Ketahui 5 Majlis Keraian Yang Boleh Diuruskan Oleh Servis Katering – Anda Rehat Mereka Sediakan

kharismakatering-5-Majlis-Keraian-Menggunakan-Servis-Katering

Zaman sekarang berbeza dengan zaman datuk dan nenek kita dahulu. Sebelum ini urusan keraian kecil biasanya dibuat sendiri oleh keluarga. Mereka menyiapkan persiapan sejak mula sehingga akhir.

Istilahnya rewang. Era milenium dan kebanyakan daripada kita sibuk dengan kerja dan tinggal di bandar. Urusan majlis keraian sudah diserahkan kepada servis katering.

Jom kita lihat apakah lima majlis keraian yang biasa diuruskan oleh katering dan ia boleh memudahkan urusan anda. Tidak pening kepala mahu beli bahan masakan, siapkan tempat dan meja jamuan, mengemas dan menghidang.

Anda tidak penat dan boleh tumpukan melayan sanak saudara, keluarga dan tetamu yang datang.

Biasanya majlis ini dibuat dalam jumlah yang kecil sekitar 100 orang. Bajet jamuan makanan untuk seorang tetamu adalah RM23 hingga RM28.

1.Majlis Hari Lahir.

Majlis jamuan ini memang istimewa. Biasanya kita akan buat beberapa kali dalam setahun kerana tarikh hari lahir berbeza-beza. Ibu, ayah, adik-beradik dan anak-anak semua boleh disusun mengikut bulan dilahirkan.

Untuk menjimatkan ada juga keluarga yang buat setahun 3 dan 4 kali dan gabungkan beberapa tarikh lahir mengikut suku tahun, pertengahan dan hujung tahun.

Sebagai tuan rumah anda hanya sediakan tentatif majlis seperti sesi ucapan, nyanyian hari lahir,  pemberian hadiah dan lain-lain.  Pihak katering akan siapkan penyediaan makanan, hiasan tempat mengikut konsep hari lahir anda.

2. Majlis Akikah

Majlis akikah memang menjadi satu kemestian kepada mereka yang baru melahirkan anak kecil. Ibu ayah meraikan orang baru dalam hidup mereka. Turut hadir ialah datuk dan nenek dan saudara terdekat.

Antara menu utama biasanya adalah hidangan kambing bakar atau gulai kambing dan menu lain. Pasti cantik dan comel hiasan konsep bayi dalam majlis yang diraikan.

Serahkan sahaja kepada pihak katering untuk menguruskan semua ini. Anda fokus raikan si kecil dengan keluarga tersayang!

3. Majlis Kenduri Nikah.

Bagi pasangan yang mahu melaksanakan majlis nikah mereka pasti sudah kepenatan beberapa bulan menyiapkan persediaan pernikahan. Uruskan pendaftaran borang, jemputan tetamu, barang hantaran, door gift tetamu dan banyak lagi.

Rehat sekejap dan serahkan urusan jamuan makan kenduri nikah anda kepada pihak katering. Biarkan keluarga kedua belah pengantin tumpukan pula kepada sesi pernikahan. Beri mereka rehat dan hayati majlis indah yang menjadi sejarah menyatukan dua keluarga.

Selepas sesi itu, bolehlah beramah mesra dengan tetamu yang hadir, berkenal-kenalan dan mengeratkan lagi silaturahim kedua keluarga mempelai.

4. Majlis Pertunangan.

Majlis pertunangan juga satu majlis kecil dan mudah diuruskan. Biasanya katering boleh menyediakan pakej persiapan tempat, khemah dan jamuan makan.

Ia juga majlis yang singkat ada sesi perkenalan, menyatakan hasrat kedua pasangan yang bakal mengikat tali pertunangan. 

5. Majlis Perpisahan.

Satu lagi majlis keraian yang boleh diserahkan kepada katering adalah majlis meraikan perpisahan sama ada bos, pekerja, guru, kawan-kawan dan lain-lain lagi. Ia majlis yang tidak formal dan penuh emosi.

Apa kata dapatkan servis katering untuk mereka sediakan makanan yang sedap, istimewa dan memuaskan hati tetamu yang hadir. Anda fokus meraikan mereka yang akan pergi sebagai kenangan indah untuk diingati semua.

Ini antara 5 majlis keraian yang boleh diuruskan oleh pihak katering. Biasanya tetamu yang hadir lingkungan 100 orang, konsep hidangan adalah buffet dan hidangan disediakan mengikut bajet RM25-RM30 per kepala.

Mungkin ada tambahan caj jika anda perlukan khidmat persediaan hiasan tempat, siaraya dan lain-lainnya.

Kami menerima tempahan jamuan dengan MINIMUM order 50 pax sahaja.

Penghantaran PERCUMA dalam radius 50KM Papar & 50KM Kota Kinabalu

Share artikel ini

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top

BORANG TEMPAHAN

Isi borang di bawah dengan lengkap. Staff kami akan menghubungi anda dengan kadar segera

Open chat
Nak Hubungi Kami Di Wasap ? Klik Sini!
Hi, Nak Dapatkan Info Lanjut Katering Kami Di Wasap ?