Pernah tak dengar orang bila balik dari majlis kahwin mesti ada ja yang diceritakannya. Sedap oh sambal terung tu tadi? Cantik gila kan pelamin c anu tu tadi, nanti aku kahwin mahu buat macam tu lah dan ada juga yang sebaliknya. Mesti pernah kan? Haa, ini mahu saya kongsikan antara sebab yang boleh menjadi ingatan tetamu selamanya setelah pergi ke majlis kahwin anda.
- MAKANAN SEDAP DAN MENCUKUPI
Tidak boleh dinafikan bagi sesetengah orang bahawa makanan menjadi punca utama mengapa mereka mahu pergi ke majlis yang dijemput. Terutamanya ini berlaku di kampung-kampung. Selepas sahaja bersalaman dengan tuan rumah, mesti mereka akan dijemput untuk makan dan bermula lah sesi memilih lauk-lauk yang nampak sedap. Jika semua nampak sedap, semua kena rasa gitu.
Selain rasa hidangan sedap, makanan yang mencukupi juga amat penting supaya semua tetamu dapat makan, tiadalah yang datang nak makan, tapi makanan sudah habis. Tuan rumah kena pastikan makanan mencukupi sehinggalah majlis selesai. Barulah tetamu pun gembira dan kita tuan rumah pun senang hati.
- DOORGIFT YANG MENARIK
Kebanyakkan majlis kahwin yang kita hadiri masa kini akan memberi doorgift dan ia boleh dikatakan sudah menjadi kewajipan. Kalau dahulu kita akan dapat bunga telur dan biskut-biskut sebagai doorgift . Tapi sekarang bermacam-macam jenis doorgift yang unik boleh kita dapat.
Pilihlah doorgift yang mudah dibawa dan berguna. Namun, doorgift yang menarik akan membuatkan tetamu ingat “ohh, ini saya dapat masa majlis kahwin c anis dan amar ni”. Contohnya, pasangan boleh memilih sejadah sebagai doorgift untuk majlis kahwin mereka nanti. Boleh juga pilih doorgift yang ada nilai sentimental seperti pokok dalam pasu kecil. Ia boleh dijaga dan tetamu pasti akan teringat dari majlis mana mereka dapat pokok itu.
[ Baca juga : 10 Tips Memilih Katering Kahwin Yang Ohsem ]
- LAYANAN TUAN RUMAH YANG BAIK
Tuan rumah bertanggungjawab terhadap hak tetamu selama tetamu itu berada di rumahnya atau di majlisnya. Adalah diiingatkan bahawa menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya juga adalah sebahagian daripada perkara yang menjadikan seseorang itu berakhlak mulia. Ia juga menunjukkan perilaku terpuji.
Tidak kira apa agama sekalipun, melayan tetamu dengan baik adalah tuntutan setiap agama. Seperti biasa kita lihat di negara kita Malaysia, tuan rumah akan berdiri di hadapan untuk menyambut tetamu yang datang dan bersalaman. Selepas itu, akan ada ahli keluarga yang menjemput tetamu untuk makan.
Ada juga yang akan membawa makanan dan air ke meja tetamu, dilayan seperti raja gitu. Tetapi layanan seperti itulah akan membuatkan tetamu rasa dihargai dan akan menjadi ingatan mereka.
- TEMA PERKAHWINAN YG RARE/MENARIK
Setiap perkahwinan pasti mempunyai tema yang meriah. Ia akan menjadi penyeri majlis kahwin. Tema perkahwinan yang menarik ataupun yang rare akan menjadi bualan dan ingatan tetamu yang datang. Ada juga tetamu yang beruntung kerana dapat bergambar bersama pengantin dan dapat mengabdikan fotografi yang indah bersama mereka.
Tema perkahwinan rare masa kini yang boleh kita lihat adalah tema fairy tale, garden, melayu klasik, inggris dan banyak lagi. Sentuhan tema perkahwinan seperti ini pastinya akan menjadi kenangan buat pasangan pengantin dan ingatan buat para tetamu.
- PERSEMBAHAN MAJLIS YG MENARIK
Anda boleh mengaturkan persembahan untuk majlis perkahwinan anda di mana majlis anda akan mempunyai acara persembahan seperti silat, persembahan nyanyian, karaoke, tarian tradisional dan sebagainya.
Persembahan menjadikan majlis perkahwinan anda bertambah unik, menyeronokkan dan menghiburkan semua orang. Dan pastinya ini akan menjadi ingatan buat para tetamu yang hadir.
- PAKAIAN BRIDESMAID MENGIKUT TEMA
Bridesmaid menjadikan sesebuah majlis kahwin itu sempurna. Tidak lengkap rasanya bride tanpa bridesmaid yang menemani dan mengiringi sepanjang majlis raja sehari mereka. Biasanya bridesmaid akan terdiri daripad kawan-kawan atau saudara mara yang akrab.
Pemilihan baju bridesmaid akan menambahkan lagi seri majlis. Menjadi kebiasaan bridesmaid akan memilih pakaian yang mengikut tema pengantin. Ini juga akan memudahkan mereka memilih baju, hanya ikut tema pengantin saja.
- PELAMIN YG MENARIK
Pelamin kahwin yang menarik dan wow tidak semestinya memakan kos yang besar, cuma pasangan pengantin haruslah kreatif dalam memilih pelamin yang boleh menjadikan ingatan seumur hidup anda.
Begitu juga, tetamu pastinya akan ingat pelamin di majlis anda dan seterusnya akan ada hasrat untuk bergambar bersama pengantin di atas pelamin. Feeling nak merasa gitu. Contoh design pelamin yang menarik adalah pelamin moden kontemporari, pelamin fairy tale, pelamin tradisional dan banyak lagi yang menarik,
- ADA TETAMU VIP YANG HADIR
Tetamu VIP juga akan menjadi spotlight bila mereka menghadirkan diri di majlis kahwin. Berkemungkinan ahli keluarga yang terdekat ada kaitan dengan VIP ataupun kenalan VIP. Jika dengar sahaja VIP datang, tetamu pasti akan ingat pada majlis kahwin itu. Lebih-lebih lagi bagi tetamu yang sempat bertegur-sapa atau bersalaman dengan VIP tersebut.
Sekian, itulah antara sebab mengapa setiap majlis perkahwinan akan menjadi ingatan buat para tetamu yang hadir,