Ini 6 Persediaan Wajib untuk Bakal Pengantin Lakukan 6 bulan Sebelum Akad Nikah.

kharismakatering-6 Persediaan Wajib sebelum akad nikah

Pastinya setiap bakal pengantin ternanti-nanti majlis bersejarah mereka. Ya lah, majlis penyatuan 2 hati dengan yang tersayang kan? Dalam pada yang sama, bakal pengantin semestinya nak pastikan majlis berjalan dengan lancar dan mengikut seperti apa yang dirancang. Yang penting, semua selamat, seronok dan memudahkan semua pihak.

Okay, jom kita tengok apa persediaan yang penting dan perlu bakal pengantin fokus.

Pengiraan dan penetapan bajet atau perbelanjaan untuk majlis.

Perbincangan secara telus perlu dibuat oleh kedua-dua bakal pengantin. Ini untuk mengelakkan dari kita membuat pinjaman yang tak sepatutnya. Berapa simpanan yang ada, gunakan bajet tersebut untuk buat persediaan untuk berkahwin. Penetapan untuk penggunaan bajet ini juga perlu dilakukan bersama agar masing-masing tahu akan kegunaan wang bajet untuk perbelanjaan majlis.

Menghadiri kursus Pra-Perkahwinan anjuran Majlis Agama Islam Negeri.

Semua bakal pengantin perlu dan wajib menghadiri kursus Pra-Perkahwinan . Selalunya majlis ini di anjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Jadi, boleh cepat2 daftar sebelum kelas penuh . Kursus-kursus ini ada dianjurkan di masjid-masjid dan ada juga dari “training centre” terpilih.

Buat ujian HIV untuk kedua-dua bakal pengantin di Klinik Kesihatan terdekat.

Ujian HIV juga wajib dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin. Keputusan ujian perlu dihantar semasa buat permohonan berkahwin nanti. Ujian ini perlu dilakukan sebelum permohonan untuk berkahwin dibuat.

Buat permohonan untuk berkahwin di Pejabat Agama Islam di negeri yang kita nak buat akad nikah iaitu di tempat atau negeri bakal isteri.

Selesai jalani kursus Pra Perkahwinan & Ujian saringan HIV, maka, bolehlah buat permohonan untuk berkahwin. Permohonan perlu dibuat di negeri bakal pengantin perempuan atau memohon dan mendapat kebenaran dari Pejabat Agama Islam Negeri tersebut untuk melaksanakan majlis akad nikah di negeri lain.

Tempahan Tok Kadi.

Ini pun sangat penting. Setelah permohonan untuk berkahwin dah selesai, dan dah dapat surat kebenaran dari Pejabat Agama Islam,  jangan lupa untuk jumpa Tok Kadi dan tempah masa beliau awal-awal tau. Dan perlu maklumkan pada beliau dimana majlis akad nikah nak dijalan kan. Di masjidkah ? Di rumahkah ? Di dewankah ?

Ini pun penting juga. Tempahan katering untuk menjamu selera keluarga dan sahabat handai selepas majlis akad nikah.

Selalunya majlis akad nikah dan majlis resepsi dilangsungkan berasingan. Ini kerana bakal pengantin suka untuk berkongsi detik-detik bersejarah saat lafaz ijab dan kabul hanya dengan kehadiran keluarga terdekat dan sahabat-handai yang rapat.

Jadi, tempahan katering khas untuk jamuan kecil selepas akad nikah juga pasti dilakukan sebagai tanda kesyukuran dan beramah mesra antara keluarga .

Bagi mereka yang berada di Sabah, Kharisma Katering merupakan katering terbaik di Kota Kinabalu yang menawarkan set menu yang menarik untuk majlis kecil dan besar. Bermula dari minima RM 20/pax , Kharisma Katering turut menyediakan pramusaji atau krew bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan profesional.

Peralatan katering melamine yang lengkap juga disediakan. Mereka juga menawarkan set jamuan nikah yang lengkap. Tak perlu untuk bersusah payah buat tempahan asing dari pelbagai pihak. Kharisma Katering pastinya boleh membantu dan memberi khidmat nasihat berkaitan dengan majlis akad nikah anda.

Set menu katering boleh didapati melalui  https://kharismakatering.com/

Cuti sekolah tak lama lagi dan pastinya banyak majlis nikah bakal berlangsung nanti. Untuk mengelakkan dari kecewa akibat tempahan penuh, kami amat mengalukan-alukan tempahan awal.

Cepat, hubungi Kharisma Katering untuk keterangan lanjut dan buat tempahan anda. Kami sedia membantu anda bagi memastikan majlis bersejarah anda berjalan dengan lancar. 

Mahu tahu persediaan untuk majlis resepsi perkahwinan ? Klik di sini untuk baca.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?