering dengan Kharisma Katering, dan pilih menu.
Pastinya kita nak menjamu makanan yang sedap dan terbaik buat tetamu kan? Meraikan tetamu merupakan sunnah dan ibadah yang juga dituntut dalam agama. Jadi, memilih Kharisma Katering adalah pilihan yang tepat kerana mereka menawarkan pakej perkahwinan yang sangat berpatutan . Pelbagai menu disediakan dan boleh dipilih mengikut kesesuaian majlis. Dengan Kharisma Katering, mereka juga menyediakan krew dan pramusaji bagi membantu tetamu mendapatkan hidangan mereka dan memastikan meja sentiasa kemas dan bersih untuk keselesaan tetamu.
Tips #4: Tempahan untuk mak andam, pelamin dan juga pakaian pengantin.
Mak andam atau make up artis , kedua-dua watak ini sebenarnya tidak jauh beza. Kedua-duanya sama. Pada zaman sekarang pun, sudah tiada amalan-amalan yang pelik-pelik dari mak andam. Cuma mungkin harganya sahaja yang berbeza.
Susahnya nak cari pelamin … tidak tahu mahukerusi yang bagaimana, hiasan deko yang bagaimana. Inilah sebabnya kita dari awal perlu pilih tema. Kalau tema taman, maka perancang majlis akan rekomen pelamin yang membawa tema yang sama. Kalau tema Minang, pastinya pelamin akan punya ciri-ciri ukiran dan hiasan Minang.
Pelbagai lagi tema boleh kita tengok di dalam majalah atau internet. Selain pemilihan pelamin, pemilihan pakaian pengantin juga datang dari tema yang dipilih tau. Jadi, berurusanlah dengan perancang majlis anda supaya lebih mudah dan jimat masa. Perancang majlis akan bantu cari dah sediakan, kita hanya pilih sahaja dari semua pilihan yang disediakan.
Tips #5: Senaraikan nama-nama jemputan yang penting seperti keluarga terdekat dan teman rapat supaya tidak tercicir dalam senarai jemputan.
Pastinya kita tidak mahu tertinggal orang yang penting dan sayang dalam hidup kita tertinggal dalam senarai jemputan. Atau mungkin kita ada keluarga yang jauh yang jarang-jarang kita jumpa, pun kita tak mahu terlupa mereka. Jom kita senaraikan supaya nanti mudah untuk kita semak senarai dan mudah untuk hantar kad jemputan nanti.
Tips #6: Pemilihan door gift.
Banyak pilihan doorgift ditawarkan sekarang ni . Dan ia juga bergantung kepada bajet yang kita ada. Ada doorgift jenis makanan, ada jenis hiasan dan ada juga jenis set penjagaan diri atau wangian.
Tips #7: Tempahan kad jemputan.
Bila kita sudah dapat tarikh untuk majlis, cepat-cepat tempah kad jemputan tau. Tempahan kad akan ambil sedikit masa juga. Kemudian untuk hantar dan edarkan kad juga mengambil masa. Jadi, tempahan ini perlu cepat.